Pengalaman 2 Hari 1 Malam Di Singapura #1

gambar-bugis-street-singapore-aizuddin

Lama dah aku tak update pasal personal. Sem ni teramatlah busy tak macam sem-sem yang lepas. Dengan jadual yang pack, quiz yang akan datang berlambak. Memang kena fokus sehabis yang boleh. Biasa lah, dah masuk tahun 3. Bukan macam tahun 2 dengan tahun 1. Boleh rilek-rilek lagi. Jadual tak pack sangat. hehe.

Cerita pasal Singapura, minggu lepas aku ada update sekeping gambar. Tu pun gambar baju Singapura je. haha. Tak feeling langsung. Baju tu pun buat test power je. Saiz besar kot kat sana. Kain dah best dah. Branded lagi. Apakan daya, kena cari baju yang lagi best. Nasib baik jumpa kat Chinatown.

Sebenarnya tak susah pun nak masuk Singapura ni, asalkan ada pasport dah boleh masuk dah. Alang-alang aku dah ada pasport sebab lawatan ke negara Hong Kong dan China sem lepas. Aku gunakan lah dengan sebaiknya pasport yang ada. Takkan nak rugi camtu je kan?

Cara nak ke Singapura dari City Square, Johor Bahru :

1. Kalau dari bangunan City Square tak silap aku level 4 kot dekat dengan kedai baju F.O.S.

2. Jalan kaki pergi ke Bangunan Imigresen yang baru buat, iaitu Jb Central. Nak tukar duit Singapore pun boleh dekat Jb central ni. Jangan risau. Ada money changer.

3. Follow je orang ramai-ramai yang nak pergi Singapura. Kalau ikut signboard, ambil signboard Woodlands.

4. Pergi dekat machine untuk cek pasport. Masuk pasport dan letak cap jari. Setel.

Nota : Time ni, aku tak sure kena naik bas ke tak. Dah lupa dah. Aku rasa kena kot. Untuk sampai ke imigresen Singapura. Dalam Rm 1.40.

5. Teruskan perjalanan untuk masuk ke Imigresen Singapura. Sebelum pergi dapatkan cop imigresen, Isi borang kertas putih. (Ada dekat bahagian kanan nanti). Untuk isi maklumat peribadi. Isi je borang tu.

6. Dapatkan cop imigresen, simpan borang putih yang dikoyakkan tadi untuk bagi time masuk Johor pulak.

7. Pergi scan badan. Handphone, beg duit letak dalam bakul untuk scan. Kalau bawak beg, scan je sekali.

Nota : Ingat, tak boleh nak bawak rokok dengan gula getah kat sana. hehe.

Kalau nak pergi tempat best, aku cadangkan pergi naik bas ke Bugis Street. Bas nombor 905. Harga $2.40. Turun-turun dari imigresen nanti, berlambak bas kat situ. Aku pergi Bugis ni pun sebab abang yang jaga counter imigresen yang cadangkan. Kalau tak memang tak tau nak pergi mana. haha.

Kenapa Bugis Street?

Tempat tu kira macam uptown la. Barang-barang pakaian murah. Tapi tak de lah murah sangat. Sebab matawang kita kecik berbanding Singapore. huhu.

Bersambung…

aizuddin : Kalau ada soalan nak tanya, aku cuba tolong mana yang boleh. Aku pun bukan tere sangat. hehe. Pergi pun independent. 2 orang je pulak tu.

Comments

comments

24 thoughts on “Pengalaman 2 Hari 1 Malam Di Singapura #1

    1. aizuddin Post author

      tulah..kalau ada panduan senang sikit nanti..semua orang boleh pergi singapore dengan senang..tak macam aku pergi aritu..blur je.. :)
      part two akan menyusul..hehe

      Reply
    1. aizuddin Post author

      aah budget kena besar..kalau boleh siap2 makan dulu kat malaysia..pastu baru gerak..dah boleh save duit makan..hehe..
      passport time aku buat rm100 – 2 tahun.. rm 300 – 5 tahun..

      Reply
  1. Amir

    hr tu nak balik malaysia aku transit kt singapore.. struggle aku bwk beg2 besar, naik bas dr singapore ke JB…. kt JB parents aku ambik.

    Reply
  2. ikinsheqien

    plan nk g ngn kawan2 sem ni…4 org..tp xtau cmna…pasport pon xbuat lg…mn sng..pakai agent ker g sendri?? huhu…plez help…

    Reply
    1. aizuddin

      wasalam, maksudnya dari singapore nak ke jb balik ke?time aku dulu, amik bas kat bugis junction, sebab aku turun singapore dari jb pun kat situ..mungkin la, aku pun dah tak berapa nak ingat ni :(

      Reply
  3. Syukri

    Salam

    Saya orang KL kerja Singapura. Kalau nak apa2 info bolehla tanya saya. Ada juga sediakan servis “walking guide” kalau nak. Boleh start dari JB atau jumpa di singapura

    Syukri

    Reply
  4. Nellie Nell

    hehe google macam mana nak pegi Singapore dari JB, terjumpa entri ni ^^ agak menyedihkan duduk johor takpernah pegi singapore lagi, walhal boleh pegi naik bas je tapi tambah memilukan pasport pun takde, huk huk. anyway thanks sangat2, mmg rancang nak buat spontaneous trip dgn kwn2 cuti sem akan dtg ke Singapore.. and this entry really helps! thumbs up! =)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>