Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013?

sepahtu maharaja lawak 2013 aizuddin

Kalau perasan, Sebelum Maharaja Lawak 2013 Sepahtu pernah berganding dengan Rahim dalam Komedi Raya Warna dan Anugerah Lawak Warna.

Kalau nak tengok gandingan diorang yang jadi masa Anugerah Lawak Warna, kalau tak jadi tengok Komedi Raya Warna. 

Tiruvasi
Tiru + inovasi = tiruvasi. Dalam lawak kalau copy bulat2 memang tak jadi.

Contoh tiruvasi yg aku perasan, Sepahtu tiru shiro part lidah pendek dan gunakan punchline “itukan contoh”, Autorisation otomobil Ottomen taro.

Benda tu bila shiro buat tak nampak kelakar dan beri efek kat penonton. Bila sepahtu buat dia ubah sikit part tu, ada beri efek dan boleh jadi punchline.

Lawak bangla mujibur jual karpet shiro buat mungkin ada kaitan dengan lawak raya sepahtu jadi bangla dekat KL. Tapi bila shiro olah cerita dia jadi lagi menarik. Tambah2 part handphone cakap dengan handphone.

Bocey tiru lawak jambu (tak silap..tak ingat sangat) part jari jadi jentik2. Dulu ada orang buat tu kuda laut. Dia ubah je jadi jentik2. Lagi satu, Lawak punchline perkataan “teater” bocey tiru sepahtu masa anugerah lawak warna.

Sekarang ni bila Bocey tiru @ buat lawak ulangan diorang rasanya tak kantoi sangat dengan penonton. Sebab mungkin tak ramai folow diorang kat raja lawak @ bintang mencari bintang & kintang kintung.

Padahal ada je diorang guna balik dan takde pulak nak komen. Kalau perasan lawak askar sebijik idea macam kat rancangan Kintang Kintung. Yang diorang tau tu lawak fresh.

sepahtu maharaja lawak 2013 aizuddin2

Bahan ahli kumpulan sendiri

Bila bocey bahan ahli kumpulan sendiri orang boleh terima dan tak nak komen, bila sepahtu bahan ahli orang akan komen. Padahal sepah dulu lagi kaki bahan. Tu trademark diorang.

Bezanya bahan Rahim tak sama dengan bahan Shuib @ Mamat mungkin dari segi faktor kesian dan isi yg dibahan.

sepahtu maharaja lawak 2013 aizuddin3

Lawak kampung vs lawak selamba

3 ahli sepah dulu banyak buat lawak kampung, selit pengajaran, ada jalan cerita. Mungkin sebab diorang dah kenal lama dah serasi, persekitaran pun belum open macam sekarang tu yg senang nak menjiwai watak.

Sepahtu sekarang banyak control, mungkin sebab diorang dah top tak macam dulu. Ramai yg akan tengok dan expect tinggi.

Sama macam jozan dulu, tapi aku tengok jozan boleh buat come back  sebelum final sebelum kalah dengan Sepah dulu. Takde la kelaut sangat macam sekarang.

Gandingan
Dalam team bila salah sorang ahli takde atau bertambah tak semua boleh perform dengan baik kecuali bocey dan syj. Respek diorang sebab boleh serasi dengan cepat.

Kebanyakan tak pergi jauh, contoh kumpulan cham jadi tulang, boboi + nabil, osbon jadi osama dan sekarang sepahtu.

Kira nasib baik je aku rasa Sepahtu ke final, kalau bukan kerana branding Sepahtu dah lama out dah base on performance.

Komen Mengenai Persembahan

Sepahtu
Kekuatan : Muzikal komedi, dialog yg boleh jadi punchline
Kelemahan : Jalan cerita banyak minggu kurang, jadikan Jep leader (killer) balik, Shuib (feeder), Rahim (pelengkap@penutup cerita)

Hiraukan haters kata Jep makan sorang@lebih menonjol sebab kekuatan dialog kumpulan Sepahtu banyak terletak kat Jep dan Shuib.

Lebih baik puaskan hati supporters yg mengundi dari puaskan hati haters.

Shiro
Kekuatan : Persembahan banyak meningkat dan lebih konsisten dari maharaja lawak lepas, banyak idea baru, jalan cerita menarik.

Lakonan diorang banyak improve lepas cerita ustaz mu tunggu aku datang.. kot..

Suka tengok lawak annoying dari Sharol. Contoh time bawak watak atan, mujibur dan jurujual time minggu kereta alza. Ajak just feed je shahrol.

Bocey
Lawak membahan abam, idea2 yg fresh jarang orang tengok, persembahan konsisten jadi kekuatan team ni. Tapi muzikal diorang lemah sikit base pada minggu muzikal.

Jambu
Jangan bawak jalan cerita (drama) yg meleret dan ulang2 sampai habis persembahan. Lawak merepek dan merapu jadi kekuatan.

Lagi banyak dia merapu lagi banyak punchline2 akan muncul contoh macam minggu awal, berbual pasal formula, gambaran awek yus.. Idea diorang pun yg tak disangka2 ( kadang2 ).

Nabil
Persembahan banyak merosot, aku lagi suka lawak dia masa raja lawak dgn maharaja lawak lepas. Betul2 stand up comedy, kreatif, tak banyak gelak sendiri atas pentas.

Jangan jadikan persembahan solo utk backup nabil sebab dia boleh buat lagi baik kalau nak ikut bakat dia.

Cuma dia kurangkan buat lawak libatkan orang lain. Boleh tengok beza lawak2 dia yg dulu. Masa dia join boboi bukan berkumpulan ke tu?

Ramalan Keputusan Akhir Maharaja Lawak Mega 2013 :
1. Sepahtu
2. Shiro
3. Bocey
4. Nabil
5. Jambu

Juara antara 3 je antara sepahtu, shiro dan bocey. Tengok performance masa final nanti macam mana.

Ramalan korang??

Psst : Ni hanya pandangan peribadi, bukan senang nak cari idea buat orang gelak.

UPDATE Keputusan maharajalawak Mega 2013

1. Sepahtu
2. Shiro
3. Bocey
4. Jambu
5. Nabil

Tahniah kepada semua pemenang! Mohon Sepahtu jangan lupa diri :)

Comments

comments

Comments

  1. says

    Hi, i feel that i noticed you visited my web site thus i came to go back the favor?.I’m attempting to find issues to improve my web site!I guess its adequate to use
    some of your ideas!!

  2. says

    Great post. I used to be checking constantly this
    blog and I am impressed! Extremely useful information specifically the last phase
    :) I take care of such information much. I was seeking this particular info for a very long time.
    Thanks and best of luck.

  3. says

    After going over a handful of the blog posts
    on your web page, I really like your way of writing a blog.
    I bookmarked it to my bookmark website list and will be checking back
    soon. Take a look at my web site too and tell me how you feel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *