Tutorial Cara Nak Buat Ketupat

tutorial-gambar-cara-buat-ketupat

Dari dulu lagi try nak belajar buat ketupat tapi tak reti-reti. Mungkin tangan aku tak cukup besar kot..tak pun tak de bakat nak buat ketupat ni (alasan semata-mata). Padahal bila tengok dalam gambar ada 12 steps je dah boleh siap.

Kalau setakat isi beras dalam ketupat aku reti la, tak pun makan ketupat di hari raya. Kalau nak buat ketupat macam dah putus asa je. Boleh jadi bentuk bola, silap-silap sampai dah raya ketupat tak siap-siap lagi. Nasib baik, balik kampung ketupat dah siap masak. Tunggu masa makan je la :)

Nota : Saja nak share gambar..aku rembat dari laptop akak aku..nak sambung tidur balik la..selamat hari raya aidilfitri semua..

Tak puas dengan gambar, boleh tengok video sekali. Mana tau tiba-tiba jadi pulak tahun ni.

Comments

comments

22 thoughts on “Tutorial Cara Nak Buat Ketupat

  1. Lea G

    Hey I remember this kind of artwork was made for me by my granni, he is used to prepare the crafts and toys with coconut tree leaves. I thanks you for sharing this with us I want you to upload some more similar to us.

    Reply
  2. Reena

    Wow thats amazing, this artwork comes really familiar. Although I cannot really understand this weblog, it looks amazing. Keep on posting Aizuddin.

    Reply
  3. faizul

    haaa… bagus… lepas ni ramai yang patutnya dah boleh anyam ketupat.. hahaha.. aku dah tau lama dah, sejak sekolah rendah lagi. Sebab tu lah aku akan jadi orang yang wajib untuk mak aku suruh anyam ketupat time raya camni. :)

    Reply
  4. adamfaiz

    Aku memang pandai anyam ketupat… mak aku dulu juara lah bab2 nih… tapi aku pandai bukan belajar dari mak tapi belajar dari seorang kawan lelaki…

    Dulu time nak raya aku jadi pemes kat kampung sebab ramai anak2 dara yang kerumun nak belajar anyam ketupat… sekrang rasanya lagi lah kurang yang tahu anyam.. tau makan je!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>