Sebelum ni aku pernah post entri berkaitan dengan laman web untuk tengok bola online. Memandangkan kadang-kadang server yang disediakan tidak dapat memuaskan hati semua orang. Jadi aku mencari beberapa laman web alternatif yang lain untuk layan bola secara online terutamanya perlawanan bola sepak piala dunia yang sedang hangat berlangsung.
Jadi aku senaraikan lagi 2 laman web yang mudah dan cepat untuk korang layan bola lepas ni. Selain totalfootballmadness, laman web yang seumpamanya ialah watchlivefootystream. Dia punya isi kandungan lebih kurang sama dengan totalfootballmadness je. Itu yang aku katakan sebagai alternatif lain untuk layan bola secara online.
Jika server totalfootballmadness tak berapa nak memuaskan, boleh cuba watchlivefootystream. Aku suka kedua-dua laman web ni berbanding yang lain adalah disebabkan senang dan cepat. Sebabnya, server-server stream telah mereka sediakan. Jadi tinggal nak pilih je server mana paling smooth.
Jangan lupa on hanya satu server dan server lain dibiarkan je stop supaya tak makan connection internet. Tab pun buka je satu untuk memaksimumkan connection internet.
Nak layan pun senang, hanya memerlukan flash player je untuk browser internet anda. Jika tiada boleh install dahulu.
Kelebihan : Server banyak, gambar pun cantik. Kadang-kadang siap boleh full screen lagi.
Kekurangan : Kena tengok masa. Kalau match time pagi rasa macam ok je layan. Kalau malam macam susah. Banyak kali sangkut.
Boleh dikatakan laman web astro ni paling terbaik untuk layan bola piala dunia secara live. Walaupun hanya berbekalkan internet streamyx yang berkelajuan 1.0 Mbps ni sahaja, tapi kepuasan yang aku dapat memang pada tahap membanggakan. Lepas ni boleh layan bola guna intternet je lah. Tak kisah pun kalau rtm tak siarkan secara langsung perlawanan tu.
Daftar dulu, digalakkan daftar bagi pengguna astro atau maxis. Aku pilih maxis, sebab aku ada nombor maxis. Senang sikit. Lepas daftar activate emel dan masukkan nombor yang diberi di handphone anda. Siap activate dan complete register dah boleh layan dah. (Pandai-pandai lah bab register ni. Tak susah pun.)
Kelebihan : Jarang tersekat-sekat. Ok lah sikit. Info perlawanan dan highlight pun ada.
Kekurangan : Gambar boleh ditingkatkan lagi. Kurang memuaskan. Tapi ok lah tak teruk sangat. Tapi tak boleh nak full screen, memang boleh screen kecik je.
Nota : Kalau nak highlight perlawanan versi gambar lawa boleh layan akumuzikhampa. Tunggu diorang update highlight-highlight baru.
aizuddin : Aku pernah try install sopcast dulu, tapi macam leceh je. Tu yang malas nak layan sopcast lagi. Guna yang jenis flash player je sekarang. Senang pun senang. Kalau anda ada laman web yang best untuk layan bola secara stream ni. Dialu-alukan lah untuk berkongsi. Sama-sama dapat layan bola lepas ni. hehe.
kredit : jomphp



{ 23 comments… read them below or add one }
yg site astro aku xleh tgk..die keluar DOWNLOADING DRM ERROR..bengang gile T___T :p
dah try banyak kali ke?refresh?aku pernah jugak sekali kena..tapi aku try refresh pastu terus boleh..
tadi aku try register kat astro, tapi masalah plak..
skarang dah x risau pasal tgk online,
walaupun rtm x de, tv siam ada…
:p
apa yang masalahnya?siam jauh sangat lah..kalau singapore boleh terima lagi
aku xda astro
geram aku ingatkan rtm amik semua game live
ok. akan dicuba mlm nnti. thnx anyway
Walaupun hanya berbekalkan internet streamyx yang berkelajuan 54.0 Mbps <– eh ni bukan speed wifi ke? agak2 kalu streamyx yg paling murah (384kbps) ok tak?
aah kat umah guna wifi..tak tau lah..cuba je dulu..dia kadang2 tengok jugak time tu..kadang2 ok je..kadang2 sangkut2 sangat
layan watchlivefootystream
skali arab da
haha..server arab je paling stabil aku rasa
gune browser ape? bnyak yg live tv gune IE..tu yg leceh..
setakat ni yg paling ok watchlivefootystream je..site astro macam dah buat hal..apsal entah..guna firefox pun boleh..try je bukak..asal ada flash player untuk play
tenkiu2..yg astro ne pun mmg layan dh..x der buffer…thumbs up for aizuddin.com…..zaazz
aku pun lebih suka layan astro..sebab dia punya commentator english..hehe..buffer pun kadang2..tengok line internet jugak..welcome
Salam piala dunia….
X de ape nk ckp.. cume nk kongsi maklumat je.. ade satu lg web yg blh anda serve utk tgk live piala dunia… Gune web ni: http://www.atdhe.net/
Korg nilai la sdr..k.. Slmt mnonton..
wasalam..ok..thanks for sharing..buat masa ni..website astro je terbaik..tu pun kadang2 ada yang tak tunjuk disebabkan ada problem =(
streamyx berkelajuan 54Mbps?are you sure?
sebenarnya pakej 1.0Mbps..tapi guna wireless..tengok kat properties jadi 54.0Mbps..tu yang tulis kat situ
nk tgk channel astro free camne ye? klu bleh kongsi lar..nk tgk juga ESPN
tak de lagi lah rasanya..adapun astro mobile..tu pun kadang2 je live..search lah astro online dalam blog ni..
ESPN rasanya kena guna software sopcast..kalau internet laju ok lah
Aku tengah tengok ni..
Aku ingin membuktikan yang ramalan sotong tu salah..
hahaha
sotong tu memang masin lah bro..spain memang hebat..harap2 menang world cup nanti
macam mana nak daftar yang maxis tu??kalau yang astro lak cm ner?
pergi kat link dalam entri tu untuk daftar..tapi ni masa world cup je ada..sekarang tak tau ada lagi ke tak
{ 2 trackbacks }