Hari ni dah masuk 24 Ramadhan. Rasa macam sekejap je dah nak raya. Memandangkan khutbah jumaat tadi cerita tentang malam lailatul qadar, jadi aku pun tergerak untuk menulis dan mencari artikel yang boleh dibuat rujukan tentang malam lailatul qadar ni. Kalau ada salah dan silap boleh ditegur agar boleh diperbetulkan. Sebab entri ni hanya diambil dari sedikit rujukan di Internet untuk dikongsi bersama.
Keistimewaan Malam Lailatul Qadar
Di dalam khutbah nabi S.A.W yang panjang, sewaktu menyambut bulan Ramadhan, diantaranya nabi S.A.W bersabda : “Sesungguhnya telah sampai kepada kamu bulan mulia bulan mubarak bulan yang berkat yang padanya ada satu malam beribadat padanya lebih baik dari seribu bulan yakni malam Lailatulqadar, seribu bulan lebih kurang 83 tahun 4 bulan. Begitulah istimewanya malam Lailatulqadar”.
Amalan terbalik orang kita :
10 malam pertama bulan Ramadhan masjid dan surau penuh manakala pasaraya kosong tetapi di 10 malam terakhir Ramadhan, masjid dan surau lengang manakala di pasaraya pula penuh. Ye lah kan, masa awal-awal puasa semua semangat nak solat terawih . Bila dah last-last ramadhan, shopping complex pulak sibuk buat sale. Mana taknya. huhu.
Sedangkan di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan tersembunyinya satu malam yang sungguh berkah yang dikatakan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Umat Islam wajib percaya dan seharusnya di cari malam Lailatul Qadar pada malam-malam terakhri bulan Ramadhan bukannya malam-malam itu kita shopping sakan untuk persediaan Hari Raya.
Ini berdasarkan firman Allah Ta’ala:
Ertinya: “Bulan Ramadhan adalan bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran”. QS. al-Baqarah: 185
dan al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan, dan Allah Ta’ala berfirman:
Ertinya: “Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada lailatul qadar”. QS. al-Qadar:1.
Jika dikumpulkan dua ayat ini maka akan menjadi sangat jelas bahwa lailatul qadar di bulan Ramadhan manakala hadis Nabi Muhammad SAW mengatakan malam Lailatul Qadar itu di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan . Ini berdasarkan hadis berikut:
“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”, di dalam riwayat Bukhari: “Sentiasa Rasulullah SAW beriktikaf di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, beliau bersabda: “Bersungguh-sungguh untuk mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir bulan Ramadhan”. Di dalam riwayat Bukhari: “Carilah…”. HR. Bukhari, no. 2020 dan Muslim, no. 1196.
Lailatul Qadar lebih ditekankan adanya di malam-malam ganjil daripada malam genap:
Ini berdasarkan hadis berikut:
“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”. HR. Bukhari dan Muslim
Tanda-tanda malam Lailatul Qadar
Malangnya ada di kalangan masyarakat kita pula mengisahkan cerita Lailatul Qadar yang tersilap yang boleh membawa kepada kurafat berkenaan tanda-tanda malam Lailatul Qadar diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menggonggong, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak.
Ini kerana tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang mendukungnya.
Bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini ? Nabi Muhammad SAW pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:
1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)
2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya
Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)
1. Di pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik
, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim, no. 1762.
2. Malam yang cerah, tidak panas tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/330 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam shahih Ibnu Khuzaimah, 3/330.
Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/332 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 5351.
3. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)
, Rasulullah SAW bersabda:
Artinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.
Hendaknya memperbanyak membaca doa (seperti dalam gambar di atas) pada malam Lailatul Qadar:
Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:
Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. HR Ibnu Majah, no. 3982.
4.Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.
Wallahulam [sumber – isuhangat dan ohbayu]
Baca lagi di entri dan di bahagian komen untuk keterangan lanjut :
Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar dan Koreksi Terhadapnya- maramissetiawan
aizuddin : Bulan puasa hampir meninggalkan kita, sama-sama kita merebut peluang keemasan ni. Tak dinafikan, time-time nak habis bulan puasa ni lah, nak buat amal ibadat dah jadi malas. Kenapa ek? ades..Ada je tak kena. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Layan lagu daripada raihan – lailatul qadar.








{ 29 comments… read them below or add one }
nice info bro..
baca sblm p bazar..:)
ok no hal..harap dapat memberi manfaat
Sungguh beruntung seseorang itu dapat merasai Malam Lailatul Qadar =)
bukan senang nak jumpa malam lailatulqadar ni..tapi kalau ada usaha..boleh je insyaAllah
hehe info drpd internet eh?
Ko rasekan this year jatuh malam berapa? ade org kata malam 23 lepas. Mesti rasa seronok kalau mereka yg penh rase menjumpai mlm lailatulqadar. Aku tak sure aku pnh jumpe ke tak, tp aku mcm percaya aku jumpe Lailatulqadar masa tahun 2007. Wallahualam.
Salam singgah~
Regards from sydney,
IZuL DKDM
info dari internet..tapi diorang ambil rujukan dari buku agama..ntah lah..aku bukan tau sangat pun nak rasa2 ni..hehe..untung lah kalau sesiapa dah pernah jumpa..
hmm.. tula, terkilan gk this year, mcm tak jumpe rasenye. huhu. Anyway, happy knowing!
Selamat Hari Raya Maaf Zahir sahaja. Kalau mkn kuih raya, jgn makan byk2x, nanti aku belasah ko! (jeles)
haha. raya perantauan lagi la gamaknya.. haish. OK, good entry. salam~
selamat hari raya?tunggu aku publish entri lah untuk mintak maap..hehe..
ades..raya perantauan?maksudnya ko study oversea ke ni.. =(
wasalam..
huh..baru ku tahu tande2 dia..hmm…
dalam khutbah jumaat semalam pun ada cakap pasal tanda-tanda lailatulqadar ni
info yang berguna… terima kasih admin.. hehe
ok..sama-sama
waaa entri menarik bro..panjang lebar ulasannya..hehe..semoga ianya memberi manfaat kepada pembaca semua..
aku pon heran bro..mkn nak abes mkn mls..semua org merasa bnda yg same la kot..huhu
ada lagi panjang lebar..ni pun aku dah cut sikit..takut orang malas nak baca sebab panjang sangat..
..harap2 dapat lah manfaat walaupun sikit..
tau tak pe..makin nak abis bulan puasa makin rajin pulak
surau tmpt aku alhamdulillah maintain lagi..terkejut aku…moga ade rahmat disebaliknya…
bagusnya..bukan senang nak maintain..surau aku jadi makin sikit..sebab foreigner jadi imam..baca surah panjang2..tak tahan..terus solat kat masjid
Aku study kt sydney, australia… sob sob. This year takde cuti.. :’( haha. gedik gile. Terpaksalah, nama pun perantau kan. Skrg ni barulah terase hebatnya lagu dendang perantau. spjg kt malaysia, mmg tak pnh duduk jauh pun, skolah pun tepi kampung je hahaha
oo..hebat lah ko..study oversea..baru tau ek..ramai yg study oversea akan layan dengar lagu tu..tapi aku tak sangat kot..study dekat je pun
gud info… senang ajer nak dapat lailatulqadar..jangan miss 1 malam pun terutamanya 10 malam terakhir…selamat beramal
yup betul jugak tu..
ustaz aku ade ckp, last ramadhan ni mcm main bola..ade lagi 2 minit jek..so nak menang kena la score dan hentam-pulas untuk menang…
tak pernah lagi dengar perumpamaan macam tu..first time dengar ni..hehe
thnx sharing
nak kena banyakkan amalan ni….rasa2 nye dah lepas ke belum ek..
yup betul tu..tak kisah lah dah lepas ke belum..selagi ada bulan ramadhan ni..boleh tingkatkan sikit amalan
mlm 27 atau 29….tp hr tu ak nmpak tnda siang hari x cerah, x pns sgt pd siang 25 ramadhan
Could be the greatest post I read this month
thanks
Post yang menarik! rumusannya, beli barang2 raya pada awal ramadhan, nanti kalau sibuk shopping time last2 day ramadhan, lailatul qadar pun dah tak nak cari
tu la pasal..tapi last-last minit yang ada promosi raya..awal2 tak de lagi kan
ups:
{ 2 trackbacks }