Tulis & Menang ariffshah.com

justkhai

Siapa yang tak kenal justkhai? Kalau korang seorang blogger tak sah kalau korang tak kenal justkhai kan? Ramai antara blogger-blogger yang lahir dalam dunia blogging ni, mendapat inspirasi daripada beliau.

Termasuklah diri aku sendiri. Kalau korang bukan seorang blogger sekali pun. Mesti ada antara korang merupakan follower atau kipas blog khai ni.

Aku nak ceritakan sedikit asal usul diri aku dengan blog justkhai ni.

Ini bermula hasil pencarian aku untuk kes cinta tiga segi hazwan aka perangkap cinta dulu. Dah lama kot cerita pasal ni, sejak masa aku masuk matrik. Dalam 2 tahun yang lepas jugak lah. Siap ada buat lagu lagi, best pulak tu. huhu. Mula-mula dinyanyikan oleh Hazwan, pastu ada versi Saleem Iklim, last sekali versi kristal. Semua versi best. Layan gila. Sila layan tapi jangan jadi gila pulak. hehe. Banyak-banyak versi, aku suka versi kristal. Baru lah rock kapak!

Refresh balik : video dari khai, suara peninggalan Allahyarham Hazwan. Al-Fatihah..

Video lagi satu : mula-mula horror, tiba-tiba jadi lawak tahap cipan. haha.

Ni video lakonan semula, tak tau lah betul ke tak. Lakonan : NICK SYAZWAN, arahan : LANZ

Sejak dari saat tu, aku terus follow blog justkhai sampai sekarang. Setiap entri dalam blog tu, ada keistimewaan yang tersendiri dan memang membuatkan aku tertunggu-tunggu. Bukan sahaja gaya penulisan beliau yang tidak membosankan, malah entri-entrinya akan menyelitkan sedikit mesej yang berguna.

Mulanya aku tak kenal apa itu blog, nuffnang, advertlets, twiiter, nokia 5800xm dan banyak lagi. Bila aku start sesat di blog justkhai, aku terus tau apa itu dunia blog. Dari situ, aku try buat blog budakmice. Saje nak test power. huhu. Lepas tu, aku muncul lagi dengan blog untuk aku simpan link download aka aku blog download, dan yang terakhir, aizuddin.com ni.

Domain dan hosting blog ni pun sebenarnya hasil promo yang justkhai pernah buat kat entri blog beliau. Sebab tu aku beli. Bukan senang nak dipromote oleh khai ni.

  • Sebab apa mesti justkhai?

Aku bangga dengan hasil kerja beliau yang juga merupakan founder bagi ohmedia. Banyak lah website bawah kendalian ohmedia ni. Kalau korang pernah baca website-website yang ada oh, contohnya ohislam, ohtidak, ohartis dan ohjika. Mesti korang tau yang khai ni lah dia punya founder. Kalau korang rasa menarik website-website tu, that’s why aku pilih justkhai.Β  Anak jati Malaysia, siapa tak bangga?

ohmalaysia dan justnizam adalah dari owner yang lain. Jangan terkeliru. Nantikan kemunculan domain ohcerita pulak nanti. hehe. Aku tak nak cerita pasal kes justkhai dan justtherangers. Hanya Allah yang tau siapa yang betul, siapa yang salah. Wallahualam.

  • Apa yang best sangat ni?

Khai jugak banyak share hal-hal peribadi dia kat situ, contohnya, motor dia kena rembat, putus cintan dan banyak lagi. Tapi aku paling suka bila dia review satu-satu gadget. Mesti dia akan beli yang mantop punya, sebabnya dia akan buat research sebelum beli sesuatu barang. Sebab tu aku pilih nokia 5800xm dan bukan jenis lain. Dan terbukti, ianya berbaloi-baloi.

Lepas ni nak beli tv samsung lcd jugak la. Banyak duit!. haha. Psp dah ada, Ps3 mungkin lambat lagi kalau nak beli pun. Dvd pirate pun belum ada. Mau kayap, tiap-tiap game mesti yang original. Layan ps2 je dulu puas-puas. Balik-balik main pes je nanti. Tak pun try Xbox pulak lepas ni. Tunggu harga turun dulu lah. Dah kerja baru boleh beli. hehe.

  • Apa kaitan entri dengan contest?

Ni sebenarnya entri untuk contest. Tengok tajuk pun dah tau kan? Cuma isi kandungan entri aku tak nak relatekan sangat dengan contest. Last sekali baru aku relatekan. πŸ˜‰

tulis-dan-menang2

Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my, myliriklagu.com & denaihati.com

Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog ariffshah.com

aizuddin

Entri ni juga boleh menjawab persoalan bro Frantz-Senpai tentang blogger inspirasi aku. Bukan blogger idola. Tiada idola yang layak dalam hidup kita, selain Nabi Muhammad S.A.W kan? Dan yang paling penting, tiada kena mengena dengan Rafidah Ibrahim yang ajar aku berblogging. hehe.

P/s : Kalau korang rasa korang suka dengan entri aku ni, boleh lah vote aku nanti. πŸ˜‰ . Kalau korang nak join jugak, boleh tengok sini. Tak susah pun. Mana tau ada rezeki kan? Jangan lupa bagitau yang korang tau contest ni dari aizuddin.com. Good Luck!

Comments

comments

Comments

  1. says

    dah banyak sgt versi cerita tentang lagu ni..xtahu yang mana satu yang benar2 the real story,,adakah cerita disebalik lagu ni benar or just nak memolurkan lagu ni je..aku pun xtau..kalau tgk video kat you tube..mmg bnyk version..dr version serius,lawak horror smpai la version rock kapak..haha..anyway kalau betul al-fatihah la pada allahyarham..

    • says

      dari dulu aku nak tau kebenaran lagu ni..sampai sekarang tak tau..tapi lagu tu memang best pun..kalau betul..kita sedekahkan Al-Fatihah sama-sama..amin πŸ˜€

  2. says

    Heya outstanding blog! Does running a blog such as
    this require a large amount of work? I’ve virtually no expertise in computer programming however I was hoping to start my own blog soon.
    Anyway, if you have any ideas or tips for new blog owners please share.
    I know this is off subject however I simply had to ask.
    Thanks!

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *