Permohonan Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2013/2014

biasiswa jpa 2013 aizuddin com

Dah berkurun tak update blog, sibuk buat eksperimen dan selesaikan masalah orang lain. Jadi macam ni la, banyak benda tengah pending. Banyak kerja nak buat dalam satu masa, memang ambik masa nak siap. Otak aku ni pun bukan robot nak terima semua benda dalam satu2 masa. Kena la buat slow-slow.

Tak nak cerita panjang, straight to the point. Sebelum ni, aku ada post satu entri pasal Tawaran Biasiswa JPA untuk sesi 2012/2013. Boleh klik link untuk baca balik, ada banyak komen sebenarnya dalam bentuk facebook komen. Tapi, komen tu dah lesap, sebab facebook dah update code baru, aku tak perasan dan tak sempat lagi nak recover.

Dengan bantuan encik google, aku jumpa sedikit info untuk dikongsikan, semoga bermanfaat dan dipanjangkan kepada orang yang memerlukan.
Bila kita bantu orang lain, insyaAllah Allah akan mempermudahkan urusan kita 😀

Hasil kajian yang aku dapat :

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma & Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) & institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara bagi sesi 2013 / 2014 akan dibuka mulai 9 SEPTEMBER 2013 (Isnin) sehingga 16 SEPTEMBER 2013 (Isnin). Sumber NST

Syarat Am

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2013;
  • Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian (Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau tahun kedua (2) dan ke atas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; dan
  • Tahun pertama peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).

Syarat Khusus

Pemohon yang sedang mengikuti pengajian atau pemohon yang telah diterima masuk ke IPT seperti yang disenaraikan di perenggan 2 sama ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2010/2011 perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

  • Bagi pelajar tahun satu IPTA adalah menggunakan CGPA terkini – CGPA 3.30
  • Bagi tahun satu dan ke atas di IPTS dan Kampus Cawangan adalah menggunakan CGPA terkini atau setara – CGPA 3.50
  • Matrikulasi/Asasi/STPM – CGPA 3.75
  • Diploma/Lepasan Diploma – CGPA 3.5

Bidang Tajaan

Keutamaan

  • Perubatan, Pergigian dan Farmasi
  • Sains Kesihatan Bersekutu
  • Dietetik, Bioteknologi Perubatan, Sains Veterinar, Sains Forensik, Fisioterapi, Sains Pemakanan, Pertuturan, Sains Kesihatan Pemulihan Cara Kerja, Audiologi, Optometri, Bersekutu Pengimejan, Radioterapi Persekitaran, Sains Perubatan Kecemasan dan sebagainya.

Sains Sosial

  • Perakaunan, Undang-undang, Ekonomi, Perhubungan Antarabangsa, Ekonomi Antarabangsa, Sains Politik, Psikologi, Sosologi, Komunikasi, Perniagaan, Pemasaran, Kewangan, Perbankan, Perdagangan, Pengurusan Sumber Manusia, Pelancongan, Sains Perhutanan, Sains Kesihatan Bersekutu, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Sains Pertanian, Sains Aktuari, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi, Teknologi Diperbaharui, CCI dan lain-lain bidang NKEA.

Sastera

  • Bahasa, Pengajian Islam, Syariah, Usuluddin

Sains Tulen

  • Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik

Kejuteraan

  • Mekanikal, Elektrik, Elektronik, Kimia, Aeronautik, Automatif, Seni Bina, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah

Bidang yang Tidak di Taja

  • Penerbangan;
  • Diploma Kejururawatan dan Separa Perubatan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan;
  • Kursus-kursus Profesional (contoh : ACCA / CIMA / AutoCAD / Linux);
  • Program berkembar dengan institusi luar negara atau seumpamanya;
  • Bidang/ Kursus yang mensyaratkan saudara/ saudari mengambil/mengikuti sebahagian daripada subjek/ mata pelajaran atau latihan amali di luar negara; dan
  • Lain-lain bidang yang tidak ditaja oleh Kerajaan (contoh : Double Degree).

 biasiswa jpa pidn 2013 2014 aizuddin com

Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara  dalam talian  (online) sahaja.  Permohonan adalah percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

  • Pemohon  boleh mengemukakan permohonan  pada tarikh yang dimaklumkan dengan melayari laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my;
  • Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak  3 kali untuk mengemas kini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  • Borang  permohonan  dalam talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  • Permohonan secara  dalam  talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam  “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2013”;
  • Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan  mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2013” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Rujukan Laman Web :

http://www.jpa.gov.my/
http://esilav2.jpa.gov.my/

 

Nota : Cuba la apply bagi sesiapa yang layak. Kalau ada soalan aku cuba tolong mana yang tau, maklumlah zaman aku apply dulu beberapa tahun yang lepas. Syarat-syarat dan kelayakan dulu tak sama dengan sekarang. Memang lain dah. Aku pun bukan pekerja kat JPA dan ada kabel mana-mana kat sana.

Kalau nak tanya pasal servis website, printing, facebook marketing boleh la tanya jugak. *tiba-tiba je promote servis @Kaki Media kat entri ni. 😛

Kalau boleh minta biasiswa dari mana-mana company lain kalau ada. Contoh, dulu aku banyak apply biasiswa dari company lain. Duit takde, cuba je la, rezeki ni kita tak tau macam mana. Alhamdulillah dapat dari Maybank dan JPA. Tapi terpaksa tolak dari Maybank sebab dah dapat dari JPA ni. Tak boleh ambik dua-dua. Tamak nanti.

Apply  Biasiswa dari maybank tu pun, member bagitau. Time tu tengah layan snooker kat bilik sukan kolej Perdana. Banyakkan bertanya kawan dan pakcik google (online 24 jam) . Good luck dan All the best. Jangan lupa, lepas isi form, banyak-banyak berdoa dan bertawakal. 😀

Btw, kepada mahasiswa yang baru mendaftar ke Universiti (lagi-lagi dari Program Matrikulasi masuk ke Degree) selamat melanjutkan Pelajaran. Minta tips/past year dari Senior-senior. Buat la baik dengan diorang, tak dapat semua pun, sikit pun jadi la. Sebab benda ni sangat penting terutamanya masa 1st sem 1st year kat Universiti. Kalau tak percaya, tanya aku 😛

–segala update tertakluk kepada syarat pihak JPA–

Kredit : mazamohd

Comments

comments

Comments

  1. says

    Wow, wonderful blog layout! How long have you been blogging for?
    you make blogging look easy. The overrall look of your web site is magnificent, let alone the content!

  2. says

    Howdy this is somewhat of off topic but I was wanting
    to know if blogs use WYSIWYG editors or if you have to manually code with HTML.

    I’m starting a blog soon but have no coding knowledge so I wanted to get guidance from someone with experience.
    Any help would be greatly appreciated!

  3. says

    Fantastic items from you, man. I’ve keep in mind your stuff prior to and you’re just too great.
    I actally like whhat you’ve acquired here, certainly like what you are
    stating and the way by which you assert it. You’re making it entertaining and you still care for to
    keep it wise. I cann not wait to learn far more from you.
    This is really a terrific site.

  4. nurul says

    nak tanya, program ijazah dalam negara ni dia pinjaman boleh ubah atau biasiswa? kalau pinjaman macam mana pula dengan faedah interest dia?
    kalau tak silap lepas belajar kena kerja dalam kerajaan, kerja tu kita cari sendiri ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *