Demam Piala Dunia 2010 Dah Bermula

soccer_city_stadium_johannesburg_south_africa_photos-stadium-piala-dunia-2010-aizuddin

World Cup dah bermula, dapatlah layan siaran langsung kat rtm. Puas hati lah jugak dengan aksi perlawanan pasukan Afrika Selatan lawan Mexico semalam. Ingat Mexico boleh menang, sebab ramai star player dalam pasukan diorang. Tapi, Afrika Selatan mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah perlawanan. Komfem kena buat yang terbaik.

Match Perancis dan Uruguay  tak de dalam siaran langsung rtm, jadi aku layan stream je lah. Nasib tak sangkut sangat. Ok lah jugak dapat layan daripada tak dapat. hehe.Siapa yang nak layan stream, aku ada cerita kat entri sebelum ni – Laman web untuk tonton bola secara online. Kalau tak dapat tengok kat tv, boleh try layan stream.

Sedutan Opening Ceremony World Cup 2010 :

Nota : Ingatkan nak update pasal world cup dengan banyak sekali, tapi niat aku terbantut disebabkan kehabisan bandwith. Itulah penangan piala dunia yang telah terjadi kat blog aku. Tak pernah-pernah nak habis bandwith, tiba-tiba boleh habis pulak. Tak pe lah demi visitor, aku tambah bandwith blog ni kasi cukup. Rasanya sebulan ni waktu piala dunia memang memerlukan bandwith yang banyak. Aku akan cuba update pasal world cup, sebab aku memang minat bola sepak. hehe.

Nota 2 : Dah komfem dah kan yang lagu Shakira –Waka waka jadi lagu tema piala dunia 2010. Tapi, aku nak lagu K’naan – Wavin Flag yang jadi lagu tema. hehe. Tapi boleh lah lagu shakira tu.

Nota 3 : Layan jugak tengok opening ceremony ni, dulu tak pernah tengok pun. Ingat tak best majlis-majlis perasmian ni. Tengok dia punya formation lah best. Tapi kalau duduk dalam stadium bukan nampak sangat. Tengok kat tv lah baru nampak betul.

aizuddin : Alhamdulillah, dapat jugak aku merasa miss I. Sebelum ni, pernah try mintak untuk blog aku yang lain tapi di reject. Tu yang macam trauma je nak mintak untuk blog ni. Segala cita-cita dah tercapai.

Comments

comments

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *