Seorang pelajar, Bawani telah berdiri dengan lantang dan berani mengajukan soalan bernas mengenai pendidikan percuma dengan mengatakan peruntukan federal dapat 200 billion, takkanlah pendidikan percuma tak boleh nak amik sikit 10 billion utk cover student seluruh Malaysia. Beliau menganggap PTPTN adalah tidak wajar dan tidak relevan lagi untuk rakyat Malaysia.
Sambungan (tengok video) -sumber gambar dan sinopsis
Cuba tengok video ni pulak. Sama tapi tak serupa ?
“deep meaning. budak tu cakap benda yang betul dan dia ditembak. kawan2 dia setuju dengan cikgu tu sebab takut. tapi diorg dah lihat apa yang berlaku.dalam takut,kita dapat tengok,classmate dia tukar jawapan kat buku tu. dalam hati diorg tetap mengaku kebenaran tu. they ‘learnt’ from what they have seen. awak boleh paksa orang dengar apa yang awak cakap,tapi awak tak boleh paksa hati orang untuk percaya dengan apa yang awak cakap” -ibnahghazalli 21 hours ago
Aku tertarik dengan status dari Syabab Musafir Kasih di facebook…
Bandingkan situasi ini:
1. Ada orang datang ke rumah kamu, jual bedak. Kamu tanya dia balik, “Kenapa nak kena beli bedak ni, sedangkan saya ada pilihan bedak yang lagi baik?”
Kemudian, orang tu sindir dengan nada marah dan perli,
“Kalau tak suka dengan bedak ni, keluarlah dari rumah ni!”
Hah? Keluar dari rumah sendiri? Kamu rasa dia tiga suku ke tak?
2. Ada orang datang ke universiti kamu, buat forum dan promosikan ideologi dan pemikiran dia. Alah, maksudnya dia paksa orang terima pendapat dia la. Misalnya, dia paksa seluruh pelajar universiti terima fakta kajian dia yang bertajuk, “Durian crepe adalah tak sedap langsung.”
Kamu sebagai pelajar, bangun dan tanya soalan. “Kenapa pula tak sedap, saya makan sedap je. Saya syorkan kalau nak sedap lagi, letak aiskrim atau tukar dengan inti cokelat ke blueberry ke….lagi….”
Tapi, belum sempat lagi kamu habiskan ayat, dia dah mencelah:
“Shut up. When I’m talking, u listen. Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me..” (direpeat sebanyak 99x)
“I kata durian crepe tak sedaplah, kau paham? Kau ni akal macam manusia, tapi fikir macam haiwan. Tengok, kau ni tak belajar pendidikan respect langsung. Aku kata tak sedap, kau respect je la. Banyak songeh tol. Bersyukurlah aku dah buat kajian ni..”
“Universiti ni jemput aku. Kalau tak suka dengan universiti ni, keluarlah dan masuk universiti lain!”
Sekarang, kamu sebagai pelajar dan dia orang luar datang ke universiti kamu. Dia suruh kamu keluar dari universiti sendiri?
Agak-agak, waras ke tak waras orang macam ni?
![]()
Lagu parody Listen dari Mr Bie.
*Update
Video dari matluthfi. dah nak 1juta view
Dari encik mimpi. Siap boleh buat lagu lagi
Nota : Entri ni hanya sekadar pemerhatian rakyat biasa di dunia maya. Ada banyak lagi, tapi terpaksa ditapis. Mungkin?
#Tension tengok corak game Johor Darul Takzim lawan Kelantan, Player midfield tak hidup. Main long pass je. Kemon la, star dah ramai kot. At least first half tak hidup, 2nd half boleh improve, next game boleh improve. Dari haritu tengok sama je.
Tak de keserasian lagi..pun ya, walaupun ramai player main wakil tem Malaysia. =.=’ Tak pe boleh cuba lagi, 1-1 not bad di Kota Bharu. Seri takpe jangan kalah. Yang penting please improve kalau nak jadi juara.









{ 10 comments… read them below or add one }
Kalau tidak mampu melawan pendebatan secara intelektual, suruh sajaha mereka telan apa sahaja yang diberitahu melalui perkataan “listen”
tak de la, sekurang-kurangnya jawapan tu ada kaitan dengan soalan. tiba2 je masuk part binatang. tu yg pelik
susah kalau orang rasa dia je yg betul..btw, kelanatn xpernah kalah kat tempat sendiri lagi..masih pegang rekod tu.
Midfield memang team Kelantan pegang. Nampak sangat serasi. Team JDT takde keserasian lagi, take time kot
memang banyak lagi yang perlu di tapis. itulah realitinya
ditapis takut nanti orang fikir lain. sebab isu ni kan dah jadi fenomena
A funny post thanks for sharing
welcome. just sharing
Bagi aku Bawani ni bijak dan rajin mem’baca’. Tapi ‘baca’ buku dari penulis yg ‘sama’ jer.. hahaha.. cuba la ikhtiar sket ‘baca’ buku dari ‘penulis’ yg berbeza.. mesti idea dan fakta pun berbeza.. lepas tu baru boleh buat penilaian.. ;p
susah nk puaskn hati semua org….