Tawaran Biasiswa JPA Peringkat Diploma Dan Ijazah di IPTA dan IPTS Dalam Negara Sesi 2012 / 2013

by aizuddin on August 4, 2012

permohonan biasiswa jpa 2012 2013

Tawaran Biasiswa JPA bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS Dalam Negara bagi sesi 2012/ 2013.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat-syarat Asas

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2012;

(iii) Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(iv) Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian (Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau tahun kedua (2) dan ke atas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; dan

(v)Tahun pertama peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).

(b) Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

Pemohon yang sedang mengikuti pengajian atau pemohon yang telah diterima masuk ke IPT seperti yang disenaraikan di perenggan 2 sama ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2010/2011 perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

syarat biasiswa jpa 2012 2013

Baca lagi..
Rujukan laman web : esila

Info PDF :

  1. IKLAN TAWARAN PIDN 2012
  2. FAQ PIDN 2012

Nasib baik zaman aku study dulu ada biasiswa jpa. Kalau tak, komfem tak cukup duit belanja. Member2 yang amik PTPTN + biasiswa Mak ayah pun cukup-cukup je duit diorang. All the best untuk sesiapa yang nak apply. Kalau ada biasiswa lain, try je apply macam company2 ke. Cuba tanya kawan-kawan korang atau google. Mana tau ada. Dulu aku ada dapat jugak biasiswa maybank, tapi kena tolak sebab dah dapat JPA ni. Rezeki kot..

{ 15 comments… read them below or add one }

fathgulegile August 6, 2012 at 8:33 AM

nak tye macam mane kalu kite da amek ptptn tapi na apply biasiswa jpa nie pulak.
na kene tutup ptptn kite dulu ke?

Reply

aizuddin August 7, 2012 at 12:43 AM

time aku dulu, bukak akaun sspn je, ptptn tak bukak lagi. tak sure pulak

Reply

Era August 6, 2012 at 6:39 PM

Nk tanya, mcmana kalau saya belum habis asasi di salah satu ipts ni , tp nak mohon jpa untuk degree nanti. Sy akan habis asasi awal januari nanti, agak2 jpa bukak lagi ke application time tu, atau saya kena mohon sekarang? Boleh ke? and procedure mcmana?
Harap dapat tolong and thank you :)

Reply

aizuddin August 7, 2012 at 12:45 AM

cuba baca file pdf tu dulu, tak sure. sebab saya tolong inform info je ni. bukan kerja dengan jpa pun. :P

Reply

hafidz August 7, 2012 at 9:05 AM

yang penting bila dah dapat biasiswa jangan lupa sumbangkan bakti kepada negara :)

Reply

ain August 15, 2012 at 3:14 PM

mane link u dak diploma?

Reply

yazed January 15, 2013 at 3:41 PM

klu yg bru nk rq diploma nk cri biasiswa cm na?

Reply

aizuddin January 15, 2013 at 8:16 PM

try tengok/search internet ada open ke tak. at least boleh tanya kawan2 atau saudara mara. zaman sekarang ada facebook, lagi senang nak tanya. try je mohon mana-mana dulu yg open :)

Reply

diniey February 24, 2013 at 12:25 PM

salam,tolong ajar sy mcm mne cra nk buat permhonan biasiswa jpa

Reply

aizuddin February 25, 2013 at 9:40 AM

wasalam, untuk yg latest tak sure, biasa diorang update di web esila
http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/

try tanya kawan2 yg biasa update dengan biasiswa, sekarang lagi senang dah ada facebook kan

the tempo of life January 29, 2013 at 11:48 AM

eh, terjumpa blog ni, nampak nama aizuddin . rasa macam pernah dgr .

tgk gambar, laaa. ni abang shafiqah supangat ., hoho

saya roomate ika masa kat uitm haritu , sem 1 .

Reply

diniey February 24, 2013 at 12:24 PM

mcm mne nk dptkn borang permhonan biasiswa jpa..sy xtahu mcn mne nk buat.leh tolong tak

Reply

aizuddin February 25, 2013 at 9:41 AM

haha. macam pernah dengar ke? :p

Reply

nurul fasihah bt mohd ezani March 19, 2013 at 12:05 AM

salam..saya da tahun 2 diploma..macam mane nk apply biasiswa jpa ni?

Reply

aizuddin March 19, 2013 at 1:47 PM

wasalam, untuk yg latest tak sure, biasa diorang update di web esila
http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/

dan cuba tanya kawan2 yg biasa update dengan biasiswa, sekarang lagi senang dah ada facebook kan :)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: