Sambutan Hari Belia Negara 2010

Cover-hari-belia-negara-2010-aizuddin

Sempena Hari Belia Negara 2010 bertempat di PutraJaya pada 14-16  Mei ni, Kementerian Belia dan sukan telah mengenakan tema “Belia Kreatif Pemacu Pembagunan Negara”.

Acara kemuncak sambutan tersebut adalah pada 15 Mei di  Putrajaya International Convention Center (PICC) Putrajaya  dengan acara perhimpunan Hari Belia Negara bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

  • Belia

Berdasarkan tafsiran dalam Akta 668 iaitu Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 yang telah diwartakan:

“Belia” ertinya seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima belas (15) tahun dan tidak lebih daripada empat puluh (40) tahun.

-myjazmanie-

Baru aku tau yang aku ni merupakan seorang belia. Sampai umur 40 pun di gelar belia lagi. Beliakah korang? hehe.

tapak-acara-hari-belia-negara-2010-aizuddin

  • Aktiviti Menarik

Sesi bersama upin dan ipin, Konsert Rabbani, Majlis Tahlil dan Doa Selamat, Al-Kuliyyah dan Karnival Jom Heboh Sempena Hari Belia Negara 2010.

Sukan – Kejohanan Futsal, dodgeball, go-kart

Games – Cyber games (kalau ada pes, mesti best. macam nak masuk je. haha. Dota dan Counter strike kalau tak ada macam tak lengkap je cyber games ni.) , dan Paintball.

Banyak sangat yang best. Tengok senarai aktiviti di dalam gambar (klik gambar untuk lebih cun) atau  tengok di sini.

itym-banner-2010-aizuddin

Information Technology Youth movement (ITYM)  ditubuhkan oleh saudara Khaireel azlee dan beberapa founder yang lain, beliau adalah bekas peserta Ship For South East Asian Youth Program 2008 (SSEAYP) . ITYM juga merupakan satu pertubuhan belia yang didaftarkan under  registry of youth (ROY).

Sempena hari belia negara ini ITYM telah dilantik menjadi rakan kongsi kementerian untuk mengendalikan beberapa program dibawah cluster kreatif dan inovatif. Secara tidak langsung mereka juga telah menjadi penaja untuk kementerian

Persatuan ini  ditubuhkan khas untuk pengguna IT di Malaysia dan  khususnya blogger yang  sentiasa bermain dengan jaringan internet

Boleh baca info penuh itym di sini.

aizuddin : Bagi aku, sebenarnya golongan blogger ni tidak semuanya yang membuang masa. Asalkan mereka dapat memaksimumkan dan memanipulasi kelebihan menjadi seorang blogger. Nampak je macam buang masa, duduk depan pc setiap masa.

Tapi di sebalik tu, kita bukan sahaja dapat mengasah bakat untuk menulis (walaupun masa sekolah dulu punya lah payah nak menulis karangan ni. hehe.) ,bahkan dapat menanam sifat membaca di kalangan masyarakat Malaysia.

Kita tak boleh nak sempitkan pemikiran mengenai amalan membaca pada zaman sekarang. Tidak semestinya mesti membeli buku, novel yang tebal-tebal untuk menanam sifat membaca. Amalan membaca blog pun, dapat menanam sifat membaca dengan syarat, blog-blog yang dibaca adalah blog-blog yang berkualiti. ;)

Ingatlah, golongan blogger ni tidaklah sama seperti golongan yang addict dengan facebook. 24 jam menghadap facebook, tapi tak dapat apa-apa yang memberi manfaat pun. Balik-balik tengok gambar-gambar kawan, tambah komen dan merepek tak tentu pasal. Tapi golongan blogger ni lain daripada yang lain, percayalah. Majulah bloggger untuk Malaysia, anda mampu mengubahnya.

Nota : Thanks kepada sis Dahlia kerana beritahu pasal contest ni. Harap-harap sempat lah join. hehe. Tahniah kepada penganjur kerana dapat mewujudkan komunti blogger ni. Dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini rupa, barulah dapat melahirkan belia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. InsyaAllah.

Comments

comments

Comments

  1. says

    Kenapa ko buat entri pasal ini? nanti ada apa2 ke dapat? hehe
    ko ni mesti ada apa2 ni kan? kan?
    .-= Nizam6281´s last blog ..KERETA API PINK! WOW! TAPI PONDAN BOLEH MASUK KE?? =-.

Trackbacks

  1. [...] Tarikh Tutup last jam 11.59 PM 13 mei 2010 <- aku amik dr komen Secretary ITYMsempat lagi nak join..jom baca entri aku sekali..hehehttp://aizuddin.com/contest/sambutan-hari-belia-negara-2010/ [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *