Kecik Juara Raja Lawak Musim Ke 4

by aizuddin on March 8, 2010

Kecik juara raja lawak musim 4

Akhirnya kumpulan kecik telah menjadi juara raja lawak musim ke 4. Final raja lawak 4 ni pun tak berapa nak best. Persembahan dari juara-juara lepas takde. Jozan pun kurang lawak sikit berbanding minggu-minggu lepas. Mak aih. haha.

Kecik asal dari kampung

  • Kecik ~ Asal Dari Kampung

Puas hati jugak lah dengan persembahan kecik semalam. Aku tak tengok live pun, tengok rakaman punya. Download lah pe lagi. Siapa-siapa yang terlepas nak tengok malam tadi. Boleh dapatkan di sini. Persembahan first dia lagi ok dari yang kedua kot. Kedua macam kureng je mungkin sebab ada masalah teknikal tu. huhu.

Kumpulan dari Sabah ni, dianggotai oleh Safuan Madeaming, 20 (Wan) dan Mohd Ilham Rusdy, 19, (Achoe) membawa pulang trofi, wang tunai RM14,000, sebuah kereta Naza Sorento, set karaoke Arezzo Hoffman, TV Plasma 42’ dan peti sejuk Haier serta jam tangan Hugo Boss.

idlan pon pon

  • Idlan ~ Abang Kasim Pon Pon

Idlan dapat no 2. Macam biasa lah dengan lawak-lawak dia yang slow. Pastu habis idea macam tu je. Tapi dia ramai fan. Nak buat macam mana. Mula-mula je aku sokong dia. Final terus merepek. Bukan macam final raja lawak. Macam final konsert akademi fantasia pun ada. Dengan juri-juri siap join joget lagi kat atas pentas. Ye lah tema musikal yang diorang pilih untuk bahagian 2. Jadi lah macam konsert af. huhu.

Peserta yang berasal dari Kedah ni, Khairul Idlan Abd Razak (Idlan), 21, membawa pulang trofi, wang tunai RM11,000, sebuah kereta Naza Optima, set teater rumah Arezza Hoffman, TV Plasma 42’ Haier dan jam tangan Hugo Boss.

alex maggi saya sudah kembang

  • Alex ~ Maggie Saya Sudah Kembang

Alex dapat no 3. Tapi boleh lah tahan lawak dia, kalau nak dibandingkan dengan minggu lepas. Mungkin dia dah banyak training kali ni. Tapi aku rasa alex lagi ok daripada idlan time final ni. Dah tak de rezeki. No 3 pun ok lah bagi dia.

Alexander Ahat atau Alex, 28, pula , pemuda yang berasal dari Papar, Sabah itu memenangi motosikal Naza Blade 250R, sebuah trofi, wang tunai sebanyak RM8,000, set teater rumah Arezzo Hoffman, TV Plasma 42’ Haier serta jam tangan Hugo Boss. Hadiah disampaikan pelawak veteran Datuk Jamali Shadat.

Juri ~ Bob lokman, Din Beramboi, Afdlin Shauki

  • Juri ~ Bob lokman, Din Beramboi, Afdlin Shauki

Juri pulak macam berat sebelah. Nak sangat Idlan dengan Alex yang menang. Time kecik buat-buat tak paham pulak. aduyai. Tapi pendapat dan pandangan orang lain-lain. Harap-harap juri dan peserta musim depan, orang Astro pilih yang lagi best dari kali ni. Baru lah betul-betul raja lawak. Musim ni macam tak kelakar mana pun.

johan dengan zizan jozan

  • Johan dengan Zizan ~ Jozan

Korang memang best dari awal minggu lagi. Dah macam tak de pengganti je untuk jadi host raja lawak ni. Aku follow raja lawak musim ni pun sebab ada korang. Terbaik lah. Harap-harap musim depan korang  kekal lagi jadi host.

Tapi memang betul aku punya prediction dalam entri lepas, yang kecik akan jadi juara. mungkin korang yang mengundi dah dapat berfikir dengan bijak kali ni. hehe. Tahniah Kecik. Asal dari kampung~

P/s : Raja lawak dah habis, lepas ni demam Akademi Fantasia la pulak. huhu

{ 35 comments… read them below or add one }

unwanted March 8, 2010 at 9:27 PM

aku tengok sikit2 raja lawak dalam youtube je.:)
.-= unwanted´s last blog ..Perempuan Merokok : Cool Eh? =-.

Reply

aizuddin March 8, 2010 at 10:56 PM

download je lah kat link yang aku bagi tu..baru lah gambar lawa sikit..hehe

Reply

etomyam March 8, 2010 at 10:40 PM

yang paling lawak tetap di pegang oleh si JOZAN tu…. :)
.-= etomyam´s last blog ..Tutorial: WP Social Blogroll Plugin, Page Khas Untuk RSS Feed =-.

Reply

aizuddin March 8, 2010 at 10:57 PM

betul tu..diorang tetap paling lawak setiap minggu..hehe

Reply

unwanted March 8, 2010 at 11:31 PM

bukan aku taknak download.
aku suka sangat mendownload.
tetapi masalah dekat U yang tercinta aku ni dorg block file yang lebih dr 80Mb
bengang juga la, tp nk buat macam mana,.
movie pun aku dah tak tgk skrg..ha3
.-= unwanted´s last blog ..Perempuan Merokok : Cool Eh? =-.

Reply

aizuddin March 8, 2010 at 11:45 PM

huhu..itu lah pasal..ni pun kekadang je lepas..kalau tak..kempunan nak tgk final raja lawak ni..

Reply

nip March 8, 2010 at 11:45 PM

raja lawak yg msim nie besh ke bro?
ak x pnah tgk. ;P
.-= nip´s last blog ..100……………still counting! =-.

Reply

aizuddin March 8, 2010 at 11:46 PM

tengok time lah..tapi kebanyakkannya tak best..merepek je lebih..yg dulu2 lagi best..huhu

Reply

nip March 8, 2010 at 11:50 PM

ak ske tyme nabil ngan tyme sepah juara 2 je.
sal ak ase tyme 2 besh.
hehe.
.-= nip´s last blog ..100……………still counting! =-.

Reply

aizuddin March 9, 2010 at 12:08 AM

memang best pun..yg 1st pun best jugak..aku follow dari yg 1st sampai sekarang..huhu..time tu ada lah johan dengan zizan..lawak gila diorang dulu..

Reply

nip March 10, 2010 at 2:35 AM

2 la.
smpi ke msim2 skrang nie da jd cam lawak2 merapu, cam lawak senario jek :P
senario pown da x besh da.
.-= nip´s last blog ..100……………still counting! =-.

Reply

Scromix March 9, 2010 at 12:18 AM

alex patutnya juara ohh.hehe
.-= Scromix´s last blog ..Selamat Kembali Scromix & Pengajaran Daripada Raja Lawak 4 =-.

Reply

aizuddin March 9, 2010 at 12:20 AM

haha..tak patut lah..kalau dia juara pun tak pergi mana..jadi macam yus raja lawak 1..hilang dah sekarang

Reply

luth textile March 9, 2010 at 1:30 PM

naik muak aku dengan rancangan realiti tv mcm ni..
tapi aku sokong rancangan ni daripada AF..
fuck af ..
.-= luth textile´s last blog ..Apa jadi selepas 8 Mac 2008? =-.

Reply

aizuddin March 9, 2010 at 1:47 PM

haha..dah follow dari season 1..komfem nak terus follow season seterusnya..sebab nak tau siapa jadi juara..itulah realiti tv..

Reply

kocik March 9, 2010 at 5:15 PM

ak ingat idlan menang.. br naik ckit nm kmpg aku.. :D
ap2 kocik pun boleh lar.. sume mmg terbek lar..mesti mari.. :o :

Reply

aizuddin March 9, 2010 at 6:09 PM

laa..org kg ko ke..kim salam lah nt kalau jumpa dy tepi jalan..walaupun aku tak sokong dia..makin lama makin merepek..haha

Reply

azizan4444 March 9, 2010 at 6:06 PM

bez jgk..aku layan yg akhir jr rj lawak musim ni..haaha
.-= azizan4444´s last blog ..Bagaimana Wenger Mengajar Saya Bercinta? =-.

Reply

aizuddin March 9, 2010 at 6:10 PM

yg akhir pun kureng lawak..kekadang dalam minggu2 lepas..adalah 1-2 lawak yang boleh dibanggakan..huhu

Reply

diden March 9, 2010 at 7:39 PM

lama da ak tk ngok raja lawak nih, bila bca entri ni…
da hbis final da hahaha…. kena dunlod nie hehe
.-= diden´s last blog ..First time terjah studio di les’copaque(upin ipin) , memang best! =-.

Reply

aizuddin March 9, 2010 at 8:41 PM

haha..dah habis baru nak tengok..takpe2..tak rugi sgt..sebab tak berapa nak best season ni..huhu..sedut jangan tak sedut..

Reply

acapz March 10, 2010 at 8:23 AM

haha. yg terakhir smua gmpk2 jgk la. best2. hee. mng jgk kecik. hahaha. first gua tngok budak indon mne la masuk. tngok sabah. lol. haha =P
.-= acapz´s last blog ..Menyimpan Halaman Web Menggunakan Extension Webpage Screenshot Pada Google Chrome =-.

Reply

aizuddin March 10, 2010 at 1:32 PM

konsert 9 diorang ada jemput raja2 lawak yg lepas..time tu lagi ok kot..hehe..terlebih suda

Reply

FAIZAH March 10, 2010 at 1:36 PM

macm mana blh kmpln kechik yg menang… tak best langsung la…dah la ckp tak apa2… mcm endon pun ada…nnti mcm na diaorang ni nk buat show lawak…mcm nabil ke… jozan ke…diaorang ni hebat…tepat pemilihan… buat malu astro je kumpln kechik nnti..msti takde sambutan. :p idlan tu ok la jgk…

Reply

aizuddin March 10, 2010 at 1:41 PM

haha..ni kipas idlan la ni..aku rasa kecik lagi lawak dari idlan..adakah idlan akan teruskan dengan lawak dia yg slow tu?pastu dengan nyanyi yang ntah hape2..idea pulak makin lama makin hampeh..tunggu ayam nak berkokok je lebih..standup comedy..memang nabil dengan jozan terbaik..

Reply

bobanmasdar March 11, 2010 at 7:01 PM

nabil x lawak ar odd… jozan lg lawak. sepah paling terbaek

Reply

aizuddin March 11, 2010 at 7:05 PM

nabil lawak lah..sebab tu dy mng..sepah mmg terbaik pun..

AMR March 11, 2010 at 1:27 AM

aku tengok raja lawak sekarang cam takder feel.. :-| buat orang sakit hati ade laa.. baik aku tengok cerita bujang lapok je.. haha.. :)

Reply

aizuddin March 11, 2010 at 1:30 AM

haha..baik tengok bujang sepah lalalitamplom..best jugak cerita tu..bujang lapok dah lama sangat kot..

Reply

AMR March 11, 2010 at 1:44 AM

memang dah lama, tapi lawak dia tak lapok lagi.. :) dah tengok bujang sepah buat lemang aritu.. diorang tu oklah jugak.. lawak tak hingat.. :)

Reply

aizuddin March 11, 2010 at 1:46 AM

bujang lapok memang terbaik..bukan yang buat lemang lah..dia ada siri baru punya..hehe..klik dekat ads kaler pink kat homepage..ada link dy..

AMR March 11, 2010 at 1:50 AM

tau2.. takdok maso den nak nengok cito tu.. huhu..

Reply

aizuddin March 11, 2010 at 1:53 AM

haha..nanti ada masa layan lah..lawak jugak cerita tu..dari raja lawak ni..hehe

Reply

hani hameera March 19, 2010 at 12:57 PM

idlan memang lawak
abg kasim pon…….. pon……. :) :) :) :) :)

Reply

aizuddin March 19, 2010 at 1:10 PM

idlan memula je lawak..pastu aku dah tak suka dia..huhu :o :
.-= aizuddin´s last blog ..Kenapa Mesti Tengok Drama Tv3 Dalil Cinta? =-.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: