Cafe Cinta – Ustazah Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi

by aizuddin on May 7, 2012

cafe cinta fatimah syarha dr farhan hadi

Sebelum ni, aku pernah post tentang Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Don Daniyal. Kali ni nak buat entri tentang pasangan suami isteri penulis novel, iaitu  Dr Farhan Hadi & Ustazah Fatimah Syarha. Sebenarnya tak pernah dengar pun forum diorang sebelum ni, tapi time-time bukak youtube, terjumpa dan terdengar. Terus je nak cari video-video lain sebab rasa macam best la pulak :D

Aku rasa style cakap Dr  Farhan ni macam Fedtri yahaya cakap sepatah-sepatah je. Ustazah pandai buat lawak walaupun sampaikan dengan lemah lembut..

 


CAFE CINTA- Fatimah Syarha “Menghindari Cinta Sebelum Kahwin” Part 1

Terima kasih kepada saudara moderator yang unik kopiahnya, tapi… *tak pasal-pasal moederator kena troll dengan ustazah :)


CAFE CINTA- Fatimah Syarha “Menghindari Cinta Sebelum Kahwin” Part 2

CAFE CINTA- Fatimah Syarha “Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami”

Video ni terbaik. Ustazah cerita macam mana dia kenal suami dia. Part merisik guna facebook pun best :P

=================================================

1 . Dr Farhan : APAKAH HUKUM BERCINTA SEBELUM KAHWIN ?

Kata Prof Syeikh Yusof Al Qardawi – saya tidak memuji cinta sebelum berkahwin , kerana ia bahaya dan boleh mengundang syahwat…

Kata Syeikh Muhd Sani – Perbuatan cinta sebelum berkahwin tidak dibenarkan dalam Islam

2. Ustazah : APAKAH KEKUATAN YANG PERLU ADA KEPADA MUSLIMAH UNTUK MENGHALANG CINTA SEBELUM BERKAHWIN @ MENDINDING DIRI DARI GODAAN LELAKI ?

KEKUATAN FAHAM – faham tentang makna cinta sebenar dalam Islam..Rujuk kepada para ulama tentang definisi cinta..bukan rujuk filem , lagu , drama korea..Bertanya sesuatu kepada ajnabi ( perkara sia sia ) hanyalah alasan untuk memulakan hubungan.
Hadis ; Allah lebih sayangkan hambaNya melebihi seorang ibu yang menyayangi anak kecilnya
KEKUATAN IKHLAS – Ikhlas niat kerana Allah swt dalam semua perkara yang dibuat..Simple formula : Jika sesuatu perkara tidak dilakukan dengan ikhlas , maka kita akan buat sesuatu kerja dengan tidak fokus , kemudian kita tidak akan ada kekuatan untuk mengingati perkara itu.
KEKUATAN MUJAHADAH – Mujahadah melawan nafsu dengan membaca AlQuran setiap hari , rajin bangun solat malam

3. Dr.Farhan : APAKAH KESAN BERCINTA SEBELUM KAHWIN ?

Tak bercinta sebelum kahwin —> Tiada maksiat hati , perbuatan , dapat jaga keberkatan selepas berkahwin..Melahirkan rasa mawaddah , sakinah dan rahmah bersama pasangan

4. Ustazah : BAGAIMANA SEORANG MUSLIMAH HENDAK MENILAI CALON PASANGAN YANG TERBAIK UNTUK DIRINYA ?

Dalam Islam , perlu dijaga batasan sebelum berkahwin..Dalam Islam juga ada konsep merisik..Jadi , tempoh merisik adalah tempoh yang terbaik untuk mengenali pasangan..Tak perlu couple..Insyaallah setiap orang akan dikurniakan pasangan yang sekufu dengannya..Jika dia seorang yang menjaga batas batas syariah sepanjang zaman bujangnya , maka akan dikurniakan juga pasangan yang sama sama menjaga syariah.

5. Dr. Farhan : BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK SESEORANG MRNCARI PASANGAN @ PERLUKAH DIA HANYA MENUNGGU JODOH ?

Jodoh atau pasangan perlu dicari..Langkahnya :

Perlu siapkan diri menjadi yang soleh / solehah
Bentuk jati diri menjadi Muslim yang terbaik
Masa untuk bertindak : berbeza mengikut kondisi seseorang

EXTRA : CARA UNTUK APPROACH pasangan yang berkenan di hati :

  • Direct kepada walinya
  • Gunakan orang tengah..Orang tengah kemudian akan bertindak untuk menyampaikan hajat kepada wanita / lelaki tersebut
  • Wali kepada wanita offerkan anak perempuannya
  • Wanita gunakan orang tengah untuk merisik lelaki
  • Lelaki gunakan orang berpengaruh sebagai orang tengah
  • Gunakan pemimpin untuk tolong carikan calon yang sesuai
  • ” Dalam cinta tiada paksaan , yang ada hanya cadangan :)

 

Tahniah kepada penganjur (PEMBINA UIA), moderator best, penceramah best, video kualiti pun best. Harap-harap di UTM nanti, penganjur pun rakam video dan upload di youtube. Sama-sama kita datang beramai-ramai pada 10 Mei nanti.

Kredit : http://daricerebrum.blogspot.com/2012/04/forum-cafe-cinta-by-dr-farhan-hadi.html

Link : Facebook Ustazah Fatimah Syarha | Blog Ustazah Fatimah Syarha

{ 5 comments… read them below or add one }

ain May 8, 2012 at 12:37 AM

assalamualaikum. Tumpang tanya, detail tempat pgram 10 mei itu di mana ye?? UTM jalan semarak ke?

Reply

aizuddin May 8, 2012 at 12:44 AM

waalaikumsalam. UTM Skudai.
boleh contact dia kot : https://www.facebook.com/zulhafiz.ismail

Reply

href=”http://akucreate.com/”>farisBlogger May 29, 2012 at 7:22 PM

semuanya terbaik nie….

Reply

aizuddin May 30, 2012 at 5:10 AM

pelik je nama :P

Reply

amar June 1, 2012 at 3:26 AM

sy ade dgr sblum nie…mcm mne klu cinta tpi niat nak kawin dgn dye….x pe kew mcm 2…

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: