Lepasan SPM : Matrikulasi Atau Diploma?

lepasan spm matrikulasi atau diploma aizuddin com

Ok, result SPM akan keluar esok. Kepada semua calon SPM 2010 aku ucapkan good luck. Banyak-banyak berdoa dan bertawakal je la time nak ambik result lepas ni. Alhamdulillah, sepanjang zaman persekolahan aku, result yang aku dapat tiap-tiap kali peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM memang tak pernah nak mengecewakan mak bapak serta keluarga. Boleh la. Semua aku buat yang terbaik yang aku mampu.

image

Semak keputusan SPM melalui SMS: taip SPM SEMAK <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888

Kredit : beliamuda

Tapi tu cerita dulu. Betul la kata orang, result-result periksa yang kita dapat dulu tu sebenarnya hanyalah kunci je untuk masuk ke next level. Kalau berjaya kat result UPSR dapat lah masuk sekolah berasrama penuh, kalau berjaya masa PMR dapatla mohon bidang yang kita nak masuk kat tingkatan 4. Dan kalau berjaya masa result SPM, senangla nak mintak kos kat IPTA. Lepas tu, result-result boleh la dijadikan kenangan terindah sepanjang hidup. Maknanya, result SPM bukan la segala-galanya. Rezeki ada di mana-mana. InsyaAllah..

 

meja study matrik aizuddin com

Nak pilih Matrikulasi atau Diploma?

Matrikulasi

Aku dulu lepasan matrikulasi (Johor). Aku bersyukur sangat sebab time aku dulu belum didedahkan sangat dengan laman social networking yang bersepah kat internet ni. Lagi-lagi, Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain lagi. Kalau tak komfem dah ketagih masa tu. Dulu aku layan friendster je, jadi tak berapa nak ketagih macam bukak facebook ni. Hari-hari mesti nak bukak je. Budak sekolah zaman sekarang pun dah ada facebook dengan twitter dah. Advance kot..

Apa kaitan dengan masa matrik? Sebenarnya, masa zaman matrik aku dulu. Memang boleh dikatakan study je memanjang. Tak tau sangat apa perkembangan dunia luar. Maklumlah laptop pun takde. Internet kalau ada pun kat library je. Tu pun kadang-kadang je layan internet. Bila time bosan je, study. Bila bosan sikit study. Tu je la zaman matrik aku. Sebab dia punya jadual memang pack, dari pagi sampai ke petang. Malam siapkan assignment atau tutorial kalau ada. Nak riadah untuk lepaskan tension, petang-petang main futsal, hujung minggu joging sikit kalau rajin lepas tu main futsal.

Bila dah nak habis matrik, baru roomate aku boleh bawak laptop pulak. Habis kitorang lepaskan ketagih, layan movie sikit. Yang banyak, komfem main game pes. Hujung minggu memang hari main pes sampai la ke pagi. Tak puas hati punya pasal. Tapi nasib baik la tu dia bawak masa dah nak habis matrik. Kalau tak terus ke laut la result matrik aku. lol.

Kesimpulannya, kalau duduk kat matrik (lagi-lagi yang matrik setahun) memang masa tu kena fokus sangat kat study. Takde masa nak bermain kecuali korang memang genius. Aku tak macam tu. huhu. Duit sponsor pun dapat RM1000 satu sem kalau tak silap aku untuk semua pelajar matrik. Cukupla nak buat duit belanja. Rindu pulak zaman matrik kat KMJ. Ada sesiapa study situ tak?hehe

 

tasik kmj aizuddin com

Diploma

Aku tak ambik diploma, so tak boleh nak ceritakan macam mana pengalaman bila ambik diploma ni. Tapi apa yang aku nampak dan tanya pada member-member aku. Diorang punya life tak macam kat matrik. Rilek je. Maklumla, kalau diploma kena ambik masa 3 tahun biasanya. Matrik setahun atau 2 tahun je. Tapi kalau diploma sambung degree nanti, bezanya lebih kurang setahun je pun bila time grad dengan budak matrik yang sambung degree.

Kelebihan yang ada pada budak diploma ni nanti akan nampak bila time diorang sambung degree. Kebanyakkan subjek yang diorang dah ambik time diploma dulu, tak jauh beza dengan subjek time degree nanti. Tapi bagi budak matrik, subjek yang kat matrik memang jauh beza dengan time degree nanti. Sebab subjek kat matrik tu (matematik, kimia, fizik/biologi) macam advance sikit dari subjek spm je. Jadi bila budak matrik ambik degree, akan ada cultur shock sikit time tu. Kena pandai-pandai nak sesuaikan diri.

