4 Tips Asas Mulakan Blog

Blog in typescript letters

Nak kata aku pro tak de lah sangat. Cuma nak share sikit tips-tips yang basic kalau korang nak mulakan blog baru (khususnya untuk pengguna blogspot yang semakin berlambak sekarang ni).

Antara tips-tips yang basic tapi amatlah penting bagi aku :

  • Nama blog

Pilih nama blog yang simple dan ringkas. Elakkan ada simbol atau nombor kalau boleh.

Sesuaikan nama blog dengan isi kandungan blog korang. Kalau nak buat blog peribadi. Just guna nama betul lagi best. hehe.

contoh mudah :Β 
www.aizuddin.com

Senang tak nak ingat? Pendek kan?
Lagi pendek lagi bagus, nak branding pun senang πŸ˜€

contoh susah :
iniblogakusukahatiakulah800.blogspot.com (panjang gila. menyusahkan orang)

 

  • Bahasa yang digunakan

Guna bahasa melayu yang penuh untuk berblog. Daripada title entri sehinggalah content entri tu sendiri. Elakkan guna bahasa rojak yang melampau. Apatah lagi bahasa sms. hehe.

Sebabnya :

Blog korang aku diindex (diskodeng) oleh google. Jadi biasanya orang akan search diΒ  enjin carian google dengan bahasa melayu yang penuh lagi skema. Mana ada guna bahasa rojak kan?

Selain tu, nak memudahkan pembaca korang baca blog korang. tu je. Kalau korang nak syok sendiri. Up to you ;).

  • Interface blog

Bagi aku ni pun penting. 1st impression amat penting bagi aku. Kalau blog tu sedap je mata memandang, memang akan menjadi tempat aku lepak dan guling-guling. hehe.

Tulisan

Tulisan tak perlu lah jadi terlalu fancy, sampai setiap perkataan nak di colour. Apa kejadah?

Kalau takat bold-bold je dah ok dah. Saiz pun biarlah normal. Tak perlu kejap kecik, kejap besar.

Template

Pilih template yang best dan simple. Kalau pandai edit. Kasi lah nampak lebih cun. Jangan lebih serabut sudah. hehe. Elakkan guna default template. Amat membosankan!

  • Widget

Pilih widget yang penting sahaja. contohnya kotak menjerit shoutmix. Benda ni penting bagi orang yang suka buat blogwalking. Kat sini lah diorang nak tinggalkan jejak. Nak tanya khabar pun senang. hehe.

Elakkan letak mp3 atau lagu dalam blog. Aku paling tak suka kalau ada lagu dalam blog. Kalau lagu best boleh terima lagi. Ni lagu ntah apa-apa. Menyusahkan orang je. Lagi-lagi yang autoplay, terus insaf nak datang lagi. huhu.

Sampai sini je kot. Kalau ada tips lagi. Aku buat next entri. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Comments

comments

Comments

  1. says

    Betul.. aku sokong semua yg ko ckp tu… tapi aku sampai skrg tak leh nak apply bab shoutmix tu..
    .-= fahmi ibrahim´s last blog ..Selamat Hari Lahir buat insan yang teristimewa =-.

  2. says

    Nak buat blog tak susah, daftar, seting dan tulis. Tetapi nak bina suatu blog yang berkesan, menarik, berinfomasi, agak susah.

    Perancangan bina blog sangat penting;

    1. Tentukan tema kita, niche kita nak buat. Nak buat topik umum atau satu jenis sahaja.
    2. Apa minat dan kebolehan yang ada pada kita, kena nilai juga, tak boleh main buat blog saja.
    3. Maintain – paling pentiing.
    4. Template dan plugin adalah soal kemudian tapi juga penting. Bagi saya template biar clear, mudah loading dan paling penting yang mesra search engine.

    Tu serba sikit yang aku tahu, tapi banyak lagi, 8)

  3. Azemi Abdullah says

    sy baru je buat blog…tp tak keluar dekat SEO…dah cuba daftar kat Google., Yahoo., Bing dll…tp gagal keluar untuk tatapan umum.

    Nak tanya ., nak buat macam mana lagi untuk membolehkan blog saya ni di baca oleh orang ramai….Pandangan dan tunjuk ajar amatlah dihargai….TQ

    • says

      kalau blog baru buat memang susah sikit nak power seo..kena lama dulu baru boleh..tengok jugak keyword yang anda guna..kalau keyword tu ramai pesaing susah jugak..kena rajin blogwalking kalau baru2 buat blog ni..
      dekat tab blogger pun ada sikit senarai untuk anda buat blogwalking πŸ˜€

  4. Aliya Ahmad says

    Mcm mana nak buat blog kita keluar kat injin carian SEO…saya dah bina blog ….baru 2 entry utk tatapan umum…..dah cuba daftar kat google,yahoo,bing….tapi tak keluar juga.

  5. says

    mana boleh korang guna bahasa SMS.
    ingat senang ke Pak cik Google
    nak faham.lain Pak cik Google kata
    tak kisah.janji Pak cik Google indexkan
    blog korang. :o:

  6. Amal_ina says

    nice.aku suka..tapi boleh aku tanya macam mane nak tambah mp3 or lagu dalam blog.blog aku macam tak de pape.help please!

  7. says

    melissa ryanThanks so much for the video on the t3i vs the t4i — it was very helpful to me. I’m upgrading from the t1i and have decided on the t3i because video quality isn’t terribly important to me. My question now is: has the quality of the kit lens changed since the t1i? If there isn’t much discernible difference between them, I’ll go ahead with the body only option. But if they’ve made significant upgrades, I might go ahead and purchase with the 18-55 kit lens.Thanks for your help!  

  8. says

    Gaeta is the most interesting case of "break the cutie" ever. I really mean that. He has a complete heel turn, but he's still likable. The 3 episode mutiny arc is, as I keep saying, my favorite part of the series, and Gaeta is a huge part of the reason why.

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *