Lagu Erti Fatihah Di MHI TV3

Kalau ada sesiapa perasan, video ni banyak kali main di MHI TV3 pagi-pagi. Mula-mula tak tau jugak siapa nyanyi, dengar macam best je. Dari erti surah Al-Fatihah pun boleh buat lagu.

Sebenarnya video ni salah satu projek Nora yang terbaru. Menurut sumber gua :

Setelah agak lama menyepikan diri, penyanyi Nora akhirnya muncul dengan buah tangan terbaru. Bukan single atau album solo terbaru, tetapi dia tampil dengan kolaborasi menarik bersama sekumpulan kanak-kanak yang dinamakan Voices of Ummi (VOU).

VOU adalah sekumpulan penyanyi kanak-kanak yang digabungkan kerana suara mereka juga adalah suara watak-watak utama dalam siri animasi muzikal kanak-kanak berjudul ‘Ummi-Ceritalah Pada Kami’ yang akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini.

Bersama VOU, Nora telah merakamkan dua buah lagu berjudul ‘Pedoman’ dan ‘Ramadhan’. Kedua-dua lagu ini dimuatkan dalam album sulung VOU, ‘Erti Al-Fatihah’ yang turut memuatkan 11 buah lagu berunsur ketuhanan.

Selain menampilkan lagu-lagu yang enak didengar, album ‘Erti Al-Fatihah’ ini juga dilihat cukup istimewa kerana VOU turut dianggotai oleh dua cahayamata Nora sendiri iaitu Aliff Johan, 12, dan Putri Dahlia, 7.  Menurut Nora, penglibatan anak-anaknya itu bukan atas paksaan daripadanya, tetapi anak-anaknya itu memang minat dan mempunyai bakat menyanyi.

Nota : Good luck Nora dan Voice of Ummi (VOU)..

Comments

comments

17 thoughts on “Lagu Erti Fatihah Di MHI TV3

  1. tie azman

    :love: masyaAllah nk nangis dengar lagu ni….khas untuk anak2 agar mereka hafal erti al fatihah ini sambil berhibur.syukran.

    Reply
  2. hamizah

    bestnya Putri nyanyi,merdu lagi tu … untungnya ibu dapat anak macam itu…
    Putri pandai menyanyi,bolehlah masuk dalam pertandingan menyanyi…
    hebat lah Putri nyanyi…awak lah idola ku,Putri…semoga berjaya…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>