Lepasan SPM : Matrikulasi Atau Diploma?

lepasan spm matrikulasi atau diploma aizuddin com

Ok, result SPM akan keluar esok. Kepada semua calon SPM 2010 aku ucapkan good luck. Banyak-banyak berdoa dan bertawakal je la time nak ambik result lepas ni. Alhamdulillah, sepanjang zaman persekolahan aku, result yang aku dapat tiap-tiap kali peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM memang tak pernah nak mengecewakan mak bapak serta keluarga. Boleh la. Semua aku buat yang terbaik yang aku mampu.

image

Semak keputusan SPM melalui SMS: taip SPM SEMAK <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888

Kredit : beliamuda

Tapi tu cerita dulu. Betul la kata orang, result-result periksa yang kita dapat dulu tu sebenarnya hanyalah kunci je untuk masuk ke next level. Kalau berjaya kat result UPSR dapat lah masuk sekolah berasrama penuh, kalau berjaya masa PMR dapatla mohon bidang yang kita nak masuk kat tingkatan 4. Dan kalau berjaya masa result SPM, senangla nak mintak kos kat IPTA. Lepas tu, result-result boleh la dijadikan kenangan terindah sepanjang hidup. Maknanya, result SPM bukan la segala-galanya. Rezeki ada di mana-mana. InsyaAllah..

 

meja study matrik aizuddin com

Nak pilih Matrikulasi atau Diploma?

Matrikulasi

Aku dulu lepasan matrikulasi (Johor). Aku bersyukur sangat sebab time aku dulu belum didedahkan sangat dengan laman social networking yang bersepah kat internet ni. Lagi-lagi, Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain lagi. Kalau tak komfem dah ketagih masa tu. Dulu aku layan friendster je, jadi tak berapa nak ketagih macam bukak facebook ni. Hari-hari mesti nak bukak je. Budak sekolah zaman sekarang pun dah ada facebook dengan twitter dah. Advance kot..

Apa kaitan dengan masa matrik? Sebenarnya, masa zaman matrik aku dulu. Memang boleh dikatakan study je memanjang. Tak tau sangat apa perkembangan dunia luar. Maklumlah laptop pun takde. Internet kalau ada pun kat library je. Tu pun kadang-kadang je layan internet. Bila time bosan je, study. Bila bosan sikit study. Tu je la zaman matrik aku. Sebab dia punya jadual memang pack, dari pagi sampai ke petang. Malam siapkan assignment atau tutorial kalau ada. Nak riadah untuk lepaskan tension, petang-petang main futsal, hujung minggu joging sikit kalau rajin lepas tu main futsal.

Bila dah nak habis matrik, baru roomate aku boleh bawak laptop pulak. Habis kitorang lepaskan ketagih, layan movie sikit. Yang banyak, komfem main game pes. Hujung minggu memang hari main pes sampai la ke pagi. Tak puas hati punya pasal. Tapi nasib baik la tu dia bawak masa dah nak habis matrik. Kalau tak terus ke laut la result matrik aku. lol.

Kesimpulannya, kalau duduk kat matrik (lagi-lagi yang matrik setahun) memang masa tu kena fokus sangat kat study. Takde masa nak bermain kecuali korang memang genius. Aku tak macam tu. huhu. Duit sponsor pun dapat RM1000 satu sem kalau tak silap aku untuk semua pelajar matrik. Cukupla nak buat duit belanja. Rindu pulak zaman matrik kat KMJ. Ada sesiapa study situ tak?hehe

 

tasik kmj aizuddin com

Diploma

Aku tak ambik diploma, so tak boleh nak ceritakan macam mana pengalaman bila ambik diploma ni. Tapi apa yang aku nampak dan tanya pada member-member aku. Diorang punya life tak macam kat matrik. Rilek je. Maklumla, kalau diploma kena ambik masa 3 tahun biasanya. Matrik setahun atau 2 tahun je. Tapi kalau diploma sambung degree nanti, bezanya lebih kurang setahun je pun bila time grad dengan budak matrik yang sambung degree.

Kelebihan yang ada pada budak diploma ni nanti akan nampak bila time diorang sambung degree. Kebanyakkan subjek yang diorang dah ambik time diploma dulu, tak jauh beza dengan subjek time degree nanti. Tapi bagi budak matrik, subjek yang kat matrik memang jauh beza dengan time degree nanti. Sebab subjek kat matrik tu (matematik, kimia, fizik/biologi) macam advance sikit dari subjek spm je. Jadi bila budak matrik ambik degree, akan ada cultur shock sikit time tu. Kena pandai-pandai nak sesuaikan diri.

Lagi-lagi sem satu nanti, memang tak boleh nak main-main. Bila pointer sem satu pun dah teruk, next sem punya pointer nak cover balik pun dah payah. Percayalah…(jangan menyesal macam aku pulak nanti.huhu)

Tapi kalau budak diploma dah grad nanti, kena kuatkan semangat la nak sambung degree. Mana tau dah bosan nak study. Terus apply kerja. Rugi pulak macam tu. Sebab kebanyakkan budak diploma yang sambung degree ni, macam lagi terer pulak dari budak lepasan matrik yang ambik degree. Ni dari apa yang aku nampak la. Mungkin tak semua..

stok makanan aizuddin com

Biasiswa

Aku apply biasiswa time aku lepas matrik. Jadi pointer matrik yang diambik kira. Result SPM sekali kalau tak silap. Jadi rajin-rajin kan la untuk mengetahui update pasal biasiswa ni. Asal ada iklan biasiswa aku try apply, last-last aku dapat biasiswa JPA dengan Maybank. Aku dah dapat JPA dulu, jadi maybank aku terpaksa tolak time dia call aku. Memang bersyukur sangat dapat scholar ni. Kalau tak, tak tau nak hidup guna duit apa time kat u ni. Biasiswa mak bapak dah takde dah. Adik pun ramai lagi masih sekolah tu. Alhamdulillah…

 

Nota : Panjang pulak entri kali ni. Tu sebab aku malas nak membebel selalu kat blog. Jadi macam ni la. hehe. Kalau korang ada pertanyaan insyaAllah aku boleh tolong setakat yang mampu. Blogger –blogger sekarang ni pun ramai study kat ipta. Boleh je tolong tanyakan. Untung la korang sekarang ni, time aku dulu. Main buat keputusan sendiri je. Asal nama kos sedap je terus pilih. Langsung tak tau macam mana cara nak pilih kos dengan betul. Datang seminar pun tetap blur lagi. huhu.

Aizuddin : Masalah tempat praktikal tak setel lagi. 16 may- 22 july ni (10 minggu) dah nak praktikal. Tempat praktikal tak tau lagi kat mana. Apply tak dapat. Ada yang nak contact tak dapat. Nak tunggu surat rasmi pun satu hal lagi. ades. Ada sesiapa ada kabel tak? Kalau ada kabel senang sikit nak apply..

Comments

comments

Comments

    • says

      Waalaikumsalam,
      Sori lambat reply, busy sikit. saya dah tanya kawan saya yang belajar di oversea, dia kata tak sure dan rasanya tak boleh. sebab nak pi overseas kena ada A-level atau yg equivalent dengannya unless kalo awak amik program maths yg under matrik.

      kalo lepasan spm, terus mintak scholarship dan scholarship untuk pi overseas tuh terus bg buat foundation atau A level kat mana2 macam KYUEM, INTEC, KMB n so on.

      kalo awak buat A-level kat private kolej @ A-level @ DIp macam kat kolej nottingham malaysia, awak boleh mintak sponsorship lah nak further kat oc. matriks result xqualified kat overseas…

      itu je yang mampu saya tolong. kalau ada lagi soalan, boleh mesej kawan saya di facebook : https://www.facebook.com/annyssophilea

      All the best :)

  1. eira says

    salam, berdasarkan apa yang saya dari entry tadi, nampak sama2 ada kelebihan dan ada keburukan masing2. tapi sekarang memang saya betul2 confuse nak masuk mana, either matrik or dip? matrik, saya dapat kat kolej mara kulim, then dip pulak di utm – dip perancangan bandar dan wilayah. boleh bagi apa2 cadangan tak? harap sangat dapat membantu.

    • says

      waalaikumsalam,
      depend pada minat dan kemampuan masing-masing. kalau minat dan rasa boleh bawak program dip yang ditawarkan tu dan tak nak amik risiko ke matrik. boleh teruskan dengan program dip tu. risiko maksudnya tak dapat apply kos yang sama yang awak dapat tawaran dari program dip dengan result kat matrik nanti. sebab lepas matrik kena apply lagi kos berdasarkan result matrik. takut2 dapat lain camtu..

      minta pandangan parents, pakcik, kawan, senior dan sewaktu dengannya. pastu buat solat istikharah..

      All the best :)

  2. farhana says

    salam ;D
    sy nk tanye,selalunya ramai jgk ke bdk lepasan matrik tk dpt smbg degree ?
    i mean kalau pointer rendah je susah nk mintak mana-mana ipta…
    lepasan matrik boleh mintak ipts jgk ke?

    • says

      wasalam, rasanya ramai je yang masuk ipt sambung degree, kalau nak dapat 3.0 pointer ke atas tu boleh je, sebab kat matrik tak macam ipt. dia ada kelas tutorial, kat situ nanti boleh paham, apa yang tak paham masa kuliah.

      jangan pikir pointer rendah sangat, boleh je skor kalau study. paling koman pun atas 3.0 boleh dapat..insyaAllah..don’t worry.
      member saya ada belajar mmu, tapi dia enroll masuk mmu guna result matrix tapi melalui yayasan telekom. rasanya boleh kot, kena komfemkan balik dengan orang lain..

      all the best :)

  3. zam says

    salam,sy ni bkal msok kmj, dftr nye 28/5 nt, sy dpt twrn dip jgk, tp sy kliru nk plih yg mne, klau plih mtrik dkt sbb sme ngri kn, klo dip jauh kt ipoh. mtrik pn staun je tp mslh ny, org rmai kate blaja kt matrik ni susah gler, x bley maen2, mmg kne struggle abes, klo pointer rndah mmg susa nk smbong dgree nt.. emm idop kt kmj ni stress x bro ? undng2 ktat gler ke ?

    *arap dpt rply cpt, mse da suntuk ni…!!!

    • says

      waalaikumsalam,
      tak sure la bro, tapi bagi aku kmj ni best. kemudahan lengkap, bilik kuliah,tutorial, lab dekat je, lecturer best. bilik kuliah depan bilik je pun, tak sampai seminit pun boleh sampai. habis kelas sambung tido..

      kat kmj tak de la ketat mana,stress pun biasa la.kat mana-mana pun memang kena study ada stress. cari member yang rajin, lepas tu banyak belajar dengan dia. time kmj aku buat camtu, sebab aku tau aku tak rajin mana. haha. tapi, alhamdulillah dapat la pointer ok atas 3 lebih macam tu. dapat apply scholar.

      lagi satu, time tutorial banyak tanya cikgu/lecturer, kadang-kadang time kuliah ada tak faham sebab laju sikit/ blur sebab tak baca sebelum pergi kuliah.

      yang penting, study smart kalau tak boleh nak study hard sangat. kalau kes ni, bagi aku amik matrik jimat masa. depend la pada bro, buat solat istikharah, tanya pendapat orang lain, mak bapak, keluarga :)

      all the best bro, btw adik aku jadi fasi kat kmj nanti. cari la kalau masuk kmj nanti daftar. :P

    • zam says

      oohh thanks.. :) .. ikut pngalman bro lar, blaja kt matrik ngan universti ape bze ny ? bley brkongsi ?hehe..

      • says

        welcome. belajar kat matrik sukatan subjek lebih kurang sekolah menengah cuma up sikit je sylabus. cara belajar je ada style univ sikit, macam kuliah. tapi kat matrik ada kelas tutorial, kat univ takde, kena tutorial diri sendiri :P

        yang penting lepas matrik kena cari senior kos tu, dah mintak pendapat dan nasihat diorang, takut kena culture shock, macam aku kena dulu. time tahun pertama kat univ tu paling penting, sebab dari situ basic study dan basic pointer. dari pointer tahun pertama dah boleh tau anggaran pointer time grade nanti.

        time tu jangan menyesal, sebab aku pernah kena dulu.huhu..pointer susah nak naik, tapi senang nak turun..

  4. ira fila says

    salam abg, saya pelajar matriks perlis. Nak tnya, kan kalau apply biasiswa maybank ka, jpa ka or apa2 biasiswa skali pun, most of them akn mintak tulis essay kan? Apa jer yg abg tulis sampai dpt ea? Huhu, sy pna h isi dulu tp bab karang mengarang ni stuck sikit. Rasanya tu faktor tak dpt kot. Ab bileh tolong sya tak?

    • says

      wasalam, sori lambat reply, lama tak tengok blog ni. hehe
      masa saya tak perlu tulis essay, dulu senang. Time kat u, apply jpa tengok result matrik je. Kalau karangan, boleh je google isi-isi penting, lepas tu olah dari isi tu. all the best :)

  5. Nur says

    nak tanya nii.. kalau matrik teknikal tu macam mana ea..?? apa beza dia.. ? betol ka susah sambung degree..?

    • says

      sori lambat reply, matrik teknikal tak sure, tak de kawan yg pergi situ. kena search google, survey dulu.

      susah sambung degree, depend pada course, minat dan kemampuan kita. yg penting minat kena ada, kalau minat ada, study pun rasa macam tak study sebab kita buat benda yg kita minat. all the best :D

  6. Muhammad Azrul says

    Salam bro,nak tanya sikit :) Seblum result sy mohon aliran sains tapi bila dapat result spm subjek sains tulen teruk skit lah tapi subjek akaun okay.Ingatkan bila dapat matrik nak tukar aliran sains kepada aliran akaun.Boleh tak? :)

  7. weena says

    salam.. boleh tak share dlu abg dpt pointer bpe kat matrik mse sem 1 & 2 ? sye just nak taw bpe pointer yg layak dpt scholar.. hope u dont mind ..

    • says

      Wasalam, maaf lambat, baru cek entri dan komen. Lama tak buka blog.
      Sem 1 – 3.5++
      Sem 2 – 3.4++

      sikit je, tapi rezeki kot dapat scholar. Nasib2. Tu dulu, tak tau sekarang macam mana. All the best :D

      • says

        budak bijak ni..pointer cantik.
        aku dulu matrix pahang. tapi fail. puncanya aku x pandai urus masa n tak tahu betapa pentingnya kita perlu belajar n faham cepat2 satu2 topik tu.sbb belajar kat matrix ni masanya singkat je.

        then aku apply diploma uitm. kat diploma ni aku jumpa balik subjek yg pernah belajar kat matrix. tapi kali ni pelajarannya relax cket.boleh belajar sampai faham sbb tak terkejar masa, dip kan 3 tahun.

        apa yang dulu kat matrix aku blur, waktu dip baru faham.diploma sesuai utk org yang lambat pikap cam aku agaknya..ha2

Trackbacks

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *