Khutbah Jumaat Paling Sentap

by aizuddin on February 24, 2012

khutbah jumaat utm skudai jb terbaikSelama aku dengar khutbah-khutbah jumaat sebelum ni, khutbah jumaat hari ni paling best. Sebab tajuk yang memang sesuai (khas untuk mahasiswa) isi kandungan yang padat (boleh menyentapkan pendengar)  dan gaya penyampaian yang memang bertenaga. * dah macam pengkritik pulak :P

Kalau tengok tajuk (adab menuntut ilmu) atau baca artikel atas ni, memang tak rasa nak sentap. Kalau dengar live tadi, komfem2 la sentap kalau tak banyak pun sikit. Sentap menyentap ni bukan apa, boleh jadikan peringatan, pengajaran untuk masa-masa depan. Masa depan kita tak tau lagi macam mana, mungkin harini orang lain yang buat, esok lusa siapa tahu? Tapi moga-moga dapat kita jauhkan..

Antara yang dihighlight dalam khutbah..

1. Hubungan ibu bapa dan guru

2. Elakkan membuat maksiat ( sebab ilmu ni cahaya lagi suci, maksiat ni syaitan tak boleh nak bergabung dan bersatu )

3. Solat jangan tinggal,dituntut berjemaah. Banyak berdoa, berwirid, berzikir..

4. Aurat wajib tutup. (lelaki-seluar pendek) (perempuan-pakai tudung tapi tak tutup aurat sempurna, baju ketat atau lengan pendek)

5. Hubungan mahasiswa dan mahasiswi (budaya couple *paling kena highlight dalam khutbah)

Rasanya tu je kot, mungkin ada tertinggal sikit. aku tulis untuk peringatan diri sendiri jugak..jangan salah paham :)

#Ingat lagi time sekolah menengah asrama, time2 khutbah je mesti rasa ngantuk nak tidur. Dengan selamba je kitorang tidur kat saf belakang secara berjemaah. Kalau iman kuat sikit, dapat la tahan ngantuk tu, dengar khutbah sampai habis..Kadang2 sistem audio masjid, slideshow banyak memainkan peranan. Bukan tak minat, cuma tak dengar dan dapat pe nak disampaikan..

Khatib & Imam Jumaat (24/2/2012)

Prof Madya Dr Azhar Bin Muhammad
Pengarah PUSAT ISLAM, UTM JB

{ 6 comments… read them below or add one }

PinkyLucia February 24, 2012 at 5:23 PM

Masjid Universiti ke?

Reply

aizuddin February 24, 2012 at 5:45 PM

yup, UTM JB :)

Reply

Syafiq Salim February 24, 2012 at 5:39 PM

nice sharing…
ade tak full text khutbah ?

Reply

aizuddin February 24, 2012 at 5:46 PM

lol, baik cari video khutbah, baru betul2 feeling..tengok kat UTMotion kot. tu pun kalau ada nanti

Reply

Fauzi Nor March 12, 2012 at 9:42 PM

Rugi pulak x sembahyang kat UTM… btwn suka tajuk entry nie.. hihih

Reply

aizuddin March 13, 2012 at 12:17 AM

suka tajuk entri je ke? :P

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: