Salam Media – Agensi Pengiklanan Islamik Malaysia

salam media aizuddin siapa
Walaupun blog bersawang dah lama tak update, aku sibukkan diri di malam tahun baru 2014 dengan buat satu posting mengenai Salam Media. Dengar macam best je kan?

Apa itu Salam Media?

Salam Media merupakan sebuah agensi pengiklanan yang berlandaskan syariah. Ianya juga boleh dikatakan sebagai agensi pengiklanan yang terawal dan pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan pengiklanan bercirikan Islamik.

salam media blogger aizuddin com
Apa Perbezaan Salam Media Dengan Servis Pengiklanan Yang Lain?

Salam Media lebih menekankan kepada pengiklanan dalam bentuk penulisan iaitu iklan advertorial bukan berbentuk iklan secara banner yang biasa digunakan sebelum ni. Jadi kepada mereka yang mempunyai teknik penulisan yang baik serta mampu menarik minat orang lain amat sesuai menyertai Salam Media.

Ia bukan sahaja mengenai soal populariti dan pengaruh seseorang blogger tetapi lebih kepada kualiti penulisan kita. Selain daripada medium blog, Salam Media juga menggunakan laman sosial yang lain seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

salam media kelebihan aizuddin comKelebihan Salam Media

Kepada blogger-blogger muslim tidak perlu risau lagi akan soal halal atau haram pendapatan melalui medium blog lagi seperti sebelum ini kerana Salam Media menawarkan perkhidmatan berunsurkan islamik. Mereka akan memastikan tiada iklan yang berunsur haram seperti arak, iklan lucah serta iklan-iklan yang melanggar syariah islam. Jadi, soal keberkatan dari duit yang dijana melalui iklan akan lebih terjamin. InsyaAllah.

Dari segi teknikal, apabila sesuatu bahan promosi dibuat melalui medium sosial media atau blog, ia juga lebih mudah dicari di enjin carian seperti google, yahoo dan lain-lain untuk jangka masa yang panjang. Secara tak langsung amat memudahkan pengguna mencari informasi dan detail mengenai sesuatu produk/event yang dipromosi dengan cepat dan tepat.

salam media branding aizuddin comSalam Media ni Untuk Apa?

1. Untuk BRANDING melalui RECOMMENDATION BLOGGER-BLOGGER.
2. MEMASARKAN sesuatu produk dan MENDEKATI AUDIENCE atau menjalankan sesuatu pertandingan.
3. Untuk mendapatkan TARGETED AUDIENCE yang tepat dan betul.
4. Mendapatkan REVIEW DAN RECOMMENDATION melalui blogger-blogger.
5. MENJIMATKAN MASA untuk memasarkan produk.
6. MENJIMATKAN KOS PENGIKLANAN melalui TARGETED AUDIENCE yang tepat dan betul.

salam media siap marketer aizuddin com

Salam Media Sesuai Untuk Siapa?

Ia sangat sesuai untuk Marketer di luar sana yang ingin membuat branding melalui Media Sosial.

Untuk lebih lanjut :
Hubungi Salam Media melalui pautan link di bawah :

Laman Web Salam Media
Facebook Salam Media
Twitter Salam Media

 

 

Comments

comments

Comments

  1. says

    I’ve read a few good stuff here. Definitely value bookmarking for revisiting.
    I surprise how so much attempt you place to create this kind of fantastic informative site.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *