Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Bersara

Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Setiap kali waktu pengumuman puasa dan raya je mesti tunggu depan tv. Lepas tu, kumpul ramai-ramai siap suruh orang lain senyap lagi sebab nak dengar pengumuman ni. Walaupun masa pengumuman tu sekejap, ia memberi kesan yang besar dalam hidup. Kalau tak percaya, tunjuk lah muka gambar orang kat atas ni kat sesiapa. Mesti diorang tau, melainkan diorang tak de tv kat rumah. Sekurang-kurangnya mesti pernah tengok sekali muka beliau ni.

Gambar kecik tu gambar Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru ialah Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66 tahun yang akan mula mengambil alih tugas berkuat kuasa pada 10 Januari 2011 ini. Jadi jangan terperanjat lah pulak lepas ni, kalau orang yang buat pengumuman tu dah tukar. Dulu kata, asyik orang yang sama je bagi ucapan. Sekarang, kan dah tukar. Tengok je lah, adakah pengumuman puasa dan raya lebih meriah dari yang lepas.

KUALA LUMPUR: Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Aidilfitri dan Aidiladha, akan bersara esok.

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan beliau akan bersara esok, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lalu.
Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.
Engku Ibrahim mula memegang jawatan itu pada 1 Januari, 1989, menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang juga seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.

Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib daripada perkhidmatan kerajaan pada April 1987. – BERNAMA

Pengumuman : Jangan lupa menyaksikan Dokumentari khas yang akan  akan menemui penonton di TV1, pada 9 Januari, pukul 6 petang. Dokumentari ini sebagai sumbangsih bagi menghargai jasa Engku Tan Sri yang telah berkhidmat selama 22 tahun dan bersara secara rasminya pada 7 Januari 2011.

aizuddin : Berita ni pada tarikh 6 Januari 2011 tapi tetap nak buat jugak. Sebab setiap kali pengumuman raya dengan puasa je mesti nampak muka beliau. Nostalgia kot sejak aku umur setahun dah nampak muka beliau buat pengumuman.

kredi : bharian dan arnamee.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Bersara

Comments

comments

Comments

  1. says

    Haha, mesti nanti gaya penyampaian dan tutur kata bila nk bt pengumuman raya dah laen, huhu. ko dah 22 eh, tua dah eh. alahai, x sabar nak tunggu raya pulak,

  2. says

    ala..dah tukar ke? suara penyimpan mohor besar tu seda didengar kalau dari radio..rasa nyaman je (padahal tak sabar-sabar nak raya) hahaha

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *