(Review) Ketika Cinta Bertasbih 2

Kali ni aku nak promote filem indon la pulak. hehe. Memandangkan aku baru je habis tengok cerita ketika cinta bertasbih 2. Yang pertama punya aku dah tengok lama dah. Ingat sikit-sikit je sinopsis dia. Cerita ni mengisahkan Khaerul Azzam seorang rakyat indon yang pandai dan dapat melanjutkan pelajaran ke Cairo mesir.

Dia pergi sebab dia dapat biasiswa ke sana. Bila dah pergi sana, dia dapat berita yang ayah dia meninggal. Jadi dia kena la jadi ketua keluarga. Sambil belajar dia bekerja sampingan jual bakso.

Pada suatu hari dia terjumpa dengan seorang perempua, kiranya heroin lah dalam cerita ni. Nama dia Anna. Dia tengah ada masalah tertinggal beg tangan kot, lepas tu azam tolong lah perempuan ni tahan bas. Jadi hero sekejap. Bila ana tanya nama, dia kata nama dia Abdullah. hehe. Si Azzam ni ada menaruh hati kat si Anna ni. Tapi Anna dilamar oleh seorang lelaki. Kalau nak tahu cerita sampai habis, baik layan sendiri.

Aku cerita awal-awal je. Nanti dah tak suspen. Babak kelakar dia time last-last. Babak malam pertama diorang. Boleh lak ulang dialog time diorang jumpa dulu. haha. Kelakar je tengok. Tapi ada jugak babak sedih. Time mak dia meninggal. Adik Azzam terpaksa tipu dia sebab takut dia risau. Nasib lah si Anna ni kaya. Boleh belanja buat duit rawatan. hehe.

Aku rasa cerita ni memang cerita wajib tengok. Sebab ada unsur keagamaan. Macam cerita nurkasih lah. Tapi Nur Kasih tu ada unsur-unsur melayu sikit. huhu. Harap-harap watak-watak heroin dalam cerita ni tak macam watak-watak heroin dalam cerita Nur Kasih. Hampeh je. Ost dalam cerita ni pun layan. Aku bagi cerita ni 4/5 bintang lah. Nak download aku boleh klik sini. Sinopsis penuh pun ada kat situ. Layan~

Comments

comments

Comments

  1. says

    x suka la blog ni.. xtahu nak tekan yang mana untuk download cerita ni… kalau boleh download pun lama sangat.. bosan laa :o: :o: :o: :p :p

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *