Beberapa hari saja lagi kita nak sambut bulan ramadhan. Puasa tahun ni first time dapat puasa sebulan kat rumah. Sebelum-sebelum ni memang sambut kat kolej. Berapa hari je sambut kat rumah. Suasana puasa kat rumah dengan kolej kan lain. Tak sia-sia universiti buat cuti seragam dengan oversea tahun ni. Kalau tak memang tak merasa nak puasa sebulan kat rumah sebagai seorang mahasiswa. Itu pun dah hujung-hujung dah. InsyaAllah naik sem nanti tinggal setahun je lagi nak habis.
Memandangkan dah nak puasa, aku nak berkongsi niat puasa ramadhan, niat berbuka puasa dan waktu berbuka puasa. Untuk rujukan bersama. Maklumlah, ramadhan setahun sekali. Kadang-kadang jumpa la 2 tahun sekali. Takut dah lupa pulak niat puasa macam mana kan. hehe.
Niat Puasa Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa
Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani
Dapatkan jadual waktu berbuka puasa dan waktu imsak 2012/ 1433 H di sini
Aizuddin : Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari yang lepas. InsyaAllah.
Kredit : zelo 55








{ 17 comments… read them below or add one }
kita pun dapat pose kat rumah tahun ne..sebulan ahhaa, lagi 3 sem nak habis gak…all the best..tuan blog..ahhaa..
thanks..all the best jugak ye
ok, sape lupa..boleh copy dan paste gambar tu dalam komputer. hehe..
kalau dah lupa sangat boleh je copy paste terus..letak kat pc
pinjam taruk kat blog yer.. tq..
boleh je bro..welcome
Raya nanti singgah blog ko dapat duit raya ke tak?
patutnya bos besar la belanja customer..ni dah terbalik ni
puasa best dan seronok :8 tapi kaulu puasa mesti malas :8
apalah bro mana ada raya mana ada best puasa lagi best……ha ha ha
tak payah gaduh2..2-2 pun best
memang puasa best tapi… raya lagi best banyak duit raya….hehehe:)
puasa memang best kalau raya best lagi..hehehe:)
kalau raya best dapat duit banyak:)
ye ye selama lagi puasa lepasya raya….. dapat duit banyak he he he:
terimakash lafaz niat buka puasa ini.
sama-sama
{ 1 trackback }