Beberapa hari lagi kita nak menyambut hari raya aidilfitri. Hari yang paling ditunggu-tungu bila tibanya bulan ramadhan. Hari kemenangan bagi kita selepas sebulan menahan nafsu daripada makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa kita. Masa raya ni lah, kita dapat berkumpul satu famili, melupakan seketika hal-hal peribadi yang memeningkan kepala. Ziarah menziarahi antara satu sama lain. Kadang-kadang setahun sekali lah baru nak nampak muka masing-masing.
Kalau masa kecik dulu, balik-balik kampung je sibuk lah nak main mercun. Time-time raya ni lah atuk aku jadi pokai. Beli mercun-mercun secara bundle, ye lah dengan cucu-cucu beliau yang ramai. Kalau beli sikit komfem lah tak puas. Berebut-berebut pulak lain cerita nanti. Tapi bila dah besar-besar ni, aku jadi pemerhati budak-budak kecik pulak yang main. Dah tak de feeling dah nak main mercun ni lagi. hehe.
Kad raya? Rindu pulak dengan zaman muda-muda dulu. Paling last dapat dan berbalas-balas kad raya masa sekolah menengah. Time tu banyak lagi kad-kad raya dijual. Kad-kad raya kartun lah jadi pilihan bila nak beli untuk bagi kawan-kawan. Walaupun jiran sebaris rumah. Tetap bagi kad raya jugak. Kawan dari kecik katakan. Tapi zaman dah berubah sekarang. Guna sms je sekarang. Bila facebook pulak dah popular, guna facebook je lah. Upload gambar, pastu tag seramai mungkin. Macam dah tak syok sekarang. Kalau pandai sikit photoshop, edit sikit gambar tulis ucapan raya baru nampak lain.
Balik kampung dah menjadi tradisi dari dulu. Bila tak balik kampung, dah tak de rasa raya dah. Macam hari-hari biasa je. Masa sekarang ni, aku bersyukur ada lagi atuk dan nenek. Itupun tinggal belah mak. Sempat lagi beraya dengan diorang. Moga diorang panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. InsyaAllah.
Nak raya sakan pun kena fikir 18 kali sekarang ni, raya-raya jugak. Naik cuti je ada test pulak. Ades. T_T. Nama pun student lagi. Akhir kata, Selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Kalau ada salah dan silap, harap dimaafkan. Kepada yang pulang ke kampung, semoga selamat pergi dan balik beraya.
mp3 – Hujan & Raihan – Salam Aidilfitri ayahanda dan bonda
Dapatkan koleksi mp3 lagu-lagu hari raya aidilfitri
Dapatkan koleksi pantun lawak sms mms ucapan-hari raya aidilfitri
aizuddin : Lagu raya paling best bagi aku. Dari Hujan & Raihan – Salam Aidilfitri ayahanda dan bonda. Apa lagu raya favourite korang?




{ 23 comments… read them below or add one }
haha dh kluar dh entry raya.. tp aku tak pnh rasa perasaan blik kampung.. rumah atok nenek dua belah jus kampung sblah je, pagi raya smp tghari then blik kepenatan tido haha. syok gile.
anyway, las rasa excited nak blik mase first yer kt sydney, blik malaysia pagi raya haji excited btul dlm kapal lapan jam.
n skrg trus terase sayu sb dh nak raya, tetibe teringat pasal raya. wth
Selamat hari raya, bro….
selamat ari raye…hoho~
selamat hari raya
maap zahir batin
Selamat Hari Raya Aidilfitri di Syawal 1431 Hijrah.
Maaf Zahir Batin~
Selamat Hari Raya Aidilfitri bro
selamat hari raya bro..=)
Selamat Hari raya bro.
lagu yang best haruslah! pulanglah aishah~
esok raye bro. ngee. xsabar aku. slm raya ek bro. maaf klu terslh kate ke ape. hee
have fun bro
xde pape lah..kita kenal pun kat fb dgn blog je..kalau tak memang tak jumpa
selamat ari rayer bro…..
AIZUDDIN….Selamat hari raya. Lepas raya kita hangatkan lagi ruangan BS ye…
selamat hari raya jugak..ruangan BS tu pebenda lak?hehe
Selamat hari raya bro… maaf zahir batin…
slmt hari raya ott…maaf zahir batin..
ampunkan kesalahan ku sepanjang perkenalan..
jmput beraya di blog..hehe
ok no hal..sama2 la kita..jemput beraya di blog?macam fesyen baru je
salam lebaran syawal buat aizuddin & keluarga..
selamat hari raya bro…
Bro belum terlambat rasa nak ucap Salam Aidilfitri maaf zahir batin.
takpe..raya sebulan..masih ada feel raya lagi..hehe..salam aidilfitri jugak..maaf zahir batin
selamat hari raya bro..maaf zahir batin,bnyak dapat duit raya?bole share ckit nanti ehee:)
duit raya semenjak dua menjak ni makin sikit lah..baru nak share
walaupun kite tak kenal, aku tetap nak ucapkan ko selamat ari raya, maaf zahir batin atas kesalahan2 yg mungkin dilakukan di blog ni..hahaha..kot2 pasni terkomen ape2 ke, we never know…lek bro, aku org baik2 jer ^_^
cheers..
pilothans raya entry -> http://www.yohanibrahim.com/blog/happy-eid-ul-fit
pilothans fav raya song -> http://www.yohanibrahim.com/blog/salam-silaturrahim
{ 1 trackback }