Kenapa Saya Suka Oh! Media Network

contest mudah ohmedia aizuddin

Semua Website Yang Dihasilkan Sangat Menarik. Ini serius.

Dari awal kemunculan Ohmedia, aku hanya tahu blog ohtidak dan ohartis. Itu pun dari blog founder ohmedia tu sendiri iaitu justkhai. Selepas tu, baru mereka create website-website yang lain sepertiΒ  ohislam, ohjika, ohdara dan ohfacebook.

Cuma tanpawarna je masih tak launch-launch lagi. Tak tau lah pulak bila mereka nak launch tanpawarna. Dalam banyak-banyak website ohmedia, aku paling suka ohtidak dengan justkhai. Tapi justkhai dulu lagi best dari sekarang. Kenapa?

contest mudah facebook twitter ohmedia aizuddin

Boleh Menceriakan Hari-hari Anda Di Facebook dan Twitter

Ohmedia menggunakan medium facebook sebagai medium perhubungan antara mereka dan pembaca. Segala perkongsian yang menarik akan diumumkan di status facebook dan twitter mereka. Tak kiralah, dari seringkas status, gambar dan video. Semuanya akan diwar-warkan di facebook terlebih dahulu.

Dan yang paling menarik, mereka hanya mengambil beberapa saat sahaja untuk dapat berpuluh-puluh komen dan mungkin beratus-ratus komen dari pembaca mereka. Dari situ kita akan dapat tengok fenomena komen untuk mendapat tempat pertama. Kalau baca kat ohtidak kadang-kadang lawak jugak :)

contest mudah facebook crew ohmedia aizuddin

Buat Sesuatu Dengan Konsisten

Ni yang aku respek tentang ohmedia. Dulu, mereka hanyalah rangkaian website underground sehinggalah mereka mempunyai syarikat berdaftar sendiri. Made in Malaysian by Malaysian. Tahniah!. Mereka dah ada nama. Lepas ni, kalau buat produk macam tshirt ke barang-barang perhiasan (accessories) mesti boleh laris punya. Tak sabar nak tengok produk-produk yang bakal dihasilkan oleh mereka. Katanya masih dalam perancangan. Kita tunggu dan lihat sahaja lah.

contest kenapa saya suka ohmedia facebook ohmedia aizuddin

Berjaya Membuat Revolusi Dunia Blogging Malaysia

Tidak dinafikan, ramai blogger-blogger Malaysia berjaya dilahirkan di atas inspirasi Ohmedia termasuk diri aku. Sebelum ohmedia diwujudkan, aku tak pernah tau apa itu blog. Sehinggakan aku menjadi salah seorang follower ohmedia ketika itu, barulah aku tau serba sedikit tentang dunia blogging. Maka terhasillah blog wordpress ni.

Aku mula belajar menulis blog secara suka-suka menggunakan platform blogger (blogspot) sehinggalah hari ini berjaya menggunakan platform wordpress. Dan ternyata memang best bila guna platform wordpress ni.

50 fanpage popular Malaysia aizuddin contest ohmedia

Sudah Menjadi Terkenal Sehingga ke Negara Canada

Kalau dari segi fanpage facebook, Ohmedia pernah tersenarai menjadi antara 50 fanpage facebook yang popular di Malaysia. Tapi, Ohmedia sebenarnya dah famous dan telah berjaya meluaskan empayar mereka ke negara Canada. Kalau tak percaya boleh tengok website ohmedia yang berdomainkan negara Canada. Percaya tak? LOL.

Anda boleh ikuti perkembangan ohmedia di :

Facebook fanpage ohmedia

Twitter ohmedia

Laman web rasmi ohmedia

aizuddin : Baru aku perasan yang blog ohcun dah tak de. Best jugak ohcun tu dulu, cuma tak update je =(

Comments

comments

Comments

      • says

        My wife and I have been very blessed in our lives. We have also lived thorugh very tight times ( I. E., blood donations.) We have always felt the love if others. Many times, we picked up the bill for another at a resturant. Other times we paid for another’s groceries. Another time we put together a baby shower for a lady we never met who left an abusive home. Instead of money, we gave a man in the rain a sleeping bag, a coat, and accessories along with a gift card for a meal at Denny’s. When my wife ad I ran into financial issues, we were blessed by people who remained anonymous with a $500 gift card twice. We always asked why. We had a very hard time accepting. Why us? LovePay it forward It will come back when needed

      • says

        16aef3519dI loved as much as you will receive cairred out right here. The sketch is tasteful, your authored material stylish. nonetheless, you command get bought an nervousness over that you wish be delivering the following. unwell unquestionably come more formerly again as exactly the same nearly very often inside case you shield this increase. 185

    • says

      dulu dy dah approve aku,lepas tu dah kena unfriend memang tak request balik lah.hehe
      tlg tanye progress contest ni camne, selain tu kirim salam sekali :)

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *