Raja Lawak 5 Tidak Mengecewakan

by aizuddin on January 11, 2011

raja-lawak-5-astro-2011

Lepas tengok ulangan rancangan raja lawak 5 astro ni, baru tergerak nak tulis entri sebab kebanyakkan peserta tak mengecewakan macam musim lepas. Ada je yang tak lawak langsung macam kumpulan kami tu, tapi baru minggu pertama. Kita tengok je lah minggu kedua nanti. Ada improvement ke tak atau makin lost. Sama jugak macam peserta musim lepas ada mula-mula je best. Last-last dah tak de idea. Tension je tengok. huhu.

Bagi aku, peserta solo semuanya tak mengecewakan. Paling kurang pun ada lah jugak lawak. Epy pun best walaupun baru je habis sekolah. Umur 18 tahun kot. Nazmi aku tak berapa nak minat pun. Macam serabut sangat pun ada. Ramai pulak yang suka Nazmi ni. Masing-masing ada peminat sendiri.

Kumpulan pun banyak jugak yang lawak. Kumpulan aku suka kumpulan r2, bobo dengan balas. Kumpulan lain macam kumpulan lucky. tbo,pukaw, kopio dengan kami tu ok je lah kot.

senarai peserta raja lawak asro 5

Empat peserta solo iaitu:

NAZMI
MAN
EPY
LEMAN

Lapan peserta berkumpulan:

Kumpulan PUKAW
Kumpulan R2
Kumpulan BOBO
Kumpulan KOPIO
Kumpulan BALAS
Kumpulan KAMI
Kumpulan LUCKY
Kumpulan TBO


Video pilihan raja lawak 5 minggu 1 : kumpulan Balas

Pautan Raja Lawak :

facebook rajalawak 5

twitter raja lawak astro

laman web astro rajalawak

aizuddin : Juri raja lawak 5 pun best dengan kehadiran Sathiya dan David Teo bersama Afdlin Shauki. Macam tersentuh je tengok Bob Lokman masa awal minta diri. Tapi yang penting hos tetap terbaik. Johan dengan Zizan..

{ 36 comments… read them below or add one }

Anip January 11, 2011 at 1:26 AM

zizan best kalau jd pengacara, hehe, huhu. aku x tgk sangat raja lawak nie. huh, ko suke tgk raja lawak ker..siap bt entry lagi..hehehe

Reply

aizuddin January 11, 2011 at 6:57 PM

aah aku tak pernah miss dari raja lawak musim 1..kalau ada pun sikit je lah..setakat ni raja lawak yang paling bosan..raja lawak 4..musim 5 setakat ni best jugak :)

Reply

nancypoh January 11, 2011 at 10:04 AM

sejak musim kedua, aku dah tak layan sngat RL ni..bukan apa, cuma tak der TV nan tengok..asyik berebut je dgn budak2 kat rumah tu tngok TV..huhu..suka dgn celoteh dua pengacara tu je, Zizan n Johan..mereka lah yg paling lawak..huhu ;)

Reply

aizuddin January 11, 2011 at 7:00 PM

aku pun banyak tengok versi ulangan je pun..musim 5 setakat ni best jugak..tak terlambat kalau nak tengok balik :)

Reply

Miro January 11, 2011 at 12:29 PM

gua tidak belape suke David Teo jd pengkritik nyerr punn haa..hah ha…lagi bagus ambik Douglas Lim kalau mahu 1Malaysia..

Reply

aizuddin January 11, 2011 at 7:02 PM

bagi aku baik david teo dari douglas lim..walaupun david teo ni kadang2 merepek jugak..tapi sebenarnya ada isi jugak komen dia tu :)

Reply

rockinsudu January 12, 2011 at 12:57 AM

belum sempat nk tgk rj5 lg. hari tu ak tgk al kisah je.
nnt nk try ygk sbab npk cam best je

Reply

aizuddin January 12, 2011 at 1:00 AM

kat alkisah tak nampak sangat lawak diorang..yang minggu first ni nampak sikit..sila2 tengok.. :D

Reply

ohcikgu January 12, 2011 at 6:58 AM

suka tengok gaya nazmi yang mengelabah tu..ohhh..aku lupaa…

Reply

aizuddin January 12, 2011 at 11:39 AM

ramai jugak yang suka si nazmi ni :)

Reply

khairi January 12, 2011 at 10:28 AM

Oh, dah start musim baru ke? tak perasan.

kat channel mana ni ek? <– gila yg ni pun tak tahu hahaha.

salam ziarah aizuddin :)

Reply

aizuddin January 12, 2011 at 11:41 AM

aah dah start dah..memang aku tunggu2 rancangan raja lawak ni start pun..channel 105 astro prima..thanks ziarah..wasalam :D

