Digi Wwwow Awards – Blogger Of The Year

digi awards blogger of the year aizuddincom

Zaman sekarang, golongan blogger sudah diberi pengiktirafan. Siap dapat award lagi, kalau artis ada anugerah bintang paling popular berita harian, blogger sekarang ada digi awards blogger of the year. Aku join ni pun saja nak memeriahkan contest. Nak tengok sejauh mana pencapaian blog ni. Kalau nak undi apa salahnya, jangan risau semuanya percuma. Hanya akaun facebook diperlukan.

Aku tak nak la promote sangat benda ni sampai nak mention sorang-sorang suruh undi, update banyak kali pasal awards ni. Cukuplah beritahu 2-3 kali je kat facebook mengatakan kita pun ada join contest ni. Kalau kat twitter mungkin retweet je kot. Tak de lah nak annoying sangat. Sampai orang yang vote untuk blog kita tu mungkin diorang vote secara terpaksa.

Biarlah vote yang diberikan tu secara ikhlas dan sememangnya layak untuk kita terima. Kalau undian banyak tapi kualiti kat blog tu macam tak de sama la macam kita tengok undian kat maharaja lawak kan. Tak semestinya yang paling best boleh dapat tempat pertama. Masing-masing ada follower sendiri.

Cara-cara nak vote :

cara undi blogger of the year aizuddincom

Boleh undi sekali setiap hari sehingga 20 Jun 2011. Setiap undian yang diberikan saya akhiri dengan ribuan terima kasih.

Tiada paksaan untuk vote. Selamat mengundi blogger pilihan anda. Buatlah pilihan yang bijak..

Nota : Untuk kategori lain pun ada, aku ada masukkan blog aduyai untuk top lol. Walaupun masih baru, dari segi ranking takde lah teruk sangat.

Comments

comments

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *