
Kalau pergi ke pulau memang wajib pergi snorkeling sekali. Kalau tak de aktiviti snorkeling, nanti rasa macam mandi kat pantai-pantai biasa je kan? Ada 3 tempat perhentian dalam pakej snorkeling yang kitorang ambik. First, coral island. Nama pun coral island, memang banyak coral kat bawah.
Second, Monkey Bay (tak sure tempat yg ditukar tu tempat pe) Tapi yang penting dekat-dekat tepi pantai. Last kitorang snorkeling dekat marine park. Marine park tu macam dalam gambar. Kalau nak tengok ikan besar, air tenang je nak buat snorkeling. Kat sini la tempat paling sesuai. Sebab dekat 2 tempat sebelum tu, macam kat kawasan dia tengah2 laut.
Kalau tak reti berenang memang cuak la. Awal-awal lagi dia dah suruh terjun kat tengah2 laut, dalam pulak tu. Tapi takde ombak la. Yang kedua tu, tengok keadaan. Sebab time kitorang pergi memang ombak tengah kuat sikit. Lagipun time tu, port takde ikan pulak. Dapat rasa pasir pantai sekejap pun jadi la.
Masing-masing ada kelebihan dengan kekurangan. Kalau semua benda nak dalam satu tempat tu memang susah la sikit. Tapi, kira berbaloi la sewa rm12 untuk life jacket. Dari pukul 9 pagi hingga 6 petang baru pulankan. Sebelum pulang, boleh la guna dulu, buat aktiviti snorkeling sendiri kat kawasan pantai Salang Beach Resort.








{ 2 comments… read them below or add one }
wahh..takde internet pun leh update
guna mms je. enset tak cukup power