Reply

Khairul Adli Abdullah January 12, 2011 at 11:40 AM

Saya lupa….Saya lupa….Saya lupa dh join contest tu….hahah… :p

Reply

aizuddin January 12, 2011 at 11:42 AM

haha..thanks sebab join contest.. :)

Reply

Khairul Adli Abdullah January 12, 2011 at 12:03 PM

hehehe…. Welcome bro… Aku sedang giatkan kempen bagi meraih lebih banyak undi… :D

Reply

aizuddin January 12, 2011 at 3:32 PM

all the best bro..moga berbaloi nanti dengan hasil usaha yang ko buat ni :D

Reply

Izzat Aziz January 12, 2011 at 12:56 PM

Lawak gak yang video kat atas tu.. aku masih berharap malaysia lahirkan lebih lanyak stand up comedian.. macam last comic standing.. dah ramai comedian, tapi stand up masih kurang berkembang kat malaysia.

Reply

aizuddin January 12, 2011 at 3:35 PM

aku tak terpikir dia cakap santan dah ok..haha..aku harap lepas ni semua peserta raja lawak 5 ada improvement

Reply

birakbatu January 12, 2011 at 1:26 PM

SAYE LUPE!! hahahahaaa… tak boleh blah… cuma yang mengecewakan pada minggu pertama musim ni berbanding musim lalu adalah juri die… lagi2 si david teo.. adesh :bloody:

Reply

aizuddin January 12, 2011 at 3:38 PM

tengok minggu ni..si nazmi tu ada modal lain ke tak.. :)
ok pe david teo dengan sathia tu..tak de lah bosan sangat

Reply

deCrewz January 13, 2011 at 4:47 AM

Yang paling x mengecewakan ialah zohan..hu3.. Jai blm tgk lagi.. Bz kje…hu3. Nnt nak layan lah.. Kalau x lawak, siap la aizuddin..wahahaha

Reply

aizuddin January 13, 2011 at 1:27 PM

haha..aku tengok minggu pertama lawak kot..tak tau lah minggu ni macam mana..tak de lah sebosan raja lawak 4 :)

Reply

Izwan January 13, 2011 at 5:06 PM

siyes dah lama tak tengok RL.. last pn masa time nabil.. dah brape tahun sudah.. haha..takde astro kan.. kat U ni dak2 tengok bola je manjang..

Reply

aizuddin January 14, 2011 at 12:52 AM

aku tengok pun versi donlod..ada pulak nak tengok live kat kolej ni kan..kalau duduk rumah lain lah cerita :)

Reply

fitri January 13, 2011 at 6:49 PM

aku tgk kat utube..ade yang memang tak lawak langsung.. ‘lupe’ si nazmi tu boleh pulak jadi modal jozan buat lawak pastu..siap afdlin join skali..hahaha

Reply

aizuddin January 14, 2011 at 12:54 AM

ada lah sikit yang tak lawak..tapi keseluruhan better than season lepas.. =(
part lupa tu memang paling sengal..lawak sebab kena dengan diorang je..

Reply

blossomvanilla January 13, 2011 at 10:19 PM

Vote for epy..:) :D

Reply

aizuddin January 14, 2011 at 12:57 AM

epy pun ok..not bad jugak :D

Reply

Panduan Buah Pinggang Sihat January 14, 2011 at 11:30 PM

Tapi bro secara jujurnya saya merasakan bahawa semakin lama para peserta yang menyertainya menunjukkan lawak yang hanya untuk hiburan semata-mata,langsung tiada pengisian atau pengajaran yang dapat diambil.

Itu antara sebab mengapa saya tidak begitu berminat untuk menonton rancangan realiti ni.

Reply

aizuddin January 29, 2011 at 12:25 PM

tu lah..kadang2 susah nak cari idea yang memerlukan pengisian..saya mmg follow program raja lawak sejak musim 1 lagi..musim ni kira ok jugak lah :D

Reply

Ali ridha January 19, 2011 at 4:51 PM

layan youtube je.
rumah aku mana ada
Astro. =(

Reply

aizuddin January 29, 2011 at 12:27 PM

aku pun layan yang versi ulangan je selalu..tapi gambar lawa sikit lah:)

Reply

din je January 29, 2011 at 11:44 AM

ko upload le raja lawak pny gelaanggan mngguan..leh ak dload..hehe

Reply

aizuddin January 29, 2011 at 12:28 PM

ada je orang upload raja lawak mingguan ni..kalau search mungkin ada :)

Reply

myCeloteh February 25, 2011 at 5:57 PM

jarang tgk.. sbb memang hampeh kalo lawak x menjadi..hheehe :8

Reply

aizuddin March 8, 2011 at 2:31 AM

musim ni best sikit dari lepas..lagipun bukan senang nak buat lawak kan :)

Reply

Leave a Comment

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post: