Kedai Online Percuma Dengan Lot.my

kedai online percuma lot my aizuddin

Nak mulakan bisnes tapi tiada modal untuk buka kedai? Ingin setup blogshop tapi tak mahir? Jangan risau, den akan memperkenalkan sebuah laman web yang terbaik untuk mereka yang menghadapi masalah seperti di atas.

Dengan ini den memperkenalkan laman web lot.my bagi sesiapa yang berminat untuk berniaga di dunia internet dengan lebih berkesan. Cubalah baca dulu sampai habis ya..

Apa itu Lot.my?
Lot.my adalah satu aplikasi laman web yang membolehkan para usahawan membuka  kedai online  dengan lengkap secara percuma, mudah, dan berkesan.

kenapa mesti pilih lot my aizuddin

Kenapa Mesti Pilih Lot.my?

Domain Yang Pendek Dan Menarik

Setiap kedai yang mendaftar akan mendapat nama domain unik yang tersendiri dengan percuma. Contohnya basikal.lot.my, jambu.lot.my, jozan.lot.my dan lain-lain untuk memudahkan anda membuat promosi.

Boleh la daftar cepat sebelum nama domain yang anda mahukan diambil orang lain terlebih dahulu. Hanya kurang daripada 5 minit sahaja diperlukan untuk mendaftar. Boleh ke bahagian sign up.

 

Segalanya Percuma

Tak perlu nak memikirkan tentang kos laman web seperti bayaran domain dan hosting kerana ianya akan diberikan secara percuma. Anda hanya perlu setting laman web tersebut sahaja sama ada mengenai produk yang ingin dijual, harga produk, akaun pembayaran dan lain-lain.

Untuk lebih detail, boleh ke bahagian features lot.my

 

Design Yang Menarik

Pihak Lot.my telah menyediakan beberapa design theme yang menarik untuk dicuba. Anda boleh menukar logo dan banner jika anda mahu. Anda juga boleh lihat contoh design yang telah berjaya dihasilkan di bahagian examples.

Sebagai contoh di babyrompy dan coollot.

 

Pembayaran Secara Tunai Dan Kredit Kad

Dengan sistem lot.my, anda boleh terima pelbagai bentuk bayaran sama ada secara tunai, cek, kad kredit, transaksi online,paypal dan sebagainya dengan mudah.

 

Sistem Yang Selamat Digunakan

Memandangkan ianya berteraskan perniagaan online, hanya pemilik kedai sahaja boleh mengubah segala fungsi dan data di laman web tersebut sama ada berkenaan harga dan lain-lain selagi anda tidak memberitahu username dan password kepada orang lain. Lot.my juga menggunakan “secure payment system” yang membolehkan segala urusan jual beli dapat dilakukan dengan selamat.

 

Bantuan Sokongan

Jika anda mahukan bantuan sekiranya mempunyai sebarang masalah, anda boleh pergi ke bahagian contact untuk menghubungi mereka. Ataupun boleh dihubungi secara terus di email tanya[at] lot.my, facebook dan twitter mereka.

 

4 cara mudah untuk menggunakan lot my aizuddin

Cara Mudah Menggunakan Aplikasi Lot.my
1. Daftar

2. Pilih Design

3. Tambah Produk

4. Mula Perniagaan.

 

testimonial media lot my aizuddin

Testimonial

Sejak dilancarkan, Lot.my telah memenangi pelbagai Anugerah dan mendapat sambutan media. Antara anugerah yang  pernah dimenangi oleh Lot.my ialah Best New Media Application dari ICT Awards 2010.

Boleh rujuk di buzz lot.my untuk melihat semua testimonial.

utusan

Lot.my juga telah di review di dalam Utusan Online. Boleh baca berita penuh di utusan online.

peraduan lot my aizuddin

Peraduan Ipad 4 Bloggerz

Oh ya, Lot.my juga sedang mengadakan contest. Menangi Apple iPad 16gb dan pelbagai hadiah lain yang menarik sehingga 31 Mei 2011. Jangan lepaskan peluang. Sama-sama kita memeriahkan lagi contest Lot.my ni. Info detail di bahagian contest lot.my.

 

Akhir kata, cuba lah sendiri untuk bina kedai online di Lot.my. Kalau tak cuba sendiri memang tak tau kan?

Nota : Bagi sesiapa yang mahukan penjelasan yang lebih detail, boleh dapatkan ebook manual pengguna lot.my di bahagian help. Selamat mencuba!

Comments

comments

Comments

  1. says

    download ebooknya dulu… nak study apa yang patut… apepun ia medium yang harus diketengahkan… sementara percuma nie baik sambar dulu

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *