Pengalaman Ke Legoland Malaysia

by aizuddin on October 11, 2012

Legoland dah lama bukak tapi aku baru je dapat masuk buat pertama kali. Bila cakap pasal Legoland, mesti orang ramai akan bandingkan dengan Universal Studios Singapore. Tipu la kalau tak nak bandingkan legoland Malaysia dengan Universal studio. :P Aku tak berkesempatan lagi nak pergi USS. Dulu ada plan nak pergi, tangguh punya tangguh, busy lagi time tu sampai passport dah expired terus tak jadi nak pergi.

Tapi mengikut yang aku tengok, Uss ni lebih kepada golongan dewasa, legoland ni kepada kanak-kanak. Tengok USS punya game pun dah tau. Jangan nak bandingkan game USS dengan Legoland, sebab jauh beza. Kat legoland, banyak game untuk kanak2. Kebanyakan game kanak-kanak kat situ mesti lebih ketinggian 100cm. Kalau tak cukup, nanti banyak game tak dapat main. Tengok nasib, siapa yang jaga kat pintu game tu.

Perbezaan kedua yang aku nampak, maskot. Kalau kat USS, banyak maskot bergerak. Kat Legoland, maskot2 banyak berbentuk Lego statik. Ada la, beberapa model tu keluarkan bunyi. Nama pun lego kan. Maskot yang bergerak yang aku jumpa, ada satu dekat depan pintu masuk. Ketiga, surau. Orang kata susah nak cari Surau kat USS, tapi kat Legoland ada 2 tempat surau. 1 di bahagian depan dan 1 lagi di bahagian belakang. Kalau toilet ada banyak. Tempat jual air pun banyak, tapi paham-paham je la harganya :P

 

Kalau taman tema, mesti orang nak tengok game apa yang best. Mengikut pendapat aku sebagai orang dewasa, game paling best mengikut urutan ialah Project X, Dragon, Lego Rescue Academy ( jadi ahli bomba), Lost Kingdom Adventure (main tembak2 dalam gua) kecuali yang naik sampan, tu tak sempat lagi nak try. Kalau game kanak-kanak, memang banyak lah yang best. Semua tempat ada game kanak-kanak. Untung la jadi budak-budak zaman sekarang.

Dalam banyak-banyak game, Project X ni je la paling mencabar. Kalau kat genting pun ada yang naik 4 orang ni, genting lagi mencabar aku rasa. Kalau yang jenis kaki space shot, roller coaster kat genting. Mesti dah tak hairan dah main game dekat Legoland ni.

Kalau tengok dalam iklan, Dragon ni kira famous. Mula-mula nak naik macam cuak la, sebab dengan bangunan istana yang besar sebelum nak masuk ke tempat beratur tu. Tapi, bila naik rasa macam tak puas. Dengan dia punya opening je lama gila. Tengok kartun-kartun atau patung dalam tu. Perjalanan dia rasa kejap sangat. Kalau pernah main kat genting, yang jenis panjang tu. Siap masuk dalam gua, bangunan. Game kat genting tu rasa lagi puas hati.

Kalau nak dibandingkan game ni dengan Genting, bagi aku Genting lagi best. Tapi kalau bagi kanak-kanak, jalan-jalan dengan family. Tempat ni sesuai sangat. Kalau bagi orang dewasa, nak dapatkan pengalaman mungkin boleh la. Legoland ni mungkin bukan target untuk orang dewasa. Kalau orang dewasa, boleh la pergi Genting atau USS lagi puas hati. Tapi tempat ni, memang besar la. Nampak dari tepi jalan nampak macam kecik je. Sekali jalan, sampai lenguh kaki. Masa jalan-jalan hari tu dengan family, dalam 7 jam jugak la duduk dalam tu. Tu, pun time hari khamis, tak ramai orang. Game sampan tu pun tak sempat nak main lagi. Jangan pergi hari rabu, awal-awal opening dia close untuk maintenance (sampai 7 november 2012).

Banyak lagi tempat best kat sini, macam observation tower (macam menara taming sari di Melaka) dan Studios 4d. Kalau naik observation tower, dah tak hairan la lepas ni menara taming sari kat Melaka tu :P . Kelengkapan surau dengan toilet pun disediakan. Surau ada 2, 1 di bahagian depan, 1 lagi di bahagian belakang. Rest room boleh dikatakan di setiap checkpoint tu ada. Cafe dan kedai jual air pun banyak. Cuma part lagu latar dalam ni, aku tak suka sangat. Lagu latar kat pintu masuk je best, sebab rancak. Nasib je rumah dekat, ada annual pass. Boleh lepak banyak kali.

Kalau nak bagi rating
Untuk kanak-kanak / family : 9/10
Untuk dewasa : 6/10

Detail untuk Legoland Malaysia :   Legoland Malaysia

{ 30 comments… read them below or add one }

Hanif October 11, 2012 at 9:53 PM

Pergh.. pegi xajak kn… xpe2

Reply

aizuddin October 11, 2012 at 11:03 PM

Ceh, dah ajak banyak kali dah :P

Reply

fuzaimy October 12, 2012 at 12:28 AM

tggu water theme park plak.nk cuci mata.

Reply

aizuddin October 12, 2012 at 1:00 AM

waterpark tahun depan la pulak. mesti kena renew pass dulu karang :(

Reply

wmhafiz October 12, 2012 at 11:01 PM

Bro,

Berapa banyak roller coaster kat legoland nie?

Reply

aizuddin October 14, 2012 at 12:17 AM

yg dikira roller coaster tu, game dragon. 1 tu je. tu pun tak mencabar sebab opening dia lama dalam gua. lepas tu dia just belok2 je, tak de macam ke bawah sangat atau terbalik2.

tengok2 je dah sampai balik. banyak habis masa kat opening

Reply

hafidz October 13, 2012 at 12:10 AM

wow~
siap pakai baju #01 special edition tuh :P

Reply

aizuddin October 14, 2012 at 12:18 AM

ni je la baju jalan yg aku ada. haha

Reply

Lawrence Vision October 20, 2012 at 6:36 PM

Kalau ada masa nak juga pegi nanti hehe

Reply

aizuddin October 23, 2012 at 4:07 PM

Kalau nak berbaloi, tunggu ada waterpark sekali tahun depan. tu pun kalau sanggup tunggu :P

Reply

beckhr00y October 22, 2012 at 12:55 AM

ingin pergi kalau berkesempatan nnti

Reply

aizuddin October 23, 2012 at 4:09 PM

pergi time tak ramai orang baru berbaloi sikit :)

Reply

Mat Din February 8, 2013 at 8:01 AM

gud info… den tak pernah sampai…huhu

Reply

aizuddin February 13, 2013 at 1:08 AM

insyaAllah, satu masa nanti boleh sampai :)

Reply

Rosley February 11, 2013 at 8:30 PM

Saalm saudara Aizuddin,

Wah pengalaman berharga tu kalau saya pun dapat pergi ke Legoland.
Teringin nak cuba Projek X tu :)

Regards,
freewheeling youth of the sports car

Reply

aizuddin February 13, 2013 at 1:12 AM

wasalam, project x biasa2 je tu. space shot kat genting seram lagi :P

Reply

MK Kimi February 15, 2013 at 12:29 AM

Dah lama survey legoland ni tp tgk most game ssuai utk kanak2 jek. Walaupun perangai aku kdg2 cam kanak2 tp fizikalnya aku dewasa..haha!

tunggu ada anak lah baru pegi :)

Reply

aizuddin February 19, 2013 at 3:07 PM

memang diorang target untuk kanak2 pun. kalau game kat genting dah biasa, semua game kat sini tak de hal la :p

Reply

zul March 5, 2013 at 5:20 AM

legolang kureng sikit, klu utk org muda lg prefer genting..
tapi klu nk bwa budak2, legoland ok lar..

Reply

aizuddin March 13, 2013 at 3:22 PM

memang pun, setakat nak jalan2 cuci mata, nak cuba game baru ok la :D

Reply

Natasya Liyana March 13, 2013 at 1:59 PM

msih belum berpeluang ke legoland ajak family asyik bz jer,,hurmm kne la tggu g ngn kwn2

Reply

aizuddin March 13, 2013 at 3:23 PM

kalau ada rezeki, sampai la nanti. insyaAllah :D

Reply

fazly March 20, 2013 at 11:23 AM

CarRentalJohor

http://carrentaljohor0105702180.wordpress.com/
call/sms: 0105702180

Reply

Jeannette Jeffery March 20, 2013 at 2:31 PM

Huh..entah bila la dapat peluang nak ke tempat-tempat menarik mcm ni..jauh di sudut hati nak pegi..apakan daya…aku jauh d negeri dibawah bayu….

Reply

Jeannette March 30, 2013 at 3:34 PM

Ada juga kebaikan tempat ni yea..sekurang-kurangnya dapat juga merasa suasana luar negara bagi mereka yang tak berkemampuan

Reply

Nazerin April 7, 2013 at 3:54 AM

menarik…

tringin nak pergi tp xd masa…

Reply

onlajer April 13, 2013 at 8:55 AM

belum berkesmpatan untu pergi,sampai sekarang masih lalu sahaja heh

Reply

nana April 19, 2013 at 2:04 PM

xberpeluang lg nk jejak kaki kat lego land ni…teringin nk pergi tapi jauh sgt…tggu semua playground siap blh la plan pergi sana..

Reply

botakilmu May 13, 2013 at 12:12 AM

Wah mcm syok je..tp tu lah mcm mahal sgt. Berbaloi ke kalau pergi sana dgn jumlah bayarannya?Kalau masuk satu famili kena simpan duit dulu gamaknya.

Reply

cik nasirah May 13, 2013 at 4:37 PM

pernah ada permainan lego masa kecil dulu.
macam mana le boleh rosak.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: