Laman Web Untuk Tengok Bola Online

totalfootballmadness_aizuddin

Asal nak tengok bola je kena langgan astro, tak langgan tak boleh tengok bola. Kalau ada internet, macam-macam boleh buat. Nak tengok bola online pun boleh. Sebenarnya dah lama nak publish entri pasal tengok bola online ni, semenjak Manchester United tersingkir liga juara-juara eropah je terus rasa malas nak publish.

Macam dah tak de mood je nak tengok liga juara eropah lepas ni, Barcelona pun kalah. Hampeh. Memang tak expect langsung yang Inter Milan dengan Bayern Munich boleh masuk akhir. Betul lah orang kata, bola bulat. Macam-macam boleh jadi. Tak de luck, referee kayu, gol offside, rasuah itu semua asam garam bola sepak. Penuh dengan kontroversi.

Dah adat pertandingan, ada yang kalah dan ada yang menang. Seri tu dah lain cerita lah. hehe. Memang susah kalau nak terima hakikat bila favourite team kita kalah, atau tak layak nak masuk liga juara eropah musim depan (team mana lah ni? haha) . Mesti ada je alasan kita nak bagi. Biasalah, dah nama pun kipas susah mati, nak buat macam mana. Mestilah nak backup team favourite kita.

screenshot_tengok_bola_online_aizuddin

Lupa pulak, nah try layan website best untuk tengok bola online lepas ni.

Caranya :

  1. Buka laman web totalfootballmadness. Kat sini.
  2. Cari match yang tengah lawan.
  3. Klik kat server yang paling bagus atau kurang tersekat-sekat. Kalau tersekat cari server lain.
  4. Tunggu server di sambung (connect) dan selamat menonton!

tengok_bola_online_aizuddin

Apa yang best?

Tak payah install software, guna flash je. Kalau korang boleh layan video youtube, facebook dan lain-lain, maknanya korang dah boleh layan dah streaming ni. Kalau tak boleh install dulu flash player untuk internet browser. Dapatkan di sini (complete standalone installer) atau di sini (website rasmi adobe flash player).

Setiap kali ada live, diorang akan terus sediakan server untuk korang layan bola secara online. Tinggal nak pilih  match dan server je nanti. Pastikan match yang korang nak tengok tu tengah live. Kalau belum atau dah lepas, memang lah tak de. :)

Nota : Pastikan internet korang paling maksimum, tutup segala tab firefox dan biarkan tab website tu je yang bukak. Nak tengok highlight dan gosip-gosip bola sepak pun boleh tengok kat situ. Biasanya, keesokkan harinya dah ada dah highlight gol. Selamat mencuba! ;)

aizuddin : Astro aku tak de channel sport, jadi aku tengok online pun jadi lah. Time Chelsea lawan Liverpool kelmarin pun aku tengok online. Kalau time pagi, (liga juara-juara eropah) lagi ok kot.

[lajukan internet dengan vpn Moonlight Malaysia]

Comments

comments

Comments

  1. ahkoy says

    bro, aku nak sgt tgk balik match Fifa World Cup 1998 final france v brazil tu. =( ko ade x? tolooonnnngggg. dah puas aku cari kat dalam internet :bloody: . thanx

  2. juliana says

    thanks bro..last 9 dpt gak tgok arsenal vs barselona…camna nk besar kan skrin?and bahasa lak spain..camne nk tukar ke bahasa english…org spain tu ckp…aku bukan paham…pls reply yer…

    • says

      ada button besarkan skrin..tak pun double klik kat video tu..nak alih bahasa kena cari yang bahasa inggeris punya..kalau tak, terpaksa layan bahasa spain..nanti aku buat cara lain yang boleh tgk dalam bahasa inggeris punya next entri insyaAllah :D

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *