Ramai yang tertanya-tanya syarikat pengiklanan mana yang mereka patut sertai. Memandangkan aku dah pun cuba kedua-dua syarikat pengiklanan ni. Aku berilah sedikit tips untuk memudahkan korang pilih yang mana satu jadi pilihan hati. hehe.Bagi korang yang belum tahu apa itu nuffnang dan advertlets, mereka merupakan syarikat (komuniti) pengiklanan yang semakin popular di Malaysia sekarang ni. Jalan-jalan kat blog orang (tempatan) mesti pasang benda ni kan? Kita (blogger) hanya sebagai publisher (pengiklan) bagi mereka. Dan diorang akan bayar ikut potensi blog kita nanti.
- Nuffnang
Bagi aku, kalau korang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging ni, lebih baik korang prefer nuffnang daripada advertlets. Sebabnya, blog korang masih lagi baru. Jadi content pun belum banyak, apatah lagi nak cari trafik kan?
Nuffnang akan bayar korang berdasarkan trafik dan jumlah klik. Walaupun trafik korang sikit, tapi mereka tetap akan bayar mengikut masa kempen sesuatu iklan tu ada dalam blog korang. Tapi jangan lah main klik-klik iklan di blog orang lain. Ia boleh merugikan syarikat nuffnang tu sendiri. Kalau nuffnang dah lingkup, korang nak join apa pulak nanti?
Senang kata, kalau korang berminat dengan iklan tu, klik lah beliau. Tak perlu nak beritahu kat shoutmix dan chatbox. Klik adalah rahisa. hehe. Biasanya untuk satu kempen, akan dibayar RM 0.25. Memang pada awal nanti earning memang lambat naik. Tapi lama-lama nanti, bila dah ada content blog yang best dan trafik yang mantap, korang akan diberikan buffered earning. Ini yang membuatkan earning korang akan bertambah masyuk.
Biasanya, nuffnang akan update korang punya profile macam analytics dan earning pada setiap hari isnin. Tak perlu lah korang cek setiap masa nanti. Dari analytics, korang boleh tahu jumlah trafik dan keyword-keyword yang best dalam blog korang. Sampai kan ada orang sesat dalam tu. hehe.
Bagi aku, sesiapa yang rasakan blognya mempunyai trafik yang mantap sampaikan boleh jejak 100 visitor setiap hari, bolehlah cuba pasang advertlets ni. Advertlets ni akan masyuk bila trafik korang tinggi. Kalau nak cecah RM0.50 pun senang walaupun blog korang tak berupdate. Asalkan trafik mantap.
Memang iklan nuffnang sangat menarik berbanding advertlets. Boleh dikatakan iklan nuffnang akan bertukar-tukar dalam seminggu tu. Tapi jangan risau, korang hanya maintainkan trafik je dah ok dah. Tak perlu nak risau jumlah klik iklan tu. huhu.
Yang tak bestnya advertlets ni, dia tak ada analytics macam nuffnang. Jadi terpaksalah guna google analytics kalau nak tahu keyword dan trafik korang. Analytics trafik advertlets pun simple je.
PENTING
Kalau korang nak pasang iklan nuffnang, pastikan korang tidak pasang iklan advertlets dalam satu blog yang sama. Ini akan membuatkan status glitterati korang akan hilang. Banyak keistimewaan status glitterati bagi nuffnanger. Dari lah rate earning , cek dan innit. Kalau bukan glitterati, korang tak boleh guna website innit ni. Innit ni macam nak pingkan entri blog korang. Satu cara nak dapat trafik gak ni. hehe.
Iklan-iklan ni adalah sampingan je sebenarnya. Jangan lah terlalu obses sehinggakan niat blogging korang telah tersimpang jauh. hehe. Teruskan berblogging dengan ikhlas. Isi kandungan blog korang adalah segala-galanya. Jadi buatlah pilihan dengan bijak !
aizuddin : Kalau perasan earning yang dekat gambar tu hasil blog yang sama. Tapi earning dia lagi banyak dengan advertlets. Sebabnya trafik kat blog tu boleh dikatakan tinggi. Doakan aku dapat rasa innity pulak lepas ni. Amin.. hehe.




{ 128 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
betul ke ayat niii
Kita (blogger) hanya sebagai advertiser (pengiklan) bagi mereka
bukan blogger sebagai publisher keee… heh
aah..tak perasan..ok2 nanti aku betulkan balik..power jugak mata ko ni..tq2
Adverlets & Nufnang dua2 boleh guna sebenarnya.Boleh tengok kat blog aku.Setakat ini, adverlets yg bayar lumayan berbanding nufnang
.
memang boleh.kena try and error jugak.sebab depend kat blog masing-masing
LOL, aku dah termasuk sini…owh dua2 mantap ek, aku nak tengok dulu
kang boleh la review macam hang ni nanti
macam mana ko boleh sesat ni?haha
depend jugak kat blog..kena buat eksperimen dulu baru boleh tau..nak jugak tengok ko review nanti
eh dah ada ads innity kat blog ni
dah dapat apply/approve la ek
aah sekarang dah guna innity..lama dah approve
bro pakai innity…
dah xselesa dengan nuffnang….
ramai blogger dah tak puas hati dengan nuffnang sekarang..sabor je lah~
kesabaran bro xleh nak dikawal dah he..23x
kesian kat nuff..semua blogger duk pakat boikot si nuff ni..ish3..kesian2..
tq 4 info…
welcome..all the best
Info ni sangat dicari-cari oleh para blogger..sy pun tengah pertimbangkan mana satu nak jadikan advertiser ni
all the best ya
aku pun xtau nk pilih mna satu..kejap nuffnang,kejap advertlets..
tu la pasal..kena buat eksperimen dulu, pakai mana yang berbaloi
macih2 sbb info yg amat TERBAEK.. dulu penah aktif berblog.. ada ler gak merasa dpt check dr nuffnang.. Nih dah start berblog semula, konpius lak whether nak stay wit nuffnang or try advertlets.. nampak gaya stay ajelah dgn nuffnang kot sampai ada org mintak nak advertise kat blog (mimpi..
hahaha..)
stay je dengan nuffnang..
sy ada 2 blog.
satu guna nuffnang satu lagi guna adverlets blh tak x?
boleh je..better guna nuffnang je la..berdasarkan experience sy..
ups:
thanks search jer jumper… adverlets vs nufnang
terbaek..
welcome. kena try and error. zaman sekarang dah tak sama dengan dulu. makin ramai blogger
saya guna nuffnang,. yg bestnya bila dapat buffered earning,…
sekarang ada dapat lagi buffered earning? untung la kalau dapat.susah nak dapat dah sekarang ni
yup,.. dapat,.. tp nak try advertlets la,. hehe,.
fed up la aku
lama x dpt BE
xtau nak tukar ke x
yang terbaik sekarang innity
← Previous Comments
{ 7 trackbacks }