Semakin ramai blogger-blogger baru yang muncul. Sama ada sengaja nak muncul atau tak sengaja. huhu. Berblog kerana wang? minat? hobi? atau sebab-sebab lain? Ramai di antara blogger mengharapkan blognya dapat menjana wang yang banyak terutamanya dari iklan nuffnang.
Dan ramai di antara mereka yang pasang iklan nuffnang ni kerana terpengaruh dengan kawan-kawan. Main klik-klik dengan mengharapkan earning akan cepat naik. Memang boleh cepat naik. Tak dinafikan. Aku dulu pun pernah terpengaruh sebab tak tahu.
Apabila ditegur dan membaca entri-entri dari otai blogger. Aku dah stop lama dah. Tapi, bila aku buat blogwalking, ramai lagi yang duk buat macam ni lagi. Sampaikan diorang sanggup blogwalking berpuluh-puluh blog dan mungkin beratus-ratus blog untuk hanya menjayakan misi diorang. Bukannya duk membaca entri atau meninggalkan komen yang bernas lagi berharga kat blog tu. huhu.
Masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit.
- Maksud iklan perklik
Seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta.
Contoh : nuffnang, advertlets, google adsense, dapatwang dan banyak lagi..
- Hukum menyertai
Harus(dibolehkan) – tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka.
- Pembeli dan penjual?
Penjual – ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik
Pembelinya – pemblog(owner blog @ blogger ) yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.
- Syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam?
Semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam.
Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya.
Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.
- Peringatan :
“Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :
” Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan ”
” Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini ”
” Bantu saya dengan satu klik pada iklan “
Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas.
Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan.
Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut.”
+ Boleh buat ayat untuk menarik minat visitor melawat iklan yang akan keluar, tapi lebih baik elakkan guna perkataan klik @ click. Tak salah rasanya.
- Kesimpulan
Iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham).
Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram seperti mana telah diperjelaskan di atas.
Entri ni aku ambil dari blog ustaz amin. Atas hasil kajian yang beliau buat. Ini hanya sebagai pendapat dan renungan bersama. Lagi-lagi bila kita dapat penjelasan dari seorang ustaz. Ke korang ada pendapat-pendapat lain?. Kita boleh share sama-sama. Mudah-mudahan rezeki yang kita dapat lepas ni adalah dari sumber yang halal. InsyaAllah.
P/s :Credit kepada ustaz amin. Sebab tu jadi panjang semacam. Tak macam entri sebelum-sebelum ni. Ni sebabnya, aku copy, paste tambah ayat dan edit kasi nampak kemas je. hehe.
Refresh : Nak baca pasal team klik-klik nuffnang ni lagi? Boleh usya sini.








{ 157 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
satu bahan bacaan yang bagus. Hukumnya harus..
akan jadi hukum lain apabila gunakan cara yang salah..
mmg dari dulu saya dok rasa perkara2 yg berlaku dalam blog2 skg ni yg menyuruh org klik tu adalah salah dan tidak matang
(
mungkin diorang belum tau lagi tu..masing-masing kan nak keuntungan dalam masa singkat..tapi cara yang digunakan tu salah
mcm mner nak elak blog dari terjebak iklan yg diharamkan?
kalau kat nuffnang ada bahagian setting untuk pilih tak menyiarkan iklan yg mengandungi arak dan lain-lain..pergi setting kat situ
yap betul tu iklan nuffnang kita boleh setting so rasanya xada masalah tentang suber pendapatan haram
ohh. baru saya tau. nasib baik tak psg iklan nuff heartbeat semua tu lg. terima kasih fr the info
)
kalau nak letak boleh je..bukan salah pun..asalkan tak main klik2 sudah
owh ptt pnjg =,=”kna bca slow2 ni..klu x ssh paham
banyak isi yang nak disampaikan..harap2 paham la ye
macam2 dlm dunia :p
ni benda paling basic yang orang ambik ringan..
nak tanya. nuffnang boleh disertai oleh semua peringkat umur ker? sye 15 thn. bleh x sye sertai nuffnang?
boleh rasanya selagi ada blog..kalau tak boleh, pakai nama orang lain dulu
kalau iklan pompuan tak pakai tudung dan tak tutup pun saya rasa haram jugak…
sekadar pendapat…
Setelah meneliti beberapa pendapat ustaz-ustaz dan hujah yang di kemukakan, saya memilih untuk berpegang dengan pandangan Ustaz Zaharuddin.
Boleh lihat sini : Selamat Tinggal Nuffnang….”_”
bagus entri ni.
dapat ilmu baru.
tu la terfikir juga tak baik kalau suruh orang klik iklan kita.. biasanya suruh orang yang dikenali. tak de la sampai main klik-klik.
lepas tu dah tak nak buat dah. insaf.
semua ni akan jadi darah daging dan darah daging yang haram akan dibakar dengan api neraka. takut2..
bagus penerangan ni… kadg2 kita ambil mudah jew benda2 ni… akak pun main add je iklan2 yang ada… tapi sempat la perhati jugak syarat2nya…. nasib baik tak tersasar. Terima kasih
You actually help it become seem simple with a person is presentation however I have this topic for being really a feature that we think A totally free certainly certainly not understand. It seems to be too complicated and in addition incredibly broad for me. We are excited to your post, I most likely try and help obtain the belief from the usb ports!
oh, begitu hukumnya. terima kasih atas informasi.
terima kasih info anda. terklik blog anda, dan terus baca entri ini.:)-
ummi ade hajat nak pasang nuffnang nie..tp pilih product kesihatan je la..huhu..good info.
pernah dgr before this
Hello! Would you mind if I share your blog with my facebook group? There’s a lot of folks that I think would really enjoy your content. Please let me know. ThanksPainting in Houston: Residential Painting, 8834 Andante Dr., Houston, TX 77040 – (281) 944-5450
← Previous Comments
{ 6 trackbacks }