Laman Web Tonton Piala Thomas Secara Online

cara-tonton-piala-thomas-online-aizuddin

Saingan badminton Piala Thomas dan Uber 2010 kini semakin rancak berlangsung di Stadium Tertutup Putra Bukit Jalil. Piala Thomas 2010 sedang berlangsung dari 9-16 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, gelanggang yang sama menyaksikan Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan pada tahun 2000.

Bagi sesiapa yang menyaksikan perlawanan piala thomas di antara Malaysia dengan Jepun kelmarin, tentu korang pun berasa kecewa apabila pasukan Malaysia tumpas di tangan Jepun 3-2. Masa lawan Pasukan Denmark pun hampir-hampir kalah. Nasib lah Hafiz Hashim menjadi hero. Persembahan dia pun lebih meyakinkan dari masa dia main lawan Jepun. Agaknya dah kena basuh dengan jurulatih lah kot. hehe.

gambar-malaysia-juara-piala-thomas-1992-aizuddin

  • Adakah kejutan akan berlaku?

Pada Piala Thomas 1992, Indonesia menurunkan barisan nama besar diketuai bekas juara dunia, Adry Wiranata, Rudy Gunawan-Eddy Hartono, Alan Budikusuma, Ricky Subagja-Rexy Mainaky dan Joko Supriyanto.

Namun, ia masih mampu dijinakkan oleh barisan pemain Malaysia yang diketuai Rashid, Razif Sidek-Jalani Sidek, Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang dan Kwang Yoke Meng.

Mengimbas nostalgia 18 tahun lalu, Rashid Sidek mengakui Malaysia langsung tidak diletakkan harapan ketika itu, kerana China dan Indonesia terlalu handal dan menjadi pilihan utama.

Bagaimanapun, semangat beraksi di tempat sendiri menyaksikan mereka berjaya menumbangkan China 3-2 di separuh akhir sebelum menakluk Indonesia 3-2 di final.

Memang dah menjadi lumrah ahli sukan ‘kalau menang kita dipuji, jika kalah kita dikeji’ , ‘kita ibarat roda, ada masa di atas, ada masa di bawah’. Asalkan pemain-pemain badminton menunjukkan usaha yang tinggi, bila kalah pun barulah bermaruah. Tak de lah nanti diejek oleh penonton sendiri macam apa yang berlaku kelmarin. Insiden kemarahan pemain beregu, Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari yang bertindak meluru ke arah penonton kerana tidak tahan diejek penyokong sendiri.

  • Nak tengok piala thomas online (streaming)

Boleh cuba senarai link di bawah :

laman web 1 tonton piala thomas dan uber secara online

laman web 2 tonton piala thomas dan uber secara online

laman web 3 tonton piala thomas dan uber secara online

laman web 4 tonton piala thomas dan uber secara online

laman web 5 tonton piala thomas dan uber secara online

Play guna windows media player

Senarai link untuk tambah di windows media player/ vlc / k lite :

http://mfile.akamai.com/24752/live/reflector:47142.asx

http://ktk-str-1.se.rtm.cdn.jaring.my/tv1-backup.asx

Terlepas perlawanan yang lepas? Boleh dapatkan sekarang  :

Laman web rakaman piala thomas dan uber

aizuddin : Jom layan kejap video zaman dulu-dulu (18 tahun lepas) yang menyaksikan Malaysia muncul juara piala thomas pada tahun 1992. Sama-sama kita doakan agar pasukan Malaysia dapat buat yang terbaik. Bukan senang nak lawan pasukan China di peringkat separuh akhir ni. Malaysia boleh!

kredit : utusan, jomphp, kujie2

Comments

comments

Comments

  1. says

    bgus2. smua bley tonton on9 skng. baik buat program. hahaha. sbb kompem streaming laju bai =P
    .-= acapz´s last blog ..Memasang Code Box Pada Entri Blogspot =-.

  2. yoy says

    piala thomas masih dalam bayangan apek2 mate sepet..huhu 😐
    .-= yoy´s last blog ..Thomas Cup: Malaysia VS China-Aku VS Virus. =-.

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *