Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah

 puasa sunat hari arafah

//Update Puasa Sunat Bulan Zulhijjah

Di saat tetamu-tetamu Allah di Tanah Suci sedang beribadat ketika wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, kita yang tidak berkesempatan untuk melaksanakan haji, bolehlah melakukan puasa hari arafah. Puasa sunat Hari Arafah adalah khas untuk mereka yang tidak pergi menunaikan haji.

Kelebihan puasa Hari Arafah

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. InsyaAllah. Kalau betul niat, betul cara.

Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :

“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :

Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

Niat Puasa Sunat Hari Arafah

Mungkin ramai akan tanya, “Macam mana nak niat puasa sunat hari arafah?”.

Ada dua pendapat tentang niat.

1. Kita boleh niat dengan cara niat umum, contoh, “Sahaja aku puasa sunat”.

Ataupun

2.  Niat dengan cara khusus, contoh “Sahaja aku puasa sunat hari arafah”. Tak ada masalah untuk buat yang mana-mana.

Untuk penerangan lanjut, sila lawati entri di blog ini

Tarikh Hari Arafah Di Malaysia 2012

InsyaAllah tahun ini kita akan menyambut hari raya Aidil Adha pada hari Jumaat 26 Oktober 2012, maka hari Arafah jatuh pada hari Khamis 25 Oktober 2012.
Wallahualam. (Sumber)

Tarikh Hari Arafah Di Malaysia 2014

Raya aidil adha – ahad 5 oktober 2014

Hari arafah – sabtu 4 oktober 2014

.

Nota :

1. Kalau ada salah info di atas, tolong inform. TQ

2. Jangan lupa ajak kawan-kawan, adik, abang, kakak, pak cik, mak cik, jiran sebelah untuk puasa sunat sekali. InsyaAllah kita pun akan dapat pahala extra kalau dorang puasa jugak. :)

Comments

comments

Comments

  1. says

    Hi there,I check your blogs named “Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah” like every week.Your story-telling style is awesome, keep doing what you’re doing! And you can look our website about ????? ?????.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *