Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1431H / 2010

kad-puasa-dan-raya-2010-aizuddin

Pejam celik pejam celik dah tiba bulan puasa untuk tahun ni. Semestinya bulan yang paling berkat dan dinanti-natikan oleh kita semua. Ye tak, Ke bulan yang paling dinantikan tu bulan Syawal? 😉

Dalam bulan ramadhan ni lah kita digalakkan melipat gandakan segala amalan kebaikan dan mengurangkan segala perbuatan yang sia-sia. Syaitan-syaitan semua kan dah kena ikat. Jadi rangsangan nafsu untuk melakukan dosa pun dah berkurangan berbanding bulan-bulan lain. Kalau buat jugak, jangan salahkan syaitan la ye. Salahkan diri sendiri. hehe.

Di kesempatan ni, aku nak mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua umat islam seluruh dunia. Dan sama-sama kita jadikan bulan Ramadhan ni lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. InsyaAllah.

aizuddin : Tarikh belum puasa dijangka hari Rabu ni, bersamaan 18 Ogos 2010. Kita tunggu je lah pengumuman kat tv hasil keputusan tengok anak bulan nanti. Negeri Johor ada cuti puasa 1 ramadhan, negeri lain cuti ke tak ek?

Dapatkan sedikit perkongsian :

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak seluruh malaysia 1431h / 2010

Kekeliruan tentang solat tarawikh – solat tarawih kurang dari dua puluh rakaat tidak sah?

Nota : Akan diupdate jika ada sebarang penambahan.

Comments

comments

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *