Apa Yang Menarik Di District 21 #2 #Skytrail

district 21 themepark ioi city mall putrajaya skytrail aizuddin kaki media

//versi Instagram

Part 2 : district21 ioicitymall putrajaya.

Sebelum ni saya bagi gambar2 warm up je. Setakat bas sekolah, gelongsor.
Itu pun ramai dah kata best. Tak sabo2 nak pergi katanya. *tiba2.

Ok, kita masuk ke game2 yang mencabar sikit.
Ni game pertama yang kitorang main. Namanya, skytrail.

Sebenarnya ada 23 atau 24 halangan,
tapi time kitorang pergi..dia cuma buka 10 halangan je.

Brader tu kata,
“kalau hujan susah sikit..tak nampak jalan.”
“Nampak je jalan tu bro.”
“Bukan jalan kat dalam ni, jalan kat luar shopping complex tu.”

Walaupun tak dapat main semua halangan..
“Kita kena faham, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.”
Dia punya hikmah, game ni biasa2 je.

Tak tau la diorang tak buka part2 yang susah sebab dah nak tutup atau sebab lain.
Game ni antara yang tutup awal pukul +-7malam.
Sebab tu kitorang main 1st sekali.

Ye la, kalau main game ni je. Game lain nanti korang tak sempat main pulak kan?
Ingat ada pakej 2 hari 1 malam ke. Tak dapat la jek.

Benda paling mencabar kat sini bukan ketinggian dan halangan.
Tapi nak selesaikan connector tali tu antara juction.

Korang jangan ingat lepas sekolah dah tak jumpa dah formula
dan penyelesaian masalah.
Kat sini pun ada sebenarnya.

Connector junction pada tali dan halangan tu kita kena gerak sendiri.
Sebelum nak main nanti diorang ajar.
Tapi bila dapat part2 connector tali dah bengkok. Susah sikit la nak lepas.

Masa ni korang kena sabar, tabah, jangan cemas,
banyakkan selawat dan ingat orang tersayang. InsyaAllah lepas.

Tips nak main skytrail (ikut pengalaman sendiri)

1. Jangan buat rombongan cik kiah masa main ni. Maximum 4 orang ok dah kot.
2. Siapa paling power jalan dulu dan seterusnya.
+ orang lain boleh konfisaya
+ jimat masa orang belakang. Tak perlu tunggu lama2.
3. Jangan pentingkan diri. Teamwork perlu bila nak selesaikan masalah
connector tali antara junction tu tadi.
4. Bagi semangat kat member lain kalau diorang cuak.
Rilek, benda boleh bincang.

*Geram pulak saya tengok mamat sebelah saya ni. Ye ye je beliau. Haha

Rate Game skytrail : 3/5*

Bersambung lagi ke episod seterusnya.. :)

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *