Hukum Menyertai Nuffnang, Advertlets Dan …

Hukum_nuffnang_advertlets

Semakin ramai blogger-blogger baru yang muncul. Sama ada sengaja nak muncul atau tak sengaja. huhu. Berblog kerana wang? minat? hobi? atau sebab-sebab lain? Ramai di antara blogger mengharapkan blognya dapat menjana wang yang banyak terutamanya dari iklan nuffnang.

Dan ramai di antara mereka yang pasang iklan nuffnang ni kerana terpengaruh dengan kawan-kawan. Main klik-klik dengan mengharapkan earning akan cepat naik. Memang boleh cepat naik. Tak dinafikan. Aku dulu pun pernah terpengaruh sebab tak tahu.

Apabila ditegur dan membaca entri-entri dari otai blogger. Aku dah stop lama dah. Tapi, bila aku buat blogwalking, ramai lagi yang duk buat macam ni lagi. Sampaikan diorang sanggup blogwalking berpuluh-puluh blog dan mungkin beratus-ratus blog untuk hanya menjayakan misi diorang. Bukannya duk membaca entri atau meninggalkan komen yang bernas lagi berharga kat blog tu. huhu.

Masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit.

  • Maksud iklan perklik

Seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta.

Contoh : nuffnang, advertlets, google adsense, dapatwang dan banyak lagi..

  • Hukum menyertai

Harus(dibolehkan) – tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka.

  • Pembeli dan penjual?

Penjual – ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik

Pembelinya โ€“ pemblog(owner blog @ blogger ) yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.

  • Syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam?

Semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam.

Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya.

Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.

  • Peringatan :

โ€œMelalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :

” Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan ”
” Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini ”
” Bantu saya dengan satu klik pada iklan “

Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas.

Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan.

Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut.”

+ Boleh buat ayat untuk menarik minat visitor melawat iklan yang akan keluar, tapi lebih baik elakkan guna perkataan klik @ click. Tak salah rasanya.

  • Kesimpulan

Iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham).

Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram seperti mana telah diperjelaskan di atas.

Entri ni aku ambil dari blog ustaz amin. Atas hasil kajian yang beliau buat. Ini hanya sebagai pendapat dan renungan bersama. Lagi-lagi bila kita dapat penjelasan dari seorang ustaz. Ke korang ada pendapat-pendapat lain?. Kita boleh share sama-sama. Mudah-mudahan rezeki yang kita dapat lepas ni adalah dari sumber yang halal. InsyaAllah.

P/s :Credit kepada ustaz amin. Sebab tu jadi panjang semacam. Tak macam entri sebelum-sebelum ni. Ni sebabnya, aku copy, paste tambah ayat dan edit kasi nampak kemas je. hehe.

Refresh : Nak baca pasal team klik-klik nuffnang ni lagi? Boleh usya sini.

Comments

comments

Comments

  1. says

    entri yg sama kak jie pernah post – http://www.kujie2.com/nuffnang/wajib-baca-nuffnang-dan-status-halal-dan-haram-blog.html

    kemudian satu malam yg gelap sunyi sepi, ramailah geng2 klik ini berchatting ..erk..bukan chatting – share url blog masing2 kt Geng Blogger…

    Kak Jie pun copy paste url blog kak jie tu suruh depa baca sebelum suruh kawan2 klik iklan nuffnang yg tengah bangun selepas 12 mlm tu…

    Kemudian macam biasalah – bila kena tegur…masing2 ejek mengejek… tak kisahlah dia org nak benci Kak Jie sebab tegur bab ini, tapi sekurang2nya Kak Jie dah beritahu apa yang Kak Jie perlu beritahu..nanti kat akhirat jangan seret Kak Jie sama… itu je.

    p/s – masih simpan printskrin aktiviti kat Chatroom GB – bukti tu..
    .-= Kujie´s last blog ..Kenapa Tak Appove Komen? =-.

  2. says

    kalau berblog sekadar nak menambah pendapatan tanpa de minat yang kukuh takkan tahan lama kot. Klu income starting trs masyuk mungkinla stay berblogging utk jangka masa yg lama. Tp klu income ciput jer, sure cpt mengalah punye.

  3. says

    Taktau nak kata apa..
    kita nak bermain2 dgn benda yang menjadi sumber darah daging ni susah..
    .-= Encik Luth´s last blog ..Takut untuk jana pendapatan sampingan? =-.

  4. says

    saya pn tak pernah terpikir pasak hukum2 ni..

    tapi nasib baik tak de buat macam tu sebab iklan nuffnang pun asyik error je kt blog. tak sempat nak investigate agi kenape. :’)

    lagipun macam annoyink je mintak orang ramai2 klik kat iklan tu.

    thanks untuk info.sangat berguna ok. even copy & paste je. ๐Ÿ˜‰
    .-= snf´s last blog ..menang RM10,000 kat sini~ =-.

  5. says

    adei..ngan aku2 skali terikut2 ngan bdk2 suh klik tu. tp aku ni mmg rajin klik iklan org,rasa nak tolong plak dorg. tmbh lg yg mntk2 klik tu..sian je rasa.haha

    aku pun newbie jgk,xtau sgt lg.. sapa2 yg nk ditolong(klik)..tggl msg kat blog aku ye(korg pndi2la letak ayat ye,jgn jatuh haram)..he
    .-= phycrewz´s last blog ..Phy telah berjaya menang RM 17.000.00 =-.

  6. says

    buat ape pun dengan ikhlas :)

    kalau aku klik sbb bukan nak tengok iklan tu, tapi sbb nak tlg kawan/blogger lain dpt duit dari hasil ‘klik-an’ aku tu kire camne pulak. bukan sbb dia suruh tp aku tengok ada iklan kat blog tu, aku klik sbb aku tau that means something to them.

    dan selalunya aku tak bagitau pun aku clik iklan dorg.

    halal ke haram.. kalau haram aku tak klik dahlah :)
    .-= .::wanie::.´s last blog ..My Earth Hour – this is so not about it. =-.

  7. says

    Aku x pernah suruh org klik iklan. tp dulu masa mula2 jd blogger, aku pnh gak buat benda klik2 ni dgn harapan org akn klik balik. tp lama2 aku rasa mcm x jujur buat mcm tu. SO skrg x buat lg. huhu
    .-= kyuubi_85´s last blog ..Foto Panas Artis! =-.

  8. says

    tengs fOr da infO…alhamdulillah..sy tidak pernah memaksa Org Or menyuruh2 Org click2 pd nuffnang sy tuh…n sO far iklan2 tu sume tade kOt yg tidak halal..n thanks again fOr da reminder~ jazakallah~

Trackbacks

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *