Kalau di Indonesia ada cerita Ketika cinta bertasbih spesial series ramadhan, di Malaysia kita ada cerita Epilog syurga cinta. Sambil tengok cerita, di selitkan sekali unsur keagamaan. Tu yang best, tak de lah cerita tu sekadar hiburan duniawi semata-mata. Sebenarnya, kedua-dua cerita ni dah lama dah start, cuma baru je nak review.
Epilog syurga cinta ni adalah kesinambungan filem Syurga Cinta. Tapi ada sedikit kelainan. Yang paling ketara mestilah heroin cerita ni, Rafidah Ibrahim. Tiba-tiba je nama beliau jadi hot. hehe. Padahal dah pernah berlakon dalam cinta tikar sejadah. Mungkin penangan tv3. Jadi, tak sia-sia lah dia berlakon dalam cerita ni, Boleh dikatakan setanding dengan cerita slot akasia yang baru lepas, Adamaya.
Mia sara pun berlakon dalam cerita ni, menggantikan Hadziq dalam filem Syurga cinta. Disebabkan ramai nak Mia sara ni berlakon lagi. Tapi dalam Epilog syurga cinta, Mia sara lebih banyak bercakap. Siap pakai tudung lagi. hehe.
Tak nak cakap banyak, korang dah tengok belum ni? Kalau nak tengok, boleh dapatkan sekarang. Best kot.
Mana satu pilihan anda? Epilog syurga cinta atau Ketika cinta bertasbih series spesial ramadhan?
Nak tau siapa Rafidah Ibrahim (Fida Ibrahim, Fida Pantene) – Rafidah Ibrahim
Nak dapatkan cerita bersiri epilog syurga cinta – epilog syurga cinta full episod
Nak dapatkan cerita bersiri KCB – KCB The series spesial Ramadhan full episode
Nak dapatkan mp3 ost cerita epilog syurga cinta – “Ku Memohon Padamu – Fida (OST Epilog Syurga Cinta slot akasia TV3)”
aizuddin : Aku layan Epilog syurga cinta ni pun sebab ada Rafidah Ibrahim. hehe.
Nota “Hidup Seorang Blogger”– Persaingan makin sengit. Dah blur nak buat apa. huhu. Tunggu entri yang kedua “Hidup Seorang Blogger” lah nanti, komfem lagi sengit.




{ 18 comments… read them below or add one }
Epilog syurga cinta dan Ketika cinta bertasbih series spesial ramadhan aku rasa dua dua ak suke hehe.. best2 gak.. walupun ak bru je nk tgk cter2 camni huhu :8
kcb tu cerita series dia macam lama sangat..satu episod je dah dekat sejam..hehe..tapi aku lagi suka epilog syurga cinta..
HIDUP SEORANG BLOGGER
owh… tapi aku suka gegege~
Tengok drama epilog syurga cinta da menjadi rutin harian aku sambil menunggu waktu berbuka puasa, huhu
kalau kat rumah, memang macam tu lah rutin harian aku agaknya..kalau masa kecik-kecik, ada lah jugak layan jejak rasul..sekarang dah takde lagi eh?
HIDUP SEORANG BLOGGER
aku x dapt layan cerita ni…petang aku kerja..
tak dapat tengok live..tengok versi downlod je lah..hehe..aku ada share link tu, rugi tak layan
HIDUP SEORANG BLOGGER
pandai gak fida nie berlakon..
disamping mempunyai siti-lookalike..=p
bukan takat berlakon, lagu ost ni pun dia yang nyanyi..hehe
HIDUP SEORANG BLOGGER
yang penting ada adik mia yang comel..hehe
yup..tu pun salah satu buat cerita ni best..kecik-kecik dah pandai berlakon dah
HIDUP SEORANG BLOGGER
saya suka epilog syurga cinta…hehe
lepas ni boleh create page saya suka epilog syurga cinta
teringin nak jd pelakon.
cita2 dr sekolah rendah. tp bila dah besar
parents suruh pilih bidang yang jauh dr dunia glamor
bila masuk universiti terbatas la segala angan2
hrp 1 hari nanti ade rezeki masuk bidang ni
wlupon sy bertudung:) mahu jd seperti fida dan heliza
oo yeke..tak pe lah..dengar kata parents..mungkin ada hikmah sebalik tu..kalau ada rezeki..boleh lah jadi macam fida n heliza tu
betul3x……………………………ak pon mls nk jd glamour nih
jadi je orang biasa senang..low profile je
pnh tngok cite ni. dua tiga kali jek. hee. comel mia. lagi comel awek tu. ngaum. haha