Lagi-lagi sem satu nanti, memang tak boleh nak main-main. Bila pointer sem satu pun dah teruk, next sem punya pointer nak cover balik pun dah payah. Percayalah…(jangan menyesal macam aku pulak nanti.huhu)

Tapi kalau budak diploma dah grad nanti, kena kuatkan semangat la nak sambung degree. Mana tau dah bosan nak study. Terus apply kerja. Rugi pulak macam tu. Sebab kebanyakkan budak diploma yang sambung degree ni, macam lagi terer pulak dari budak lepasan matrik yang ambik degree. Ni dari apa yang aku nampak la. Mungkin tak semua..

stok makanan aizuddin com

Biasiswa

Aku apply biasiswa time aku lepas matrik. Jadi pointer matrik yang diambik kira. Result SPM sekali kalau tak silap. Jadi rajin-rajin kan la untuk mengetahui update pasal biasiswa ni. Asal ada iklan biasiswa aku try apply, last-last aku dapat biasiswa JPA dengan Maybank. Aku dah dapat JPA dulu, jadi maybank aku terpaksa tolak time dia call aku. Memang bersyukur sangat dapat scholar ni. Kalau tak, tak tau nak hidup guna duit apa time kat u ni. Biasiswa mak bapak dah takde dah. Adik pun ramai lagi masih sekolah tu. Alhamdulillah…

 

Nota : Panjang pulak entri kali ni. Tu sebab aku malas nak membebel selalu kat blog. Jadi macam ni la. hehe. Kalau korang ada pertanyaan insyaAllah aku boleh tolong setakat yang mampu. Blogger –blogger sekarang ni pun ramai study kat ipta. Boleh je tolong tanyakan. Untung la korang sekarang ni, time aku dulu. Main buat keputusan sendiri je. Asal nama kos sedap je terus pilih. Langsung tak tau macam mana cara nak pilih kos dengan betul. Datang seminar pun tetap blur lagi. huhu.

Aizuddin : Masalah tempat praktikal tak setel lagi. 16 may- 22 july ni (10 minggu) dah nak praktikal. Tempat praktikal tak tau lagi kat mana. Apply tak dapat. Ada yang nak contact tak dapat. Nak tunggu surat rasmi pun satu hal lagi. ades. Ada sesiapa ada kabel tak? Kalau ada kabel senang sikit nak apply..

Comments

comments

154 thoughts on “Lepasan SPM : Matrikulasi Atau Diploma?

  1. mira

    ooo..tp kiranya klw kita amik diploma, lbih byk la kos blajar nk bnding gan matrik kn..klw matrik, ada bg elaun skit kn..

    Reply
    1. aizuddin

      banyak kos pun tak semestinya satu kos tu seramai satu kos kat matrik..kat matrik general sikit..jadi satu kos je dah ramai..nak tanya member2 pun senang sebab belajar benda sama..aah time aku dulu ada.sekarang tak sure :D

      Reply
  2. nisha

    Dpt matriks,tp ramai kate susahla,pointer kna 4 flat nk2 yg nk amik medik,klu rsult truk kna lelong…buat org takut je…..dahla x penah brpisah drpd mom n dad…camne ni?nak amik diploma lama sgt… :oups:

    Reply
    1. aizuddin

      kalau result atas 3 atau 3.3 pun dah cukup..kalau bawah dari tu maybe kena la..bukan lelong cuma tak dapat kos yang kita mintak je..biasanya..amik diploma beza setahun je dengan budak matrik(setahun) kalau sambung degree nanti :D

      Reply
  3. mior

    tq sgt2 atas nasehat yg dibagi.haha.nampaknye rmai yg tkot amek matriks ni.saye pon mcm tu..slalu fkir “what if i fail in matrix?”.but now dgn penjelasan yg ade nie…i think i’ll go wif diploma..coz i am not the type yg can cooperate dgn pack schedule…then yg stdy memanjang…i know my own capability…aku kalo stdy xleh tension2…kne bertenang jer..kalo tension konpem xleh msuk sume ilmu tuh..anyway thanx brader!!! xD

    Reply
  4. fida

    skang nie dlm dlema sngt2 nk plih mtrik or dip…dpt dip aktuari kt uitm,mmg mnat sngt2 ngn k0s 2..tp rmai y kte dip nie bzir mse cz pnjg sngt n better choose mtrik…tp klu mtrik tkut xleh catchup j 6ti…very2 cnfuse rite n0w,help me pleez.. :((

    Reply
    1. aizuddin

      kalau memang minat dengan kos aktuari dan rasa boleh bawak dengan subjek2 yang bakal diambil, kerja pun ada..baik ambik dip
      sebab kalau matrik..tak tentu lagi time degree nanti dapat kos yang kita betul2 suka dan boleh bawak.tambahan yang tak leh catchup..masuk matrik kena struggle sikit dapat pointer tinggi..paling koman pun 3.3

      kalau ambik dip sambung degree beza setahun je dengan budak matrik sebenarnya..all the best..banyak doa n solat istikharah ye..mintak pendapat parents dan orang2 yang berpengalaman :D

      Reply
        1. aizuddin

          mengikut member aku,dip jadual tak pack macam matrik, peluang untuk skor sepatutnya tinggi..biasa budak dip bila masuk degree senang sikit nak skor sebab lebih kurang dengan dip je sistem dan subjeknya..kalau matrik, memang tak sama dengan degree..ada pun sikit sangat
          welcome :D

  5. syahmi

    bgos amik dip ke matrik he?,,,aku dpt matrik teknikal kt pahang,,,diploma plak dpt dip kejuruteraan mekanikal serta teknologi kt uthm,,pening2,,,,

    Reply
    1. aizuddin

      depend pada orang..kalau rasa minat dengan kos dip yang dapat tu..rasa subjek boleh bawak,kerja pun ok..amik dip
      kalau jenis boleh catchup dengan sistem matrik..boleh dapat pointer ok..amik matrik..all the best :D

      Reply
  6. syahmi

    lg 1 nk tnya skit,,,kalo kita amik dip,,,bila kita smbung degree nanti jdi bape thun degree nya?

    Reply
  7. mira

    oo..skrg ni sy dpt diploma food tech kat uitm..pening2.
    x taw nk amik mtrik ke diploma..
    but ckgu2 sume suggest amik mtrik.
    dorg ckp food tech ssh keje..

    Reply
    1. aizuddin

      kalau dah cikgu pun suggest camtu..amik matrik..belajar rajin2.dapat pointer tinggi..boleh mohon kos yang kita minat dan boleh bawak time degree nanti.all the best :D

      Reply
  8. syahmi

    owh,,,thx,,,bro skng ni blajar mana?ke dah keje?,,,matrik tu susah x belajarnya,,,x cuba rugi lak,,,tapi bila cuba takot nyesal,,,,adehhh

    Reply
    1. aizuddin

      sebenarnya tak susah sangat pun matrik, cuma kena pandai catch up dan biasa dengan jadual yang sikit pack. time aku dulu ada 3 subjek je setiap sem. tapi sistem sekarang tak sure pulak. tengok kemampuan masing2, mintak pendapat orang lain belajar kat matrik kalau ada. banyak doa n solat istikharah ye. utm skudai, study lagi. welcome :D

      Reply
    2. alipzzz

      elo bro kalo cmerlang kat matriks boleh x kite cri biasiswa for pilot…please inform me fast sbb aq dpt KMJ ni nk amek pilot pas Matriks….nk cri biasiswa r…pointer bpe r nk dptkn biasiswa

      alipzzzbiz@gmail.com

      email kt aq nyer email ni k

      Reply
  9. Asyraf

    assalamualaikum

    ini hanyalah pendapat,aku dapat matrik dan tawaran diploma uitm.aku ingat nak pilih matrik sebab 1.dekat dengan rumah aku so tak banyak duit keluar 2.dapat elaun walaupun tak banyak tapi boleh lah tampung duit poket 3.pengajian dan hostel ditanggung kerajaan 4.berminat dgn jurusan yg ditawarkan 5.tak takut untuk gagal sebab bagi aku semua exam kalau nak pass mesti kena belajar 6.tak payah fikir soal duit just fikir belajar je dan adapt dengan jadual2 yg ketat.7.dapat pointer rendah pun aku tak takut kalau sudah ditakdirkan sebab bukan rugi sangat pun & nak masuk Universiti tp dapat ditawarkan jurusan2 tak popular pun aku tetap terima peluang tu.

    yang penting aku happy jumpa kawan2 baru yang sama2 boleh guide dan kongsi pandangan.lagi pun budak2 matrk ni baik2 betul ke ???

    seronoknya berhidup 8)

    Reply
    1. aizuddin Post author

      wasalam..thanks sudi kongsi pendapat..betul la tu point-point kat atas.budak u pun baik jugak..bukan budak matrik je :)
      all the best..

      Reply
  10. mior

    Assalamualaikum.
    Ape maksud brader kiter xleh smbung degree yg dimintak kalo pointer matrix rendah?adekah mksudnye kiter akn hny lyak amek diploma kalo pointer matrix rendah?atau kiter still boleh amek degree tp bkn bidang yg kita nak?
    Hrap brader dpt jwb soalan ini
    segera.terima kasih :)

    Reply
    1. aizuddin

      wasalam..boleh sambung tapi nak dapat kos2 yang femes tu susah sikit..tu yang ramai kata kena lelong..dapat kos yang bukan pilihan kita..kalau dah masuk matrik memang akan terus ke degree..sama2

      Reply
  11. mior

    Ouh mcm tu.so,mmg kiter akn trus ke degree lah?ingatkan kalo pointer rendah kite akn dilelong amek diploma jer…boleh bg contoh tak degree2 yg x feymes tu?mksud aku,kalo ak minx nk smbg dgree in elektrikal engineering,ape kebarangkalian kos yg x feymes tu?

    Reply
    1. aizuddin

      yup.entah susah nak cakap..kalau kat utm dia ada buat sistem baru nanti..dah tak sama macam sekarang.sekarang dia specific.akan datang 2-3 kos akan bergabung jadi 1 kos..jadi elektrik, elektronik dll..nanti nak pilih ada kelayakan minimum jugak, kadang2 tengok kekosongan nanti dia isi masuk dalam tu..mengikut pemahaman aku la

      Reply
  12. syahmi

    gerak matrik je lah,,,,,,,pasal duit x yah pkir da,,,,,,,,,,,,,,tggl kemahuan diri kita nk berjaya ke x nak………………….

    Reply
  13. syahmi

    lg 1nk tnya,,,kwn aku ckp kalo matrik pointer teruk,,,xdpt smbung degree,,,tapi kita amik diploma balik,,boleh ke????bkn matrik straight ke ijazah ker?

    Reply
    1. aizuddin Post author

      itu dah macam teruk sangat sampai kena tendang kot..biasa matrik akan terus masuk ijazah..yup..computer engineering
      betul,masuk matrik time aku dapat elaun,yuran murah,jimat masa. Tinggal nak study je tu. all the best :D

      Reply
  14. hana

    salam..nk tnye pndpt..sye dpt dploma sains & mtrk sains hyt..pde pndpt brader r maner better..??sye kompius skrng nie..sbb kdua2 bleh smbung fisioterapi..bdng yg mmg sye mnt..per pro & cons dier..TQ :D

    Reply
    1. aizuddin Post author

      wasalam..kalau 2-2 boleh progress baik amik matrik, belajar betul-betul dapat pointer ok. Lepas tu boleh apply fisioterapi. Jimat setahun. Pastikan kat matrik kena study betul2 dulu la ye..minta pendapat orang lain macam parent ke cikgu ke..ni pendapat aku je.welcome..all the best.. :D

      Reply
  15. syahmi

    bro jap bro,,,,kalo pointer bwh 3.0 apa akn jdi??? adakah dpt smbung degree lg?or? lg 1 matrik+degree–5thun,,,,,kalo Dip+Degree jdi 6 thun ke?bkn 5 thun gak ke?

    Reply
    1. aizuddin

      tak sure bro..sebab member aku banyak dapat atas 3..biasa matrik memang akan terus ke degree..target atas 3 je senang
      depend pada kos kot..kalau engineering (kos aku) member aku yang amik dip, dia tua setahun daripada aku yg amik matrik

      Reply
  16. paeh

    salam,sye dpt matrikulasi pahang dlm program sains,n dpt jgk uitm kos dip chmcl engnr,,kos 2 memang lar mnt,,tp sya pkir2 blk sya nk ke matrik larr,,coz sya mnt bio,n bhjt nk mntk kos bkaitan sains larr,,so,sya perlu ambk dip(chmcl engrng) or matrik??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>