Disqus atau Intense Debate?

by aizuddin on February 22, 2010

wordpress-intense-debate-disqus-commenting-system-comparison-review

Ramai orang tertanya-tanya sistem komen mana yang patut mereka pakai untuk di pasang di website atau di blog diorang (biasanya yang berdomainkan blogspot). Berdasarkan pengalaman aku, sistem komen disqus adalah lebih baik daripada intense debate.

  • Masa loading

Sistem disqus akan load lebih cepat berbanding intense debate. Jika sistem loading korang terlalu lama, pembaca nak bagi komen pun dah malas dah. Nak tunggu habis load dan muncul kotak komen tu amatlah membuang masa. huhu.

  • Akaun

Memandangkan sepanjang aku buat blogwalking, blogger-blogger kat malaysia ni pun lebih prefer pakai disqus. Tak perlu lah menyusahkan pembaca-pembaca korang nak bukak lagi akaun baru untuk intense debate ni. So, diorang boleh menggunakan akaun disqus yang diorang dah ada untuk tinggalkan komen di blog korang pulak nanti.

Kalau diorang tak de akaun disqus sekalipun, mereka boleh tinggalkan komen dengan menggunakan akaun facebook, twiiter dan yahoo. Nak post as guest pun boleh. Tapi macam tak best pulak bila tinggalkan komen as a guest je kan.

disqus

Untuk pengguna blogspot yang nak merasai sistem komen yang baru untuk blog diorang nanti, boleh lah buat pilihan yang tepat selepas ni. Nak manage (edit dan delete) semua komen dalam blog pun menjadi lebih senang lepas ni. Nak plugin recent comment semua ada. Lengkap lah senang cerita bila guna disqus ni.

p/s : Yang bestnya bila pakai sistem komen ni, komen di blog  korang akan menjadi threaded komen dan akan keluar gambar seperti di blog-blog yang berplatformkan wordpress. Ia salah satu cara untuk menarik minat pembaca untuk meninggalkan komen di blog korang lepas ni. Tak salah kalau mencuba kan?

Dapatkan disqus di sini..

{ 53 comments… read them below or add one }

khairul November 30, 2010 at 12:09 PM

apa nama comment system yg blog ni guna ???

Reply

aizuddin November 30, 2010 at 3:27 PM

kalau wordpress lain..tak payah install pape dah :)

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: