Lepasan SPM : Matrikulasi Atau Diploma?

lepasan spm matrikulasi atau diploma aizuddin com

Ok, result SPM akan keluar esok. Kepada semua calon SPM 2010 aku ucapkan good luck. Banyak-banyak berdoa dan bertawakal je la time nak ambik result lepas ni. Alhamdulillah, sepanjang zaman persekolahan aku, result yang aku dapat tiap-tiap kali peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM memang tak pernah nak mengecewakan mak bapak serta keluarga. Boleh la. Semua aku buat yang terbaik yang aku mampu.

image

Semak keputusan SPM melalui SMS: taip SPM SEMAK <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888

Kredit : beliamuda

Tapi tu cerita dulu. Betul la kata orang, result-result periksa yang kita dapat dulu tu sebenarnya hanyalah kunci je untuk masuk ke next level. Kalau berjaya kat result UPSR dapat lah masuk sekolah berasrama penuh, kalau berjaya masa PMR dapatla mohon bidang yang kita nak masuk kat tingkatan 4. Dan kalau berjaya masa result SPM, senangla nak mintak kos kat IPTA. Lepas tu, result-result boleh la dijadikan kenangan terindah sepanjang hidup. Maknanya, result SPM bukan la segala-galanya. Rezeki ada di mana-mana. InsyaAllah..

 

meja study matrik aizuddin com

Nak pilih Matrikulasi atau Diploma?

Matrikulasi

Aku dulu lepasan matrikulasi (Johor). Aku bersyukur sangat sebab time aku dulu belum didedahkan sangat dengan laman social networking yang bersepah kat internet ni. Lagi-lagi, Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain lagi. Kalau tak komfem dah ketagih masa tu. Dulu aku layan friendster je, jadi tak berapa nak ketagih macam bukak facebook ni. Hari-hari mesti nak bukak je. Budak sekolah zaman sekarang pun dah ada facebook dengan twitter dah. Advance kot..

Apa kaitan dengan masa matrik? Sebenarnya, masa zaman matrik aku dulu. Memang boleh dikatakan study je memanjang. Tak tau sangat apa perkembangan dunia luar. Maklumlah laptop pun takde. Internet kalau ada pun kat library je. Tu pun kadang-kadang je layan internet. Bila time bosan je, study. Bila bosan sikit study. Tu je la zaman matrik aku. Sebab dia punya jadual memang pack, dari pagi sampai ke petang. Malam siapkan assignment atau tutorial kalau ada. Nak riadah untuk lepaskan tension, petang-petang main futsal, hujung minggu joging sikit kalau rajin lepas tu main futsal.

Bila dah nak habis matrik, baru roomate aku boleh bawak laptop pulak. Habis kitorang lepaskan ketagih, layan movie sikit. Yang banyak, komfem main game pes. Hujung minggu memang hari main pes sampai la ke pagi. Tak puas hati punya pasal. Tapi nasib baik la tu dia bawak masa dah nak habis matrik. Kalau tak terus ke laut la result matrik aku. lol.

Kesimpulannya, kalau duduk kat matrik (lagi-lagi yang matrik setahun) memang masa tu kena fokus sangat kat study. Takde masa nak bermain kecuali korang memang genius. Aku tak macam tu. huhu. Duit sponsor pun dapat RM1000 satu sem kalau tak silap aku untuk semua pelajar matrik. Cukupla nak buat duit belanja. Rindu pulak zaman matrik kat KMJ. Ada sesiapa study situ tak?hehe

 

tasik kmj aizuddin com

Diploma

Aku tak ambik diploma, so tak boleh nak ceritakan macam mana pengalaman bila ambik diploma ni. Tapi apa yang aku nampak dan tanya pada member-member aku. Diorang punya life tak macam kat matrik. Rilek je. Maklumla, kalau diploma kena ambik masa 3 tahun biasanya. Matrik setahun atau 2 tahun je. Tapi kalau diploma sambung degree nanti, bezanya lebih kurang setahun je pun bila time grad dengan budak matrik yang sambung degree.

Kelebihan yang ada pada budak diploma ni nanti akan nampak bila time diorang sambung degree. Kebanyakkan subjek yang diorang dah ambik time diploma dulu, tak jauh beza dengan subjek time degree nanti. Tapi bagi budak matrik, subjek yang kat matrik memang jauh beza dengan time degree nanti. Sebab subjek kat matrik tu (matematik, kimia, fizik/biologi) macam advance sikit dari subjek spm je. Jadi bila budak matrik ambik degree, akan ada cultur shock sikit time tu. Kena pandai-pandai nak sesuaikan diri.

Lagi-lagi sem satu nanti, memang tak boleh nak main-main. Bila pointer sem satu pun dah teruk, next sem punya pointer nak cover balik pun dah payah. Percayalah…(jangan menyesal macam aku pulak nanti.huhu)

Tapi kalau budak diploma dah grad nanti, kena kuatkan semangat la nak sambung degree. Mana tau dah bosan nak study. Terus apply kerja. Rugi pulak macam tu. Sebab kebanyakkan budak diploma yang sambung degree ni, macam lagi terer pulak dari budak lepasan matrik yang ambik degree. Ni dari apa yang aku nampak la. Mungkin tak semua..

stok makanan aizuddin com

Biasiswa

Aku apply biasiswa time aku lepas matrik. Jadi pointer matrik yang diambik kira. Result SPM sekali kalau tak silap. Jadi rajin-rajin kan la untuk mengetahui update pasal biasiswa ni. Asal ada iklan biasiswa aku try apply, last-last aku dapat biasiswa JPA dengan Maybank. Aku dah dapat JPA dulu, jadi maybank aku terpaksa tolak time dia call aku. Memang bersyukur sangat dapat scholar ni. Kalau tak, tak tau nak hidup guna duit apa time kat u ni. Biasiswa mak bapak dah takde dah. Adik pun ramai lagi masih sekolah tu. Alhamdulillah…

 

Nota : Panjang pulak entri kali ni. Tu sebab aku malas nak membebel selalu kat blog. Jadi macam ni la. hehe. Kalau korang ada pertanyaan insyaAllah aku boleh tolong setakat yang mampu. Blogger –blogger sekarang ni pun ramai study kat ipta. Boleh je tolong tanyakan. Untung la korang sekarang ni, time aku dulu. Main buat keputusan sendiri je. Asal nama kos sedap je terus pilih. Langsung tak tau macam mana cara nak pilih kos dengan betul. Datang seminar pun tetap blur lagi. huhu.

Aizuddin : Masalah tempat praktikal tak setel lagi. 16 may- 22 july ni (10 minggu) dah nak praktikal. Tempat praktikal tak tau lagi kat mana. Apply tak dapat. Ada yang nak contact tak dapat. Nak tunggu surat rasmi pun satu hal lagi. ades. Ada sesiapa ada kabel tak? Kalau ada kabel senang sikit nak apply..

Comments

comments

156 thoughts on “Lepasan SPM : Matrikulasi Atau Diploma?

    1. aizuddin

      wasalam..amik matrik la kalau minat bio..lepas matrik boleh pilih kos berkaitan sains lagi..at least atas 3 la senang..kalau lebih lagi bagus

      Reply
  1. syahmi

    bro lg 1,,matrik ni,,,kuliah start bila,,,dan tamat nya bila?aku dgr drpd kwn2 aku,,dok kt matrik,,,sllu dok surau lps abis kuliah,,,tol ke?? abis masa utk blajar tggl utk malam je la?

    Reply
    1. aizuddin

      biasa kuliah start pukul 8 pagi hingga 4 petang.antara tu ada la gap 2 jam ke 3 jam.ikut kelas masing-masing..kalau kat kmj bilik kuliah dengan bilik dekat je..jadi aku selalu balik bilik tidur kejap kalau ada gap :)
      malam je biasa untuk study, buat assignment semua

      Reply
  2. sarah

    sy dapat mtrx johor..daftar 23/5 ni..cuak la sikit,coz,rsau gak nk bwa sbjek2 yg btmbun2 tu nnt..tp,bla sy dgr kwn sy yg dpt fast track mara,dia pnya lg susah,1 sem ada 2 bln lbeh,fzk 15 bab 1 sem,diorang ade 3 sem je,n bku fzk smpi sribu lbh mke surat..lg teror la,gle2..die dah wat dgree bln 9 ni,msk asasi,bln 1 aritu,nyesal trial SPM x wat tul2..so,sy dah bersemangat dah la sket nk truskn pg mtrx ni,wlupn,kwn2 sy,smua dpt asasi kt U..pe leh wat,result fizik SPM C..tp,sy akan cube sbaik mgkn kt mtrx ni,ni je pluang sy ada..bla tgk gmbr tasik kt ats ni,cntk gak tmpt dia..papepun,entri awk ni,buat kn sy lg bsmgt,yelah,frust sbb mtrx je sy mmpu pg,yg lain smua dh plan nk pg U..sy pilih mtrx la,x sggp nk wat dip,3 thn,wlupn dorang nnt lg bpglmn kt U,xpe,blkg cite,yg pntg,sy dah btekad wat mse skrg nk g mtrx..lg skli,thnx sbb sudi bce luahan hti and all the best in your life..:)

    Reply
    1. aizuddin

      ok..sama-sama..all the best..adik aku pun masuk matrik johor nanti..kalau jumpa tegur-tegur lah ye..hehe
      takpe mulakan hidup baru kat matrik..semua orang bermula dari zero balik..lupakan pasal spm :D

      Reply
  3. syahmi

    bro,,,,matrik tu mcm subjek teknologi maklumat,,kemahiran dinamika,,bahasa inggeris,,pengajian islam,,,tu x trmasuk dlm pointer matrik kn?? subjek matrik ada bape???

    Reply
    1. aizuddin

      aah yang tu tak masuk..yg basic je..time aku la..tak tau sekarang sistem dia dah lain sikit..kena tengok web berkaitan matrik..search google

      Reply
  4. riri_ugly

    hmmm untung jd org yg dapat smbung blajar… bag yg x dpat tawaran mane2 jgn sedih… mungkin bukan rezeki.. dulu kwn riri pon rmai yg x dpat smbung study… laz2 ade yg keje, @ amek je u swasta… bergantung la pada diri sendiri nak buat keputusan… cube try tgk ni mane taw adek2 berkenan http://says.my/fara_jasmin/Ask-INTI-

    Reply
  5. Syahmi

    Salam semua…Best sgt2 tajuk nie. Lps spm aku dpt offer matrik & diploma. Last2 aku pilih bt diploma then abis je diploma terus sambung degree. Nasihat aku la, kpd adik2 di sana klau dpt matrik ambil je peluang pg blajar kt sana.. Nnti cpt dpt degree & xmembazirkn masa muda kita.Tambah2 zaman skg nie diploma mcm dh x”laku”..sory too say la.. Jgn percaya dgn ckp2 org blajar dkt matrik susah. Susah sbb diorg xblajar betul2. Yg penting usaha yg tekun & tawakal kt Allah. Untung la ko tuan blogger dpt biasiswa JPA, aku apply dgn pointer 3.85 pn xdpt2..Xde rezeki la tu..haha

    Reply
    1. aizuddin

      wasalam.betul tu.kalau ada peluang matrik better amik matrik.tapi depend pada orang la.kena catch up cepat sikit.lagi2 bila dari matrik terus masuk u.jadi blur semacam.ramai jugak lepas diploma terus kerja.sayang jugak camtu.rezeki masing2..

      Alhamdulillah, rezeki aku kot time tu. Pointer cukup2 makan pun time apply. Maybe sekarang dah susah sikit atau dinaikkan pointer untuk apply

      Reply
  6. Afini

    Assalamualaikum. Saya sekarang tengah tunggu SPM results. Nak tanya, macam mana nak tahu bila Maybank akan keluarkan scholarship offer? And kat mana nak tahu or website mana nak check?

    Reply
  7. hidayah

    salam. bagusnya, buat entri nih. saya student jurusan sains tulen di mrsm. tapi, setelah digali gali hingga ke akar umbi, rupa-rupanya, saya ni memang pencinta bahasa melayu. jadi, setelah saya melihat lihat, tiada prod dip untuk bahasa melayu. semuanya untuk prog ijazah sahaja. jadi, saya buat keputusan untuk masuk ke alam matrik supaya, proses untuk dapat masuk dalam course yang saya inginkan. apakah betul keputusan saya nih? sebab, dahh arr dalam request tok matrik amik course sains. dalam upu punn amik course sains. harap bolehh tolong :)

    Reply
    1. aizuddin

      wasalam, ni entri berdasarkan pengalaman je.
      ok la tu, mrsm amik sains, matrik amik sains. kira dah ada basic nanti.
      lagipun kalau awak nak ambik prog dip utk bahasa melayu pun takde untuk dip, terpaksa la amik matriks untuk ke degree.
      bagi saya dah ok, biar buat pilihan ikut bidang yang kita minat dan boleh bawak. kalau kita minat pun tapi tak boleh bawak tetap akan jadi susah. ikut kemampuan kita :)

      Reply
  8. wan

    salam,what a good entry :)
    emm, banyak soalan yang saya nak tnya ni .

    -mcm mne skema peperiksaan dekat matrix? lebih kurang mcm spm or mcm mne?
    -untuk semua subjec baru tu ade ke di sediakan buku rujukan semua,dah dalam satu sem biasanya brapa chapter msk periksa?
    -banyak org anggap matrix ni mcm second chance,jadi biasanya apa range pointer kene dapat if nak further study dalam dentistry?
    -dan adekah bila kita masuk matrix ni kita mcm ”taking a risk”.bila pikirkan balik sangat pack ke kat sana?describe on how pack it is.mcm sehari brpe chapter and all.

    Reply
    1. aizuddin

      wasalam, aku cite time zaman aku matrik je la eh. dah lama dah tinggal zaman matrik ni..tak tau zaman sekarang macam mana..

      -skema periksa? up sikit dari spm dan soalan macam ala universiti
      -belajar ikut lecture notes, kalau rajin boleh pergi library baca info tambahan. ada banyak buku rujukan..chapter tu tak ingat dah
      -bagi aku, matrik ni first chance kot, sebab boleh jimat masa. paling2 pun mesti nak atas 3.5 atau lebih
      -ada la sikit take risk, sebab aku tanya member aku amik diploma memang lain..tak pack sangat..klo matrik kelas start pukul 8 habis pukul 4..tapi antara tu maybe ada gap sejam 2 ke camtu..klo kat kmj, memang balik bilik tido, sebab bilik dekat je dengan kelas..
      -sehari bape chapter tu tak ingat dah, kalau bagi tumpuan, insyaAllah boleh bawak…yang penting kena study..

      ni je yang boleh aku tolong, kena tanya senior2 ke member2 lain yang baru amik matrik, maybe lagi senang.facebook ada, mesti ada banyak kabel..btw, all the best :)

      Reply
  9. Pingback: Lepasan SPM : Matrikulasi Atau Diploma?

  10. ryledzydex

    awesome entry bro,
    nk tnye skit ni..
    ape beza matrik 2 tahun dan 1 tahun??
    - adakah program 1 tahun blajar lebih advance dari pelajar program 2tahun?
    sendiri pilih bilik or pihak matrik yg atur kn?(penginapan)
    still blur2 nak pilih masuk U or matrik.. d*.*b
    ..thanks

    Reply
    1. aizuddin

      aku rasa setahun 2 tahun tu depend pada result spm kot..tak sure..dy yang akan tawarkan nt, takde banyak beza pun..better setahun jimat masa..
      bilik matrik akan uruskan, biasa dia susun ikut bidang, kalau campur pun ada la sikit..
      depend pada tawaran u la nt, klo minat, tak nak amik risiko boleh la amik..mintak pandangan orang lain sekali camne..
      all the best ye :)
      welcome..

      Reply
  11. nasuha nasrol

    salam
    saya baru je dpt tawaran matrik kat johor,dlm kos sains,tapi skrg saya rasa risau nak msuk matrik sbb ada yg ckp matrik susah ada yg x,lebih2 lg saya kurang mahir dlm sbjek english,pd pendapat bro lebih baik saya terima matrik atau better plih u?macam mana pulak paper exam kat matrik?adakah sama mcm stpm?btw thanx:D

    Reply
    1. aizuddin

      wasalam, depend pada tawaran u, kalau tawaran u yang bro dapat tu ok, bro memang minat dan boleh bawak. kalau tak nak amik risiko..ok la..
      matrik tak susah, cuma kena betul2 fokus je. jadual pun pack sikit. exam tak sure dengan stpm, lebih kurang exam u je nanti. sebab matrik ni pra u..belajar pun up sikit dari spm..mintak pendapat dari parents dengan member2 lain jugak..
      all the best bro :)

      Reply
    2. hamzah

      sekadar berkongsi pengalaman.

      Saya juga bukan antara mereka yang mahir berbahasa inggeris. Saya juga bukan golongan yang dapat menguasai bahasa (walaupun BM). Namun, berkat usaha dan terutamanya keredhaan ALLAH swt, dengan izin-NYA, saya kini di UK untuk PhD. Saya mulakan stamina akademik masa saya di tingkatan 5, sebab sebelum tu saya agak sibuk membantu ayah menyara keluarga…jadi nelayan dan pekebun@peneroka. Alhamdulillah, saya dapat mengekalkan momentum tersebut sehingga kini (dah ada 2 orang anak).

      Kesimpulannya, adik jangan fikirkan sangat susah atau senang. Dimana ada kemahuan, insyaALLAH disitu akan terbuka jalan. Saya dulu memang digelar SKEMA, namun ejekan tersebut tidak mematahkan perjuangan kerana kita tahu apa matlamat kita. Saya diterima ke sains fizikal, namun bertukar ke sains hayat atas harapan keluarga (dan saya tak kisah, sebab saya nak bahagiakan mereka selagi wujud). Subjek biology, saya gunakan buku STPM dan Campbell. Kimia saya gunakan buku dikarang oleh Tan Ying Toon (kimia STPM), math…saya ikut nota pensyarah. dan rujukan paling best…tanyalah pada cikgu@pensyarah. insyaALLAH mereka membantu.

      Sebagai penutup: selamat maju jaya….jangan lupa ALLAH swt, walau sesibuk mana kita nak study.

      Reply
  12. nasuha nasrol

    thanx a lot :D
    pada pengalaman bro masa kat matrik dlu susah x nk dpt pointer 3.5?
    saya juga pernah dengar org ckp matrik ni mcm sekolah,mksudnya mcm ada perhimpunan pagi dll,betul ke?dan boleh ke kita nak tukar kos?contoh nya kos sc kpd akaun.antara sc hyat dan sc fizikal yg mana lebih mudah?

    Reply
    1. aizuddin

      tak susah kalau fokus, banyak tanya kawan, lecturer. sebab kat matrik untung ada kelas tutorial..kalau kat uni dah takde kelas tutor.
      time aku dulu takde pun perhimpunan pagi, 5 minit nak start kelas baru aku gerak dari bilik. sebab dekat je bilik dengan kelas.kalau kmj la..
      tak ingat, rasanya boleh..kena komfemkan balik dengan pihak matrik kalau dia dah tukar syarat ke sekarang..
      kos ikut minat dan kemampuan bro, amik dari pengalaman spm dulu. bro lagi senang faham fizik ke bio? lepas tu, nak kerja nanti..minat ke bahagian mana..itu kena ambil kira..
      welcome.. :)

      Reply
  13. aishah

    salam
    so diploma ada bagusnya haha ;), sebab otak aku mmng lambat sikit nak kechup, so kene belajar dri basic, huhuhu, btw nak tanya ni, apa beza budak matrik dengan budak SPTM??? mana lagi ok bila ambik diploma????, adakah budak diploma or budak STPM lebih okay bila time degree nanti, harap reply laa ye

    Reply
    1. aizuddin

      wasalam, diploma pun ada bagusnya, cuma lebih setahun dari yang dari matrik ni. depend la, kebanyakan yang sambung degree dari diploma lagi senang nak catchup dari kitorang budak2 matrik. sebab kat diploma dah belajar basic subjek. kat matrik kitorang just up dari syllabus spm..time aku dulu la, tak sure yg baru. dah lama dah tinggal zaman matrik.

      bab stpm tak sure la, tak ramai member amik stpm. biasa chinese ada la yang amik. melayu jarang jumpa pulak.subjek pun lain.

      degree tu yang penting, pemilihan kos yang tepat. kalau salah pilih kos, boleh merana sampai grad melainkan tukar kos awal2 nanti. :(

      biasa dari matrik, akan kena culture shock sebab suasana uni lain sangat dari belajar di matrik..rasa macam blur semacam..pandai2 la cari senior nanti minta pendapat diorang..

      all the best.. :)

      Reply
  14. nad

    salam..sy nk tnye sc hayat n sc fizikal..yg mana lebih “dying”???pilihan modul diberi or telah disediakan kan??

    Reply
    1. aizuddin Post author

      wasalam, depend la pada kelebihan dan kekuatan masing2. nak senang tau, tengok result spm, mana rasanya awak boleh skor dan tak boleh nak skor. modul, matrik yg beri. :)

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>