Pengalaman 2 Hari 1 Malam Di Singapura #2

by aizuddin on July 27, 2010

gambar-sim-lim-square-singapre-aizuddin

Sambungan entri part 1, kalau naik bas 905 dari imigresen Singapore, dia akan berhenti di Bugis Junction. Senang cerita, berhenti kat bus Station Bugis. Dari situ, korang boleh lah explore kalau nak pergi ke Bugis Street. Tak jauh pun. Boleh jalan kaki. Kalau nak pergi solat, boleh pergi dekat Masjid Sultan. Itu je masjid yang paling dekat dari Bugis Junction.

Tak jauh dari Bugis Junction tu pun ada shopping complex Sim Lim Square, iaitu shopping complex yang jual pelbagai barang elektronik. Senang cerita Sim Lim ni macam Low Yat. Orang kata barang elektronik murah kat situ. Tak tau lah, kena survey baru tau murah ke tak. Aku tak de barang nak beli. Tu yang malas nak survey. Aku surrvey xbox 360 dalam $280 dan ps3 dalam $350. Tu dalam dollar singapore. Sila darab 2.36 la eh. Boleh dikatakan agak murah jugak kot.

Ps3 dengan Xbox 360 berlambak2 dalam shopping complex tu. Tinggal nak survey je kalau nak beli. Tu pun aku survey 1 kedai je. Laptop harga lebih kurang kot. Handphone kena pandai cari port yang murah. Aku tak tau sangat kat mana yang murah. First time pergi.

gambar-kad-ez-link-singapore-aizuddin

Apa yang best kat Singapore?

Apa yang paling aku suka dengan Singapore berbanding Malaysia ni, sistem pengangkutan awam dia yang teratur dan sistematik lagi-lagi bas. Nak naik bas senang je kat sana. Ada bus station yang selesa dan siap ada map singapore lagi. Tapi tak semua stesen bas ada map Singapore, kadang2 dia letak papan untuk tau harga tambang bas je.

Kalau naik bas, semua orang guna kad Ezlink. Kalau student, guna kad matrik je senang. Tak payah nak susah-susah keluar duit. Time nak naik tu lah baru nak keluar duit. Kan leceh? Kalau ada kad ezlink ni senang je. Naik bas tap / scan sekali. Nak turun scan lagi sekali.

Kalau nak senang jalan-jalan kat singapore memang kena ada kad ni. Boleh dikatakan semua orang Singapore guna kad ni time naik bas diorang. Tapi dari imigresen Singapore guna duit je dulu. Tak payah nak sibuk cari kad ezlink ni. hehe.

Kad ezlink ni boleh beli dekat 7 eleven atau stesen mrt. Kalau berhenti kat Bugis Junction, dekat-dekat situ pun dah ada 2 buah 7 eleven. Tinggal nak beli je. 1 kad $10, tapi dalam tu ada $5 je. Boleh topup lagi kalau nak. Rasanya dah cukup kot. Sebab guna kad ezlink dia ada diskaun bila kita naik bas atau mrt. Kan berbaloi-baloi.

bersambung lagi..

{ 3 comments… read them below or add one }

slimdiet2 March 1, 2011 at 11:14 PM

salam din. kt singapore tune hotel kat mana tau tak?ingat da gak plan nak pi singapore.

Reply

aizuddin September 5, 2011 at 1:51 AM

wasalam..sori..lama tak cek komen..tak perasa pulak tunhotel kat singapore..kena google map kot..aku pun tak sempat explore habis :o ups:

Reply

immobilier December 21, 2011 at 1:12 AM

Hello les gens quel est votre point de vue de mon nouveau site sur l’immobilier?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: