Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala Dunia 2010

by aizuddin on July 9, 2010

gambar-pasukan-sepanyol-piala-dunia-2010-aizuddin

Perlawanan yang paling dinanti-nantikan pada peringkat separuh akhir iaitu perlawanan di antara pasukan Sepanyol menentang pasukan Jerman. Boleh dikatakan dah macam peringkat akhir pulak bila pasukan Jerman bertemu Sepanyol ni. Sebelum ni pun mereka pernah bertemu pada peringkat akhir kejohanan eropah 2 tahun lepas dengan menyaksikan pasukan Sepanyol menang ke atas Jerman 1-0 seterusnya bergelar juara Eropah.

Perlawanan ni boleh dikatakan hampir keselurhan permainan bola dikawal oleh pemain Sepanyol. Dengan menunjukkan skil kawalan dan hantaran pendek yang baik oleh pamain-pemain Sepanyol. Menyebabkan peamain Jerman seakan-akan tidak mampu membuat sebarang serangan. Apatah lagi serangan balas.

Germany 0 – 1 Spain

Carles Puyol (73′)

Man of the Match: Pedro

Nota : Bila tengok pemain Jerman lagi-lagi pemain pertahanan mereka, dahlah tinggi gila bila dibandingkan dengan iniesta dan david villa. Nampak sangat perbezaan ketara. Itu sebab Sepanyol jarang main cross sebab komfem susah nak lepas. huhu.

gambar-paul-si-sotong-world-cup-2010-aizuddin--crop

Nota 2 : Teror pulak Paul si sotong world cup tu boleh predict match2 penting macam ni. Adakah ni adalah kebetulan atau beliau memang ada kuasa luar biasa? Wallahualam..sampaikan ada orang tak puas hati nak bunuh sotong tu, mungkin sebab team diorang kalah. hehe. Tak silap aku dah 6 kali dah Paul si sotong tu buat tekaan dengan betul. Tekaan final?

aizuddin : Perlawanan akhir Sepanyol lawan Netherlands, siapa pasukan pilihan anda bergelar juara? Mestilah aku sokong sepanyol! hehe. Good luck Spain, Jerman boleh dikalahkan, apatah lagi Netherlands kan?

{ 4 comments… read them below or add one }

unwanted July 9, 2010 at 12:42 PM

aku antara yg nk bunuh sotong ni.
dah la pasukan fav aku kalah.
ini mesti gara² sotong ni yang ramal ni..ha3

Reply

aizuddin July 9, 2010 at 4:18 PM

sape pasukan favourite ko?jerman eh.hehe..rilek2..nasib final spain lawan netherlands..si sotong ni tak leh ramal..sebab bukan negara jerman main. Kalau tak dah tak suspen..tak leh caye sangat sotong ni..mb kebetulan je tu :)

Reply

yash July 9, 2010 at 6:17 PM

dah tentu pilihan juara fifa2010 SPAIN! ha3 8)

Reply

aizuddin July 9, 2010 at 7:21 PM

yup..harap2 spain menang :D

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: