Pada 25 Ogos 2015 yang lepas,
Saya mewakili media (sebagai blogger) berpeluang membuat sedikit ‘coverage’ sempena Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian Perkhidmatan Pakej Pelancongan (MOA) di UTM Skudai Johor.
3 Agen Pelancongan tempatan yang terlibat iaitu SN Vacation Sdn Bhd, Prima Sierra Holidays Sdn Bhd dan Masrina Travel Sdn Bhd di sokong dan dibantu oleh pihak Tourism Malaysia.
Terdapat 11 pakej ekopelacongan diperkenalkan serendah RM30 sahaja.
Senarai Penuh Pakej dan detail pakej dan harga >> UTM ecotourism
Live Update di Facebook saya >> www.fb.aizuddin.com
Album Gambar Penuh di Facebook Page saya >> www.fb.aizuddincom
Saya highlightkan 7 tempat menarik yang mesti anda kunjungi :
1. Tasik UTM
+ menaiki Paddle Boat
+ Berdekatan dengan Taman Tropika – melihat tumbuh-tumbuhan
+ Taman Rusa
2. Institute of Bioproduct Development
+ tempat membuat kajian produk
+ boleh buat produk sendiri, labeling untuk usahawan, consultation
+ produk seperti kosmetik – sabun, cream, pewangi
+ pewangi Sultan Johor juga terdapat di sini. (sangat rare)
3. Scholars inn (Tempat Penginapan)
+ Selesa
+ Lokasi dan dekorasi cafe yang menarik
4. Makmal Penyelidikan Universiti Industri
+ kereta solar UTM
+ berpeluang bermain dengan game simulasi kapal terbang (menjadi pilot), android applications
5. Csi (Centre For Student Inovation)
+ 3d printer
+ game kinect bobiboy
+ tong sampah boleh bersuara probe (konsep sensor)
+ game ‘angkasawan’ (konsep graviti)
+ game ‘meletupkan’ probe di lantai (konsep cahaya)
+ dinding boleh conteng guna marker
+ buat produk guna 3d printer untuk selesaikan masalah wyar berserabut atas meja meeting
+ boleh lihat, contoh model yang sudah siap seperti baymax, batman dan banyak lagi
6. Balai cerap (Observatory)
+ lihat permandangan bandar utm dan Skudai daripada atas
+ sesuai untuk ambil gambar
+ tidak memerlukan masa yang lama untuk sampai ke puncak (dalam 5 hingga 10 minit sahaja)
+ gambar bangunan terlupa nak ambil, sebab masa ni dah petang. (penat, lapar, ngantuk semua ada)
7. Equine park
+ berpeluang menunggang kuda
+ beri kuda makan
+ detail untuk naik kuda dll >> detail kuda equine park utm
Disebabkan saya merupakan bekas pelajar (alumni) di UTM Skudai Johor.
Ada beberapa lagi tempat menarik yang boleh anda kunjungi seperti kompleks sukan (stadium dan kolam renang), dusun utm, taman rusa, litar kereta kawalan jauh (berdekatan padang kawad), perpustakaan dan masjid.
Sesuai untuk mereka yang ingin melihat permandangan, seni bina bangunan dan merakamkan gambar kenangan. Orang kata, ‘trademark’ UTM selain daripada 7 tempat menarik di atas.
Semoga membantu & Jom melancong ke UTM Skudai 😀
Pakej yang menarik ni. Saya terutamanya tertarik dengan peluang untuk menunggang kuda. Ini hobi kegemaran saya.