Keputusan Lengkap Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009

by aizuddin on April 5, 2010

siti_nurhaliza_harian_metro

GENTING HIGHLANDS: Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin merampas kembali gelaran Bintang Paling Popular yang dimenangi empat tahun lalu pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 yang berlangsung di sini, malam tadi. -hmetro

Siti, 31, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Aizat, Faizal Tahir, Nabil dan Aznil Nawawi.

Keputusan Lengkap Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009

Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Hj Nawawi

– Dah 7 kali menang. Terbaik -

Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana

- Juara bertahan 3 tahun berturut-turut -

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail

– Juara bertahan 3 tahun berturut-turut -

Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana

- Juara bertahan 3 tahun berturut-turut jugak. oh hot fm! -

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular
Bunkface

- Dapat kalahkan band hujan. hehe -

Artis Komedi Lelaki Popular
Nabil Raja Lawak

- Dah tak sepopular dulu kot. Entah-entah pasni si adnan sempit tu menang pulak -

Artis Komedi Wanita Popular
Noorkhiriah

- Time ambik trofi paling excited. hehe -

Artis Baru Lelaki Popular
Black Mentor

- Lagu drama king best!  -

- Lagu aku cinta sayang kamu, aku tak minat sangat. huhu -

Artis Baru Wanita Popular
Yuna

- Tiba-tiba nama naik. Tapi persembahan time AJL mantop. ohbulan! -

Pelakon TV Lelaki Popular
Remy Ishak

- Maybe famous sebab Nurkasih -

Pelakon TV Wanita Popular
Tiz Zaqyah

- Lakonan mantap heroin Nurkasih -

Artis Nasyid Popular
Rabbani

- Memang best dari dulu. Juara bertahan jugak kot -

Penyanyi Lelaki Popular
Aizat

- Semakin mantap lepas keluar akademi fantasia -

Penyanyi Wanita Popular
Datuk Siti Nurhaliza

- Juara bertahan 13 tahun berturut-turut. Fuuh -

Pelakon Filem Lelaki Popular
Que Haidar

- Lakonan kebanyakannya best -

Pelakon Filem Wanita Popular
Liyana Jasmay

- Lagu aku sudah jatuh cinta best. Tetiba pulak -

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Datuk Khadijah Ibrahim

- Lagu doa buat kekasih paling layan. Terbaik -

- Sumbangan  dalam bidang seni suara dan perfileman tanah air selama 30 tahun -

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian
Datuk Siti Nurhaliza (225,300 undian)

– Pernah menang lima tahun berturut-turut dari tahun 1996 hingga 2001 -

Siti memenangi hadiah utama kereta Nissan X-Trail berharga RM130,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas bernilai RM150,000 tajaan Habib serta pakej penginapan bernilai RM18,000 tajaan Palace of the Golden Horses, perabot tajaan Empire Classic Furniture selain trofi.

Nota : Ini kali terakhir siti join abpbh. Lepas ni kasi can kat orang lain pulak. hehe.

aizuddin : Semalam layan abpbh dengan radio hot fm je. Arini ada exam kot. 5 papers more to go!

Siti, 31, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Aizat, Faizal Tahir, Nabil dan Aznil Nawawi.

{ 35 comments… read them below or add one }

Azizuan April 5, 2010 at 3:42 PM

semangat gila layan even ada exam..kalau aku, tido ja..haha
.-= Azizuan´s last blog ..Tiga Siri TV Mesti Tonton =-.

Reply

aizuddin April 5, 2010 at 3:56 PM

haha..dengar radio je pun bosan2..dah lama tak dengar..kalau tido lagi lah tak masuk apa.. :bloody:
.-= aizuddin´s last blog ..Tulis & Menang ariffshah.com =-.

Reply

Wan Perlis April 5, 2010 at 4:03 PM

aku tgk epl masa abp ni.huahaha
ada x artis cakap alhamdulliah saya menang sambil dada terbuka

Reply

aizuddin April 5, 2010 at 4:28 PM

erm ada kot..x berapa nak perasan..tapi aku tak berapa minat kalau diorang cakap syukur kepada tuhan..apa lah salahnya cakap syukur kepada Allah..kan lagi sedap..hehe.. :)
sambil dada terbuka aku tak tau..mana keluar gambar kat radio.. :bloody:
.-= aizuddin´s last blog ..Din Beramboi Meninggal Dunia, Al-Fatihah =-.

Reply

cikfasya April 5, 2010 at 5:33 PM

ruginye tak tgk….
.-= cikfasya´s last blog ..happy ever after bro! =-.

Reply

aizuddin April 5, 2010 at 5:36 PM

tak pe..boleh download pasni..hehe :)
.-= aizuddin´s last blog ..Tulis & Menang ariffshah.com =-.

Reply

wazy April 5, 2010 at 6:03 PM

best gak bila tengok abp ni,apa-apa pun tahniah la pada Datuk CT
.-= wazy´s last blog ..Comment on Convert Genius v3.0 Release by wazy =-.

Reply

aizuddin April 5, 2010 at 6:06 PM

tapi semalam macam ramai lupa lirik je..time show nasyid baru nak layan..huhu..murah rezeki datuk ct tu.. :D
.-= aizuddin´s last blog ..Tulis & Menang ariffshah.com =-.

Reply

fitrijohari April 5, 2010 at 6:29 PM

aku tgk gak ABP sket…meriah gak la..ait die da xnak join da?da byk menang kot..haha..selamat menghadapi exam untuk anda..aku bln 5 sok~

ble ko cuti?
.-= fitrijohari´s last blog ..Sekilas Formula One Malaysian GP… =-.

Reply

aizuddin April 5, 2010 at 6:32 PM

aku tak tengok langsung otw donlod ni..hehe..aah..aku dengar2 camtu..dah banyak sangat..kasi can kat orang lain..ok..tq..21.4 paper last..pastu cuti la..futsal jom?haha :)
.-= aizuddin´s last blog ..Hukum Menyertai Nuffnang, Advertlets Dan … =-.

Reply

fitrijohari April 5, 2010 at 7:09 PM

wah..ko dh abes paper time tu?gle awal!

aku kat uitm 21 br nak stat..huhu

ok jom! tunggu aku cuti..hehe

Reply

nip April 5, 2010 at 6:50 PM

tp btol ke melbourne kat USA ?
kcian scha.. huhuhu.
.-= nip´s last blog ..MyLook, Money-making Search Engine =-.

Reply

aizuddin April 5, 2010 at 7:04 PM

melbourne bukan kat australia ke? kenapa lak nak kesian ni? :[
.-= aizuddin´s last blog ..Tulis & Menang ariffshah.com =-.

Reply

nip April 6, 2010 at 4:15 PM

haha.
bukan pe, kn mase abpbh aritu scha trsebut melbourne tu kat USA.
2 kcian kat die, geo failed.
.-= nip´s last blog ..MyLook, Money-making Search Engine =-.

Reply

aizuddin April 6, 2010 at 4:23 PM

aku pun pelik gak..mana tau ada nama tempat kat usa tu melbourne..mb boleh jadik.. :)
.-= aizuddin´s last blog ..Tulis & Menang ariffshah.com =-.

boss April 5, 2010 at 7:18 PM

abp punya pasal facebook takde orang online.. tu dia penangan…
.-= boss´s last blog ..Saya layak untuk dapat Gold Card credit card? =-.

Reply

aizuddin April 5, 2010 at 7:23 PM

haha..semua orang duk depan tv dah..patut lah macam tak de orang kt fb smlm.. :)
.-= aizuddin´s last blog ..Hukum Menyertai Nuffnang, Advertlets Dan … =-.

Reply

Meow April 5, 2010 at 8:17 PM

lor…siti menang lagi…isk2…cam tak best jer….xde la gurau jer…

aku mmg minat siti pun… :love:
.-= Meow´s last blog ..Senarai Penerima ABP 2009 =-.

Reply

aizuddin April 5, 2010 at 8:22 PM

dah rezeki..nak buat macam mana..parking kereta mesti dah tak muat kat rumah tu..banyak sangat..hoho :bloody:
.-= aizuddin´s last blog ..Din Beramboi Meninggal Dunia, Al-Fatihah =-.

Reply

Meow April 5, 2010 at 8:25 PM

tu la…bagi kat aku pun best gak…wahaha….

tahun depan sape agaknya??hurm??
.-= Meow´s last blog ..Senarai Penerima ABP 2009 =-.

Reply

aizuddin April 5, 2010 at 8:32 PM

haha..tak de bau2 bacang nak bagi ko lak.. :bloody:
tak tau la..susah nak diramal..
.-= aizuddin´s last blog ..Tulis & Menang ariffshah.com =-.

Meow April 5, 2010 at 8:35 PM

wahaha….best betul jadi artis ni…entah la…harap2 tahun depan pa k nil yang dapa :[
.-= Meow´s last blog ..Senarai Penerima ABP 2009 =-.

Reply

aizuddin April 5, 2010 at 8:44 PM

kat tv dia dah kurang..tak tau lah..kalau dia menang jugak..kalau pelawak yg dpt abp lagi best..hehe :)
.-= aizuddin´s last blog ..Din Beramboi Meninggal Dunia, Al-Fatihah =-.

Reply

bobo April 6, 2010 at 12:09 AM

masa menang plg popular siti tak mention nama husband dia. aku dgr Datuk K kawin ngan Siti sbb dia bet ngan kawan dia. Aku dgr gak, Datuk K Umie Aida pun kaki pompuan gak
.-= bobo´s last blog ..Rafa Benitez mmg Master Tactician =-.

Reply

aizuddin April 6, 2010 at 12:11 AM

la yeke?gosip ni..hehe..bahaya kawin dengan datuk2 ni..huhu..aku baru nak tengok balik abp ni..baru pas donlod.. :bloody:
.-= aizuddin´s last blog ..Tulis & Menang ariffshah.com =-.

Reply

yoy April 6, 2010 at 2:23 PM

aku pun layan kat radio..huhu penat tgk lame2 kat kedai..siti tak patut menang sebab da kaya..bagi la artis2 yang miskin xde kereta tu..huhu

Reply

aizuddin April 6, 2010 at 4:21 PM

itu lah..dah kaya..pastu menang lagi kereta free..huu..murah rezeki..
.-= aizuddin´s last blog ..Din Beramboi Meninggal Dunia, Al-Fatihah =-.

Reply

Piston Pecah April 6, 2010 at 4:34 PM

haha…Yang gua target tak dapat..yang dapat tuh pon kira ok lah..member kan…teka sape?
.-= Piston Pecah´s last blog ..Drama K.I.T.A Carefree selepas berakhirnya Awan Dania =-.

Reply

aizuddin April 6, 2010 at 4:54 PM

erk? ko teka datuk k yang menang ke ni? haha :) ..nabil kot..
.-= aizuddin´s last blog ..Hukum Menyertai Nuffnang, Advertlets Dan … =-.

Reply

Piston Pecah April 6, 2010 at 4:59 PM

haha..ko nak taw? salah tu tekaan ko…dah tentu lah pilihan gua perempuan beb..ko kene follow lebih lanjut blog aku..nanti ko taw ar…hahahaha
.-= Piston Pecah´s last blog ..Drama K.I.T.A Carefree selepas berakhirnya Awan Dania =-.

Reply

aizuddin April 6, 2010 at 5:25 PM

ceh..perempuan..semua jauh tu nak jadi bintang popular..yg lain sume laki..hoho..kalau setakat menang kategori boleh lah.. :cool:
.-= aizuddin´s last blog ..Din Beramboi Meninggal Dunia, Al-Fatihah =-.

acapz April 7, 2010 at 2:04 PM

best gk tngok aritu. lawak dowh. haha. btw aizat mng. hoyeah! =P
.-= acapz´s last blog ..Resume ‘Corrupted & Broken Download’ Menggunakan IDM =-.

Reply

aizuddin April 7, 2010 at 4:18 PM

ok lah..pengacara dia raja azura n sharifah shahira pun tak bosan..pandai buat lawak..time david teo n ogy pun best..hehe
.-= aizuddin´s last blog ..Din Beramboi Meninggal Dunia, Al-Fatihah =-.

Reply

aak April 8, 2010 at 8:39 PM

din..dgr kat radio je ker…sian…takpelah…tak rugi pon tak tgk…exam lagi penting hehehe….
tahniah kepada semua pemenang…CT memang bez…dah memang rezeki dia…
.-= aak´s last blog ..Edisi Khas… =-.

Reply

aizuddin April 8, 2010 at 8:43 PM

time live dengar kat radio je lah..pastu sedut tgk balik rakaman..hehe..kalau ada gambar komfem susah nak study nanti.. :bloody:
memang murah rezeki..ramai sangat fan dy yang undi..
.-= aizuddin´s last blog ..Din Beramboi Meninggal Dunia, Al-Fatihah =-.

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: