Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
(Chorus 1)
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
(Chorus 2)
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Nota : Aku memang tunggu video klip raya boboiboy, tapi dapat tengok seminit je. Tak terbaek la macam ni








{ 6 comments… read them below or add one }
Boboiboy pun dah pandai nyanyi lagu raya heh.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin ya!
aah, tapi pendek je..
selamat hari raya maaf zahir batin. tahun ni tak buat lak entri raya. update kad raya je kat fb.
peminat boboiboy ke ni.heee…
salam aidilfitri maaf zahir batin.
aah.upin ipin pun aku minat.sebab lawak. haha
selamat hari raya maaf zahir batin.
wah…adik ske sgt boboi boy..btw, nice blog aizuddin =).
study utm gak ke?course apa ni?dah macam tua sangat la pulak aku ni.haha
thank you. biasa2 je ni