Skip to content
Feb 26 / aizuddin

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431 H

4381221944_715a7c1fbf_o

Hari ni bertarikh 12 Rabiul Awal 1431 Hijriah iaitu ulang tahun kelahiran Nabi kita Muhammad S.A.W. Sama-sama kita banyakkan selawat ke atas baginda. Bukannya pada hari ni sahaja, tapi hari-hari lain jugak. hehe. Aku nak share sekali peristiwa penting yang telah berlaku pada bulan 3 dalam kalendar Islam ni. Antaranya :

  • Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.

Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awal di setiap tahun sehinggalah sekarang.

  • Perlantikan Nabi menjadi Rasul.

Di bulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

  • Peristiwa Hijrah

Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

  • Peperangan

Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

  • Wafatnya Nabi Muhammad Rasulullah saw.

Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

  • Abu Bakar ra. Menjadi Khalifah

Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai’ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa’idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

  • Pembukaan Negara Iraq

Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

  • Pembukaan Baitul Muqaddis

Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

  • Kejatuhan Empayar kerajaan Islam

Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

haiga_sophia Masjid Haiga Sophia di Sepanyol yang telah ditukar menjadi muzium.

P/s : Apa ek tema tahun ni? Tadi aku dengar kat tv “Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah” tak sure la pulak. huhu.

Sumber : Al-azim

http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal/home.htm
Related Posts with ThumbnailsSelamat Menyambut Maulidur Rasul 1431 HShare

7 Comments

leave a comment
  1. Mus (6 comments.) / Feb 26 2010

    Salam Maulidur Rasul!!

    • aizuddin (1671 comments.) / Feb 26 2010

      Salam Maulidur Rasul jugak ;)

  2. 1tomyam (7 comments.) / Feb 26 2010

    salam, bagus dan penuh informasi artikel ni..thanks for sharing
    1tomyam´s last blog ..Kes Bunuh Diri Pertama Gara-Gara Facebook My ComLuv Profile

    • aizuddin (1671 comments.) / Feb 26 2010

      wasalam..ok..sharing is caring..hehe

  3. fitrijohari (33 comments.) / Feb 26 2010

    aii…tyme skola da blaja da…tp skang byk yang da lupe daa..teruknye diriku..
    fitrijohari´s last blog ..Hari ni hari lahir Rasul kita yang mulia! My ComLuv Profile

    • aizuddin (1671 comments.) / Feb 26 2010

      tak pe2..belajar balik la ni..hehe

Trackbacks and Pingbacks

  1. Topic: SAMBUTAN MAULIDUR RASUL - MyBlogLog
Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:


[close]
Real Time Web Analytics