Habis Praktikal

Report Praktikal Fke UTM aizuddin

Alhamdulillah, setel pun aku punya praktikal. Dah siap hantar report semalam, boleh kosongkan otak balik fikir benda lain nak buat. Selagi benda tak setel, selagi tu dia main pusing-pusing kat kepala ni. lol

Blog ni pun setakat update pendek-pendek je sebab tengah busy nak fikir ayat dalam report ni. Nasib baik ada google translate, senang sikit kerja aku. Kalau dulu, 1 patah perkataan je kena tengok kamus. Sekarang dah senang sikit, siap ada suggestion lagi. Boleh tambah vocabulary sekali sekala. Nak tak nak je la guna.

Banyak je idea nak update blog, cuma tak sempat-sempat je nak menaip. Nak setelkan report praktikal dulu. Nak manage blog aduyai lagi. Saja je buat blog tu sebab boleh update ringkas-ringkas kalau takde masa. Lagipun aku suka simpan gambar yang lawak-lawak, layan video yang lawak. Jadi wujud la blog tu.Sudi-sudikan la like page aduyai kat facebook ye :D

Lepas ni maybe dah boleh usya nak buat projek untuk final year kot. Benda apa la aku nak merepek nanti..

Aizuddin : Blog ni baru je ubah theme, ok ke? Tak siap lagi ni, banyak kena baiki.

Nota : Next entri nak cerita pasal pengalaman praktikal. InsyaAllah..

Comments

comments

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *