Nak kata aku pro tak de lah sangat. Cuma nak share sikit tips-tips yang basic kalau korang nak mulakan blog baru (khususnya untuk pengguna blogspot yang semakin berlambak sekarang ni).
Antara tips-tips yang basic tapi amatlah penting bagi aku :
-
Nama blog
Pilih nama blog yang simple dan ringkas. Elakkan ada simbol atau nombor kalau boleh.
Sesuaikan nama blog dengan isi kandungan blog korang. Kalau nak buat blog peribadi. Just guna nama betul lagi best. hehe.
ini baru blog aku – a1zudd1n.blogspot.com
contoh : iniblogakusukahatiakulah800.blogspot.com (panjang gila. menyusahkan orang)
aizuddin.blogspot.com (ini bukan blog aku.terpaksa tukar huruf i jadik nombor 1. hehe)
-
Bahasa yang digunakan
Guna bahasa melayu yang penuh untuk berblog. Daripada title entri sehinggalah content entri tu sendiri. Elakkan guna bahasa rojak yang melampau. Apatah lagi bahasa sms. hehe.
Sebabnya :
Blog korang aku diindex (diskodeng) oleh google. Jadi biasanya orang akan search di enjin carian google dengan bahasa melayu yang penuh lagi skema. Mana ada guna bahasa rojak kan?
Selain tu, nak memudahkan pembaca korang baca blog korang. tu je. Kalau korang nak syok sendiri. Up to you
.
-
Interface blog
Bagi aku ni pun penting. 1st impression amat penting bagi aku. Kalau blog tu sedap je mata memandang, memang akan menjadi tempat aku lepak dan guling-guling. hehe.
Tulisan
Tulisan tak perlu lah jadi terlalu fancy, sampai setiap perkataan nak di colour. Apa kejadah?
Kalau takat bold-bold je dah ok dah. Saiz pun biarlah normal. Tak perlu kejap kecik, kejap besar.
Template
Pilih template yang best dan simple. Kalau pandai edit. Kasi lah nampak lebih cun. Jangan lebih serabut sudah. hehe. Elakkan guna default template. Amat membosankan!
-
Widget
Pilih widget yang penting sahaja. contohnya kotak menjerit shoutmix. Benda ni penting bagi orang yang suka buat blogwalking. Kat sini lah diorang nak tinggalkan jejak. Nak tanya khabar pun senang. hehe.
Elakkan letak mp3 atau lagu dalam blog. Aku paling tak suka kalau ada lagu dalam blog. Kalau lagu best boleh terima lagi. Ni lagu ntah apa-apa. Menyusahkan orang je. Lagi-lagi yang autoplay, terus insaf nak datang lagi. huhu.
Sampai sini je kot. Kalau ada tips lagi. Aku buat next entri. Renung-renungkan dan selamat beramal.




{ 34 comments… read them below or add one }
cukup berguna bg newbie cam aku ni.. tq so much
.-= terunagiler´s last blog ..Cara nk tau lelaki masih teruna ke tak =-.
benda ni memang nampak je terlalu basic..tapi memang penting sangat..wc
Betul.. aku sokong semua yg ko ckp tu… tapi aku sampai skrg tak leh nak apply bab shoutmix tu..
.-= fahmi ibrahim´s last blog ..Selamat Hari Lahir buat insan yang teristimewa =-.
kenapa dengan shoutmix ko?tak reti nak add code tu dekat wordpress ke?
well said…
cuma kalu byk widget ambo tak suka sbb slowkan blog.. ho ho..
.-= Papa-Roq´s last blog ..Blogger Dot Com | Hikayat Blog Ini =-.
memang kena pandai pilih widget lah..pilih yang penting2 je..hehe
hehe.. tips ringkas yang padat
, simple dan straight forward.
.-= zuls´s last blog ..Kenapa Perlu Retweet Blog Post? =-.
simple tak pe..jangan pimple..hehe
wa..gle la..ble sifu blog da bg tip…hehe
.-= fitrijohari´s last blog ..Tahniah PKI !! =-.
Tak de lah sifu. Tak cukup ilmu lagi pun. Aku cakap ni pun berdasarkan pengalaman. hehe.
hmm, secara umum, 99 markah hahaha !
.-= eldy´s last blog ..Gambar muka lukis dalam bentuk komik =-.
lagi 1 markah apa yang aku kena tolak ni?hehe
wah.. bagus ni.. kena blaja lagi r ni ek hehe…
.-= matdin´s last blog ..Perkataan Panas =-.
yup..ni baru asas je..banyak lagi..huhu
.-= aizuddin´s last blog ..Contest : Hidup Untuk Memberi – Menangi Dua Acer Aspire One Secara Percuma =-.
bab templte tu mmg tak bape reti nak edit..biasa2 je..sampai ada org komplen boring..hehe..
nice tips ni..
.-= serol´s last blog ..Pelakon IP MAN tu kawan aku. =-.
template tu paling penting bagi aku..tak payah edit kalau tak reti..cari yang paling mantap yang dah diedit sudah..aku dah bagi link untuk cari template.search kat kotak search tu..laman web blogspot template..
.-= aizuddin´s last blog ..Software : Jadual Lengkap World Cup 2010 Waktu Malaysia =-.
oho..dah usha2..byk tu pilihan.. trimas2..
.-= serol´s last blog ..Pelakon IP MAN tu kawan aku. =-.
sebenarnya banyak lagi..aku listkan yang terbaik je tu..wc
.-= aizuddin´s last blog ..Lagu Official World Cup 2010 : K’naan – Wavin’ Flag =-.
Nak buat blog tak susah, daftar, seting dan tulis. Tetapi nak bina suatu blog yang berkesan, menarik, berinfomasi, agak susah.
Perancangan bina blog sangat penting;
1. Tentukan tema kita, niche kita nak buat. Nak buat topik umum atau satu jenis sahaja.
2. Apa minat dan kebolehan yang ada pada kita, kena nilai juga, tak boleh main buat blog saja.
3. Maintain – paling pentiing.
4. Template dan plugin adalah soal kemudian tapi juga penting. Bagi saya template biar clear, mudah loading dan paling penting yang mesra search engine.
Tu serba sikit yang aku tahu, tapi banyak lagi,
yup..nak menghasilkan blog yang best dan ada follower tersendiri yang susah sikit..tapi tu semua tak mustahil..btw thanks for info tambahan
tq din.
ok..welcome
still dlm proses nk upgrade my layout, :[
takpe..slow2..aku pun ambik masa nak pilih theme yg betul2 puas hati
thanks bro for the tip
ok..welcome
sy baru je buat blog…tp tak keluar dekat SEO…dah cuba daftar kat Google., Yahoo., Bing dll…tp gagal keluar untuk tatapan umum.
Nak tanya ., nak buat macam mana lagi untuk membolehkan blog saya ni di baca oleh orang ramai….Pandangan dan tunjuk ajar amatlah dihargai….TQ
kalau blog baru buat memang susah sikit nak power seo..kena lama dulu baru boleh..tengok jugak keyword yang anda guna..kalau keyword tu ramai pesaing susah jugak..kena rajin blogwalking kalau baru2 buat blog ni..
dekat tab blogger pun ada sikit senarai untuk anda buat blogwalking
Mcm mana nak buat blog kita keluar kat injin carian SEO…saya dah bina blog ….baru 2 entry utk tatapan umum…..dah cuba daftar kat google,yahoo,bing….tapi tak keluar juga.
macam sama je masalah kat atas..refer komen atas ni
mana boleh korang guna bahasa SMS.
:
ingat senang ke Pak cik Google
nak faham.lain Pak cik Google kata
tak kisah.janji Pak cik Google indexkan
blog korang.
boleh memang boleh..cuma nak dapat trafik dari google susah sikit..orang pun pening bila nak baca nanti
nice.aku suka..tapi boleh aku tanya macam mane nak tambah mp3 or lagu dalam blog.blog aku macam tak de pape.help please!
tq.lebih baik tak payah la letak lagu dalam blog.orang lagi tak suka nak datang baca nanti.tak semua orang suka lagu yang kita letak tu kan?
{ 1 trackback }