Puasa Sunat Bulan Zulhijjah

puasa sunat bulan zulhijjah aizuddin

Sebenarnya aku pelik kenapa tiba-tiba ramai baca
posting pasal puasa sunat hari arafah..

Memandangkan dah masuk 1 zulhijjah maghrib tadi
dan aku terdengar pasal amalan-amalan sunat bulan zulhijjah.

Elok la aku tulis nota ni dan sampai-sampaikan kepada yang lain..
InsyaAllah.
Ini antara ringkasan lebih kurang yang aku dengar tadi..

Amalan-amalan sunat bulan Zulhijjah.

Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa.

Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.
.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.”

.
Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
.
Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung.” (Riwayat Abu Dardaa.)

Rujukan : Shafiqolbu

.

Selamat menunaikan ibadah puasa sunat dan amalan-amalan sunat yang lain.
Dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha tak lama lagi.

Wallahualam..

Comments

comments

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *