Salam..selamat datang ke blog ni. Bukannya selamat datang ke taman skodeng eh. hehe. Ni artikel pertama yang aku tulis berplatformkan wordpress. Sebelum ni aku asyik layan kat blogspot je. Sesekali nak jugak rasa kelainan berdomainkan nama sendiri. Nampak macam cun je bila aku tengok orang lain berdomainkan sendiri ni. Nasib baik domain nama aku ni available lagi time ni, so aku pun rembat lah cepat sebelum diambil orang lain.
Memandangkan ni entri pertama aku di blog ni, so korang tak perlu selak-selak lagi page lain untuk mengusya entri melainkan page “about” blog ni. Kalau tak puas jugak, korang boleh baca entri ni banyak kali sampailah korang tertidur. hehe. Boleh lah mengenali serba sedikit tentang manusia di belakang tabir blog ni. Kalau korang rasa blog ni best dan cool, sama lah jugak dengan ownernya jugak. haha.Dari Blogspot ke WordPress
Sebenarnya aku ingin berterima kasih kepada pakcik google sebab memberikan free hosting (blogspot) yang terbaik. Dengan blogspot aku dah belajar macam-macam sampai widget pun bersepah-sepah aku letak kat blog aku yang lama tu. Kalau free wordpress memang dah tak boleh letak apa-apa dah. Memang limited. Macam mana nak letak iklan kat blog camtu? hehe. Edit code di template pun sudah jadi kemestian kalau nak blog jadi cantik. Jadi bila dah berplatformkan wordpress ni aku dah boleh tau la sikit-sikit macam mana nak alter template tambah widget dan lain-lain.
Tapi aku belum habis explore lagi sistem kat wordpress ni lagi, nak install plugin pun aku tak tau mana yang penting dan mesti diinstall dalam blog wordpress ni. Ada berjuta-juta kot plugin yang ada ni. Pening jugak kepala ni bila nak baca satu-satu secara detail. Seo pack? API?Tag dan macam-macam lagi..tak tahu sangat benda alah apa tu. Ada siapa-siapa dapat tolong recommendkan kat aku? Bagi link website atau untuk aku belajar install plugin yang basic pun jadik la. hehe.
Officially Release
Aku saja nak releasekan secara official blog ni pada 10. jan 2010. Sebabnya senang nak ingat tarikh tu. Boleh lah buat anniversary nanti. Bukannya sempena ada final juara lagu. hehe. Awal tahun ni aku dah beli domain dan hosting yang direcommendkan di entri khai. Katanya ada promotion, aku pun ambil lah kesempatan ni nak mencuba sesuatu kelainan dalam dunia blogging ni. Sampai bila nak duduk kat blogspot je nanti. Macam tak best la pulak.
Kalau korang nak jugak rasa berplatformkan wordpress yang berdomain dan hosting sendiri ni, better korang belajar dulu menulis blog menggunakan blogspot. Baby pun takkan tiba-tiba boleh berlari kan? kena start dari awal dulu baru lah boleh pergi ke tahap sekarang ni. Ini berdasarkan pengalaman aku lah. Kalau korang banyak duit dan nak try terus apa salahnya. hehe
Step yang paling sakit sekali mestilah nak cari template blog ni. Sama je kalau kita guna blogspot. First impression memang penting. Kalau template pun berat, serabut, serabai , kusam, tak bermaya. Macam mana orang nak lepak lama-lama kat blog korang nanti kan? Credit aku berikan kat designer template ni, Igor Penjivrag. Selepas aku mengooglekan diri aku cari template, akhirnya template ni jugak yang berkenan. Simple dan nampak kemas. Aku pun alter sikit-sikit jadi kasi sebati dengan jiwa aku. hehe.
Sampai sini je la entri first yang aku nak tulis ni. Harap-harap korang dapat memberikan komen yang bernas, padat dan bermutu untuk aku perbaiki lagi apa yang patut. Al maklumlah, aku ni masih newbie. Thanks to you all sebab dapat baca entri ni dengan penuh khusyuk. hehe. Wassalam




{ 32 comments… read them below or add one }
aku pun baru.. malam tadi jahanam blog aku.. silap download template.. huhuhu..
papehal mmg kene wat backup dulu..bahaya2..hehe
Haha, first commentator ever…selamat menggunakan wordpress
no2 la..ak x approve rupenye..sengal..haha
maklumlah..noob ag guna wordpress ni..
mcm mane nak kasik tulisan ke kanan gambar ni..
:
dah byk kali ak try x jadik2..huhu..
wah dh maju nampak…. ko nak themes facebook x.. web aku pun pakai…..
.-= Taufik SM´s last blog ..Software Burn CD – DeepBurner Portable – Tidak perlu install – mudah dan pantas – FREE =-.
thnx..
xpela..penat dah ak nak pikir pasal theme ni..
10 ari ak edit..br ampir siap..pening2..hehe
wah, dh ada blog baru xbgtau aku ek? haha tahniah2
.-= x-po´s last blog ..AKU TAK NAK JADI MACAM SI CAPIK =-.
aku lom release scr official lagi ni..haha
byk lagi kena edit..huhu
btw..thnx
hoyeah!!. haha. tahniah2. kng ble aku dah ade doamin sndiri. ucap tahniah kt aku pulk. doa ni hahahaha =P
.-= acapz´s last blog ..Simpan Keseluruhan Halaman Web Sebagai Gambar Dengan Screengrab =-.
ok..aku doakan ko pulak ada domain sendiri lepas ni..
ko boleh insyaAllah..hehe
btw..tq
welcome to the club!
.-= Akuro San´s last blog ..Wang Kertas RM20 Antik dan Contest BeliaMuda =-.
welcome2..
wah! tahniah.. selamat berwordpress
.-= zuls´s last blog ..3 Kaedah Asas Cari Twitter Follower =-.
tq..ngah xplore lagi ni..hehe
.-= aizuddin´s last blog ..Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 24 =-.
Blog Aizuddin memang beautiful. Saya suka warna biru pastel ni. Earth colour. Blog saya pun baru lagi. At least Aizuddin dah banyak followers dari blogspot dahulu.
tak de lah banyak sangat follower..biasa-biasa je tu..ok..nanti aku usya blog ko pulak..btw..tq
.-= aizuddin´s last blog ..Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 24 =-.
selamat datang ke dunia warna warni wordpress..
ni rumah hang, jaga rumah hang baik2 ok
.-= Luth Textile´s last blog ..5 Fesyen tudung zaman sekarang =-.
aku kena jaga betul2 ni..
wat macam rumah sendiri..
hehe..tq
selamat menggunakan wordpress selfhost
.-= Khairil´s last blog ..Kemaskini Status Twitter Dan Facebook Dalam Masa Yang Sama =-.
ok..tq
Cayalah la bro…. tahniah sebab ade domain sendiri…. theme pun sempoi…
hehe..tq2..
komfem la ak pki theme ni..
dah bjuta theme da ak try..
nasib baik jumpa yg best akhirnya..huhu :bloody:
caiyok din! wordpress! hehe
.-= naz´s last blog ..Fenomena Gerhana Matahari pertama tahun 2010 – 15 Januari ini =-.
aku tengah caiyok la ni..
xplore apa2 yang patut..hehe
tq2..
.-= aizuddin´s last blog ..Ada apa dengan AJL 24? =-.
aku ni tak tau bila lagi nak guna domain sendiri…haiii…. duit kocek tak penuh lagi ni…haha…
alamatnya lambat lagi laa…
.-= Nik Anas Farhan´s last blog ..Top 10 Laman Sosial Popular DiKunjungi =-.
kalau rasa nak serius dalam dunia blogging ni..boleh lah ada domain dan hosting sendiri..komfem berbaloi..kalau setakat biasa2 je..tak perlu lah kot..
.-= aizuddin´s last blog ..Shahir AF8 – Kebahagiaan Dalam Perpisahan =-.
salam bro.nak tanya cket bleh tak?aku baru buat page.tu pun belajar ngan ko.tq
pastu aku nak pindahkan entri aku tu kat page baru tu ikut kategori.camna erk?
tq
wasalam..sori aku baru perasan pulak ada komen kat sini..maksudnya page macam mana nak ikut kategori?tak berapa nak faham soalan lah
ups:
wordpress ni cukup kuat.
sebab aku hanya suku jalan
guna blogspot.semua angkara
tema dan plugin dan plugin
yang cukup mengembirakan.
wordpress memang terbaik..sebab tu berbayar kalau nak self-hosted
salam… please4…. tolong ajarkan cara nak tambah template kat blog…klu bleh hantar kan emal saye….. bleh tak?????
wasalam..maksudnya nak tukar template blog ke?ce google kat blog ni “template blogspot”. Lepas tu install dalam dasboard blogger